Home Entertainment 6 Filem Hollywood Gagal Dibintangi Keanu Reeves

6 Filem Hollywood Gagal Dibintangi Keanu Reeves

0

Keanu Reeves merupakan salah seorang pelakon ternama Hollywood. Kini filem terbarunya John Wick: Chapter 4 sedang ditayangkan di pawagam dan bintang filem ini kembali menjadi bualan ramai.

Keanu Reeves berasal dari negara Kanada. Dia memulakan debutnya sebagai pelakon di Hollywood dengan membintangi filem Youngblood pada tahun 1986.

Sejak kemunculannya itu, Keanu Reeves menjadi salah seorang bintang Hollywood yang diminati ramai. Pelakon ini juga telah berlakon dalam bermacam jenis genre filem, contohnya genre komedi seperti Bill & Ted’s Excellent Adventure, dan genre aksi seperti francais The Matrix.

Baca Lagi: Siapakah Donnie Yen Kepada John Wick Dalam John Wick Chapter 4?

Jangan terkejut, pelakon ini juga gagal berlakon dalam beberapa buah filem terkenal. Terdapat filem yang diminatinya tetapi dia gagal mendapat watak, dan ada pula filem yang mahukan khidmat Keanu Reeves tetapi dia pula tidak berminat untuk mengambil watak dalam filem-filem tersebut.

1. The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring (2001)

3FACF213 2A7B 4DCC 9B49 34010D8B32A9Walaupun telah lama berakhir, trilogi The Lord of the Rings garapan Peter Jackson masih dianggap sebagai salah sebuah francais filem fantasi terbaik sepanjang zaman. Banyak nama-nama pelakon hebat dipertimbangkan untuk membawa watak Aragorn, bermula dari Russell Crowe hingga Nicolas Cage.

Dipetik dari sumber STartefacts.com, Keanu Reeves sebenarnya sangat berminat untuk mendapatkan watak tersebut. Dia menghubungi Peter Jackson untuk meyakinkannya agar memilihnya membawa watak Strider. Namun, watak tersebut akhirnya jatuh kepada Viggo Mortensen. Ramai yang berpendapat watak itu memang sesuai untuknya.

2. Speed Racer (2008)

A980DC78 4D77 4A6B 84BC 15A17D7DADC6Speed Racer menjadi salah sebuah karya terbaik sutradara Wachowski bersaudara. Filem ini merupakan adaptasi dari manga dan anime terkenal yang berasal dari Jepun yang menceritakan tentang seorang pelumba muda yang bergabung dengan polis dan Racer X yang misteri untuk mengakhiri siri pecah amanah dan kejahatan dalam liga litar permotoran.

Wachowski sebelumnya pernah bekerja dengan Keanu Reeves melalui filem The Matrix. Pihak Wachowski cuba untuk mendapatkan Keanu Reeves bagi watak Racer X. Sayangnya, Keanu Reeves terpaksa menolak tawaran tersebut. Karakter Racer X pun diberikan kepada Matthew Fox.

3. Watchmen (2009)

6ADD65AA BFC9 42C5 A9DF F17B45C6DA29Pengarah Zack Snyder sangat terkenal dengan gaya pengarahannya yang unik. Salah sebuah filemnya yang unik adalah Watchmen yang berjaya mendapat pujian melangit.

Dalam artikel yang ditulis oleh MTV, Keanu Reeves pernah ditawarkan untuk melakonkan karakter Dr. Manhattan. Walaupun mengaku tertarik, karakter tersebut akhirnya diberikan kepada Billy Crudup.

4. Eternals (2021)
B2CDA827 CBE2 4435 B5B9 21992BA090A9

Eternals menjadi salah sebuah filem MCU yang sangat underrated. Filem yang diarahkan oleh Chloé Zhao ini kurang berjaya di pasaran. Pernah beredar khabar angin bahawa Keanu Reeves akan muncul dalam filem Eternals. Sayangnya, harapan penonton musnah apabila Keanu Reeves menolak tawaran untuk membintangi filem Eternals

5. Captain Marvel (2019)

538DD19E B086 4352 8F0A 427E23D96C17Mendapat banyak kritikan daripada peminat-peminat filem membuatkan filem Captain Marvel kurang berjaya. Filem yang dilancarkan pada tahun 2019 ini memfokus kepada Carol Danvers yang terperangkap dalam peperangan galaksi.

Dalam filem Anna Boden dan Ryan Fleck tersebut, Jude Law membawa karakter antagonis iaitu Yon-Rogg. Namun, terdapat laporan yang mengatakan bahawa karakter tersebut awalnya ditawarkan kepada Keanu Reeves. Sayangnya, dia terpaksa menolak disebabkan jadual penggambaran bertembung dengan John Wick: Parabellum.

6. Spider-Man: No Way Home (2022)
6D87BFC0 AA3D 489A 831C 10DCC1DE3963Terdapat banyak khabar angin tersebar sejak filem Spider-Man: No Way Home diumumkan. Para peminat berusaha meneka jalan cerita filem ketiga Spider-Man versi Tom Holland ini.
Ketika sudah dilancarkan, ramai peminat yang merasa puas hati dengan filem ini.

Namun sebenarnya semasa awal-awal perangkaan filem, pengarah Jon Watts mempunyai rancangan lain untuk jalan cerita Spider-Man: No Way Home.

Sepatutnya Spider-Man melawan penjahat Kraven the Hunter. Pihak Marvel pernah mempertimbangkan Keanu Reeves untuk memainkan watak tersebut. Sayangnya, pelakon itu tidak tertarik sehingga plot filem ini terpaksa diubah.

Baca Juga: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon