Home Lifestyle 5 Artis Korea Bermusuh Dengan Jiran Dan Disebabkan Apa?

5 Artis Korea Bermusuh Dengan Jiran Dan Disebabkan Apa?

0

Dalam kehidupan bermasyarakat, pasti ada juga yang tidak terlepas dari konflik, rasa tidak puas hati dan permusuhan dengan jiran tentangga.

Kisah permusuhan dengan jiran tetangga ini bukan sahaja berlaku kepada orang biasa, malah golongan selebriti terkenal dan ternama juga terpalit dengan kisah konflik jiran tetangga.

Jiran sering terganggu dengan perbuatan kita ataupun kita sendiri sebenarnya yang kerap mengganggu ketenangan jiwa tetangga kita. Hidup berjiran perlu saling toleransi, barulah dapat mencapai suasana yang aman dan bahagia bersama-sama.

Baca Lagi: Rumah 2 Tingkat Menghalang Jalan Selepas Pemiliknya Enggan Berpindah

Ramai juga artis Korea Selatan yang membuat jiran tetangga mereka mengeluh dan tidak puas hati kerana para artis ini dianggap bertindak sesuka hati mereka tanpa mempedulikan keadaan dan jiran disekeliling.
Jom kita lihat senarai artis Korea Selatan yang pernah bermasam muka dan menghadapi masalah dengan jiran mereka:

1. Seo Ye Ji

AA554A2B AB13 4BA0 8433 20C372B16DCBPada tahun 2022, Seo Ye Ji dikritik teruk selepas terlibat konflik dengan jiran tetangga orang tuanya. Semuanya bermula daripada sebuah hantaran seorang netizen yang mendakwa dirinya adalah jiran kepada ibu bapa pelakon berkenaan.

Menurutnya, Seo Ye Ji selalu meletakkan keretanya sembarangan dan sesuka hati sehingga orang lain di kawasan kejiranan tersebut sukar untuk keluar masuk. Perkara ini sudah berlanjutan selama 4 tahun, setiap kali Seo Ye Ji melawat ibu bapanya, pasti jiran-jiran mengalami kesukaran untuk mengakses laluan di sekitar kawasan itu.

Netizen itu juga menyatakan bahawa peguam Seo Ye Ji sudah membuat permohonan maaf, namun menurutnya, pelakon itu seolah-olah tidak ikhlas dalam meminta maaf. Gold Medalist juga mengakui bahawa sebahagian daripada kenyataan netizen itu adalah benar.

Menurut agensi, keluarga Seo Ye Ji juga sudah meminta maaf kepada semua tetangga yang mengeluh akan perbuatan mereka. Keluarga Seo Ye Ji akhirnya berpindah dari rumah tersebut bagi meredakan segala isu dan ketidakpuasan hati.

2. Hyolyn

ECE0EA65 D38A 4BFD 9EF7 C24142B209FCHyolyn mempunyai masalah dengan jirannya pada tahun 2018. Menurut laporan, artis itu selalu mengadakan parti bersama rakan-rakannya di rumah itu sehingga menyebabkan suasana bising yang tidak terkawal. Para jiran sememangnya merasa terganggu dengan perbuatan mereka.

Menurut pengakuan dari seorang pekerja kedai berdekatan lokasi rumah itu, Hyolyn sering berparti pada waktu lewat malam dengan rakan-rakan yang sama agensi dengannya. Mereka sering membeli alkohol dan makanan ringan selepas jam 11 malam. Akhirnya Hyolyn terpaksa menjual rumah yang baru setahun dibelinya itu kerana keluhan jiran tetangganya.

3. Sung Si Kyung
5A181135 57D2 4A3A 8D69 A3ECD84F4886

Beberapa orang individu mengeluh di ruangan komen alam maya mengenai seorang artis yang suka membuat bising di apartment miliknya dan mengganggu jiran tetangga pada tahun 2021.

Mereka mendakwa bahawa artis itu suka memainkan muzik dengan bunyi yang amat kuat dan bising. Walaupun pengurusnya pernah membuat permohonan maaf dengan turut membawakan buah tangan kepada setiap jiran yang terganggu, kejadian yang sama tetap berulang lagi dan membuatkan para jiran hampir membuat laporan polis.

Akhirnya terdedah juga bahawa artis yang dimaksudkan itu adalah Sung Si Kyung. Setelah menjadi kontroversi, penyanyi itu terus membuat satu hantaran untuk meminta maaf di laman Instagram miliknya. Dia mengaku banyak menghabiskan masa dengan mendengar muzik pada lewat malam dengan anggota kumpulan muziknya.

Perkara ini terjadi sewaktu penyebaran COVID-19 yang membuatkan mereka sukar untuk pergi keluar ke mana-mana. Sung Si Kyung kini sedang berusaha untuk berubah dan menyesali kesilapannya.

4. Kim Kyung Nam

12E892B2 E007 4EBB 930F 6A54891B83DA

Pada tahun 2021, seorang individu telah membuat hantaran di alam maya dan berkongsi keluhannya kerana mempunyai jiran artis yang mengganggu ketenteramannya. Menurut pengakuan tersebut, artis itu sering mengajak kawan-kawannya lepak hingga larut malam dan membuat bising sehingga waktu subuh.

Perkara seperti itu berlaku dalam dua atau tiga kali seminggu. Terbongkar juga bahawa artis yang dimaksudkan adalah Kim Kyung Nam. Agensi artis tersebut juga sudah mengesahkan perkara itu.

Kim Kyung Nam telah mengunjungi jiran tetangganya untuk meminta maaf dengan tulus. Dia juga berjanji akan berhati-hati agar tidak membuat orang lain terganggu dengan perbuatannya.

5. Song Joong Ki
F61A8476 5822 4B61 B39E 65304DD89466Pada tahun 2021, beberapa orang jiran Song Joong Ki membuat protes tentang proses pembinaan semula kediaman artis tersebut yang dianggap mengabaikan kepentingan orang lain dan menyebabkan jiran tetangga terganggu. Proses pembinaan itu telah mengubah jalan menjadi lebih tinggi sekitar 30 hingga 50 sentimeter, sehingga menyebabkan beberapa kenderaan kemalangan.

Menurut dakwaan seorang jiran, Song Joong Ki meninggikan jalan di hadapan kediaman yang sedang dibina itu agar boleh terhubung terus dengan jalan masuk kw tempat parkir. Perubahan itu membuatkan jalan menjadi lebih sempit dan curam, sehingga membahayakan kenderaan yang lalu lalang.

Akibatnya, Pejabat Daerah Yongsan mengarahkan Song Joong Ki untuk membaiki dan mengembalikan jalan tersebut dalam keadaan asal semula melalui utusan surat rasmi. Agensi menyatakan bahawa perkara ini terjadi kerana tanah yang dibeli oleh Song Joong Ki sebelumnya ini telah digunakan oleh kerajaan untuk membuat jalan awam.

Namun, setelah menerima keluhan, Song Joong Ki akhirnya merelakan sebahagian dari tanah yang dibelinya itu untuk tetap digunakan sebagai jalan awam seperti dulu. Selain itu, jiran juga turut mengeluh kerana proses pembinaan itu menyebabkan bunyi bising yang sudah berlarutan selama lebih dari setahun.

Baca Juga: Tidak Hanya Lelaki, Perempuan Juga Sanggup Curang Dengan Pasangan