Rupanya, bukan drama Korea sahaja yang sering memaparkan kisah makhluk mitos atau siluman. Drama-drama dari China juga tidak kurang hebatnya! Dengan jalan cerita yang mendebarkan dan sarat elemen fantasi, banyak drama China membawa penonton menyelami dunia siluman, daripada naga, puteri duyung, hinggalah ke rubah berekor sembilan.
Jika anda peminat cerita-cerita mistik yang penuh emosi dan keajaiban, berikut 10 cadangan drama China tentang siluman yang boleh anda nikmati:
1. Fox Spirit Matchmaker: Yue Hong (2024)

Drama China ini mengisahkan Dongfang Huaizhu (lakonan Liu Shishi), seorang gadis muda dari suku rubah yang diselamatkan oleh ketua organisasi bertopeng, Wangquan Hongye. Walaupun dikenali sebagai seorang yang dingin dan sombong, Huaizhu berjaya menawan hati Wangquan sejak pandangan pertama. Namun, cinta mereka penuh liku dan rintangan.
Nak tahu kesudahannya? Jangan lupa saksikan di aplikasi penstriman kegemaran anda!
2. The Snow Moon (2023)

Mengisahkan Boqiu, seekor siluman rubah yang sanggup menanggung derita selama seribu tahun dan sembilan hayat demi mematahkan sumpahan yang dikenakan ke atas kekasihnya, Su Xiao Huan — yang pernah mati di tangannya sendiri.
Dalam kehidupan baharu, mereka kembali bertemu dan cinta pun berputik semula. Adakah cinta mereka akan berjaya menempuh takdir?
3. The Princess and The Werewolf (2023)

Seorang puteri manusia jatuh cinta pada raja bangsa serigala. Namun, perbezaan dunia dan status menjadikan cinta mereka sukar untuk bersatu. Tambahan pula, ancaman dari musuh yang mahu menjatuhkan kerajaan menguji kesetiaan dan kekuatan mereka.
4. Back From The Brink (2023)

Tian Yao, seekor naga purba, dikhianati kekasihnya Su Ying sehingga tubuhnya dimeterai oleh kuasa lima elemen. Secara tak sengaja, dia bertemu Yan Hui dan mula membuka lembaran harapan baharu. Kisah epik ini membawa penonton menyelami perjuangan naga yang mencari semula dirinya yang hilang.
5. The Blue Whisper (2022)

Berlatar di Lembah Wanhua, Ji Yun He (Dilraba Dilmurat), seorang guru roh berbakat, diperintah oleh Puteri Shunde untuk mengajar seekor duyung lelaki, Chang Yi (Ren Jia Lun) agar mampu bercakap, berjalan seperti manusia dan taat sepenuhnya. Namun, hubungan antara mereka mulai berubah jadi lebih rumit dan mendalam.
6. Novoland: Pearl Eclipse (2021)

Drama China ini mengangkat kisah puteri duyung naga yang air matanya menjadi mutiara bercahaya. Penduduk pesisir sanggup berbuat kejam demi mendapatkan mutiara tersebut. Gadis desa bernama Hai Shi kehilangan ayahnya dalam insiden tragis dan akhirnya bertemu Fang Zhu, pembesar istana yang akan mengubah takdirnya.
7. Miss The Dragon (2021)

Sebuah cerita indah tentang Raja Naga dan seorang pelayan muda yang ditakdirkan untuk bertemu dan menyintai dalam tiga hayat kehidupan. Percintaan mereka penuh penantian dan kesetiaan yang menyentuh hati. Dibintangi Dylan Wang dan Bambi Zhu, drama ini pasti buat anda terbuai emosi.
8. Eternal Love Rain (2020)

Bai Qian, puteri Raja Rubah, dibawa ke Gunung Kunlun untuk menuntut ilmu daripada Dewa Perang, Mo Yuan. Namun, perang memisahkan mereka dan Bai Qian tercampak ke alam fana, kehilangan kuasa serta ingatan. Sebuah kisah cinta antara rubah sembilan ekor dan dewa yang sarat pengorbanan.
9. The Legend of The White Snake (2019)

Bai Suzhen, siluman ular putih, turun ke dunia manusia untuk melatih diri menjadi dewa. Dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Xu Xian, seorang manusia. Namun, identitinya sebagai siluman terbongkar dan dia dihina masyarakat. Apakah cinta mereka dapat bertahan dalam ujian berat?
10. The Destiny of White Snake (2018)

Zi Xuan, seorang Kaisar Giok yang sedang menuju ke arah ketuhanan, jatuh cinta pada Bai Yao Yao, roh ular putih kecil. Namun, percintaan mereka tidak direstui apabila Fa Hai, seorang iblis, cuba memisahkan mereka dan mencetuskan kekacauan dunia. Sebuah drama cinta agung penuh konflik antara cinta dan tanggungjawab.
Jadi, drama China tersenarai diatas yang mana satu jadi pilihan hati anda?
Jika anda penggemar kisah cinta yang disulami unsur mitos, kesetiaan dan kuasa luar biasa, semua drama China di atas wajib masuk dalam senarai tontonan anda!







