Home Entertainment 9 Artis Hollywood Yang Bertunang Pada Tahun 2023

9 Artis Hollywood Yang Bertunang Pada Tahun 2023

0

Khabar bahagia datang daripada pelakon dan artis Hollywood ternama iaitu Bella Thorne

Pada 26 Mei 2023 yang lalu, Vogue Weddings mengumumkan bahawa Bella Thorne telah rasmi mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya iaitu seorang pemuda yang bernama Mark Emms setelah mereka menjalin hubungan selama lebih kurang sembilan bulan.

Pertunangan artis Hollywood terkenal Bella Thorne dan kekasihnya ini berlangsung pada 13 Mei 2023 di kediaman pelakon wanita itu yang bertempat di Los Angeles, California.

Selain Bella Thorne, berikut merupakan lapan artis Hollywood yang telah mengesahkan perjalanan mereka ke gerbang perkahwinan apabila mengikat tali pertunangan pada tahun 2023 ini. Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:

Artis hollywood

1. Pada 1 Januari 2023, penyanyi Sara Bareilles berkongsi berita bahagia bahawa dia telah dilamar oleh kekasihnya iaitu Joe Tippett

6d844ca6 8935 4e95 9d1e 1756e20719952. Jeanine Mason mengumumkan pertunangannya dengan seorang pemuda melalui laman Instagram miliknya. Sampai saat ini, Jeanine belum mendedahkan siapakah gerangan pemuda tersebut

22a0c5c8 d35f 439a ba56 c9c84d26c1323. Pelakon yang juga merupakan calon Anugerah Emmy, Christina Hendricks, mengesahkan bahawa dia dan pujaan hatinya, George Bianchini telah bertunang

3d49b56d 626c 4591 9761 1045f74fca424. Walaupun belum disahkan secara rasmi, Dylan Sprouse khabarnya sudah melamar Barbara Palvin pada bulan Mac tahun ini

3300e16b c6ab 4d2e a02a 51cc5a026cdc5. Menurut seorang sumber kepada Us Weekly, pemuzik Lana Del Rey telah bertunang dengan seorang pengurus muzik yang bernama Evan Winiker

2c437445 591a 44d2 b999 405b165eab796. Melalui podcast miliknya, Justin Long telah mengumumkan bahawa dia sudah melamar Kate Bosworth sewaktu gadis itu baru bangun dari tidur. Sekarang kedua-duanya sedang bahagia sebagai pasangan suami isteri

e6bf0931 4a92 4a10 a62c 427968e3b65d7. Setelah menjalin hubungan selama lebih kurang empat tahun, akhirnya Olivia Culpo rasmi menjadi tunang Christian McCaffrey

ade67908 879f 4f4b 80e8 8703caa8d85a8. Pada bulan April 2023, orang ramai dikejutkan dengan khabar pertunangan Millie Bobby Brown dan anak kepada Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi

Bella thorne

9. Baru-baru ini, secara tepatnya pada 26 Mei, Bella Thorne mempamerkan cincin pertunangan yang diberikan oleh kekasih hatinya iaitu Mark Emms

Semoga kekal ke jinjang pelamin diucapkan buat artis Hollywood yang kini bahagia dan sedang menunggu hari penting dalam hidup mereka. Salah satu pasangan di atas sudah pun rasmi mendirikan rumah tangga.

Selamat berbahagia!

Baca Lagi: 7 Anak Pelakon Terkenal India Debut Dalam Filem, Bakat atau Nepotisme?

Baca Juga: 6 Filem Hollywood Gagal Dibintangi Keanu Reeves