Home Cdrama 9 Drama China Tentang Cinta Beracun, Penuh Obsesi, Dendam dan Luka Emosi

9 Drama China Tentang Cinta Beracun, Penuh Obsesi, Dendam dan Luka Emosi

0

Tidak semua kisah cinta dalam drama China memaparkan hubungan yang indah dan ideal. Sebaliknya, semakin banyak siri popular kini mengupas sisi gelap percintaan,  khususnya hubungan yang dibina berasaskan kuasa, obsesi, atau trauma masa lalu. Penonton sering tertanya-tanya: adakah yang mereka lihat itu benar-benar cinta sejati, atau sekadar bentuk lain daripada penguasaan dan kawalan?

Fenomena ini bukan tanpa sebab. Dinamika hubungan beracun dalam drama-drama China sebegini kerap menghadirkan jalan cerita penuh intensiti yang membuat penonton terpaku, walaupun dibalut dengan penderaan emosi, manipulasi psikologi, serta dendam yang membara.

Berikut adalah senarai 9 drama China bertemakan hubungan beracun yang sering menjadi perbualan dan meninggalkan kesan mendalam, sama ada kerana kontroversinya mahupun tarikan emosinya.

1. STORY OF YANXI PALACE

Drama china

Wei Ying Luo memasuki istana untuk mencari kebenaran tentang kematian kakaknya, namun tanpa disedari terjebak dalam permainan cinta dengan maharaja. Hubungannya dengan penguasa dan Fuca Fuheng menimbulkan dilema antara cinta, politik, dan dendam yang tidak dapat dielakkan.

Baca juga: 10 Drama China Bertemakan Makhluk Ajaib yang Penuh Cinta dan Kuasa Mistik
Baca lagi: Chen Fei Yu Semakin Popular, Tiga Drama China Penuh Emosi dan Fantasi 2025 Ini

2. A FAMILIAR STRANGER

0acbf3e4 8154 49e0 9e70 85fc74511b00

Shi Qi dipaksa menukar wajah dengan Shen Qin untuk berkahwin dengan Jeneral Xiao Han Sheng, walaupun dirinya bukan pengantin sebenar. Dalam kekeliruan identiti, cinta dan keinginan sebenar bercampur-baur, mewujudkan hubungan yang dibina atas dasar penipuan dan ancaman.

3. PROVOKE

8b77b0f6 6821 4899 8bf0 383dde79221c

Jiang Ying menyamar sebagai penyanyi demi mendekati lelaki yang ingin dibalas dendam olehnya. Dalam usahanya, dia bertemu Du Xun Yu,  lelaki yang turut menyamar sebagai orang lain. Hubungan mereka dipenuhi rahsia dan konflik identiti yang menguji kepercayaan serta perasaan.

4. PRETTY MAN SEASON 2

ded0d372 69d6 4c19 9049 66b4db8a9c29

Qiao An Hao dan Lu Jin Nian memendam cinta selama 11 tahun, tetapi setelah berkahwin, hubungan mereka dilanda krisis demi krisis. Walaupun pada awalnya saling mencintai, kedua-duanya terus terluka oleh masa lalu dan konflik emosi yang menjadikan cinta itu sebagai beban.

5. CIRCLE OF LOVE

IMG 4391

Gu Meng hilang ingatan setelah cuba membalas dendam terhadap Hong Ye, lelaki yang disangkanya membakar keluarganya. Dalam keadaan tidak mengingati apa-apa, dia dijadikan hamba dan dihina habis-habisan oleh lelaki tersebut, yang akhirnya mula jatuh cinta kembali ketika masih mempermainkannya.

6. MAID’S REVENGE

b025b617 5487 4ad4 8e6d 5d8c53256997

Dong Ting Yao kehilangan seluruh keluarganya dan menyusup sebagai pembantu untuk membalas dendam terhadap Fang Tian Yi, lelaki yang disyakinya sebagai punca tragedi itu. Namun, Fang memperlakukannya dengan kekerasan fizikal dan mental, menyamar cinta di bawah kendalian trauma yang penuh penguasaan.

7. MASTER DEVIL DO NOT KISS ME

15e07c35 a353 4479 8f1b 86f29b957aa0

Chu Xia dipertemukan dengan Han Qi Lu, pelajar kaya yang pada mulanya sering mempermalukannya. Walaupun dibalut dalam komedi romantis, hubungan mereka dipenuhi unsur buli yang diselindungi dengan tarikan ‘bad boy’.

8. YOU ARE MY DESTINY

01e4e203 773c 4a98 894e 96791ad477f4

Chen Jia Xin terjerat dalam perkahwinan mengejut selepas hubungan satu malam dengan Wang Xi Yi. Pada awalnya penuh tekanan dan rasa tidak diingini, hubungan mereka mula berubah setelah melalui kehilangan dan perpisahan sementara.

9. ETERNAL LOVE OF DREAM

717880fa a869 475b 9944 6b1df777a66f

Bai Feng Jiu mencintai Dong Hua, dewa yang pernah menyelamatkannya, namun Dong Hua tidak lagi memahami erti cinta. Sepanjang ribuan tahun, Feng Jiu terus berharap dan berkorban, mencipta hubungan yang tidak seimbang, menyakitkan tetapi memikat.

Baca lagi: 8 Drama Korea Terbaharu 2025 Dibintangi Bakat Muda: Cinta, Persahabatan dan Kisah Fantasi di Alam Remaja
Baca juga: 12 Drama China Wuxia dan Xianxia Hebat, Aksi, Cinta dan Dendam dalam Dunia Pendekar