Home Entertainment 7 Anak Pelakon Terkenal India Debut Dalam Filem, Bakat atau Nepotisme?

7 Anak Pelakon Terkenal India Debut Dalam Filem, Bakat atau Nepotisme?

0

7 anak pelakon terkenal India debut dalam filem, bakat atau nepotisme? Siapakah mereka ini? Jom lihat!

Industri perfileman Bollywood menjadi sasaran dan lubuk emas bagi anak-anak artis terkenal untuk memulakan kerjaya.

Walau bagaimanapun, bukannya mudah untuk mencipta nama dan bertahan dalam industri Bollywood ini walaupun seseorang artis itu adalah anak pelakon terkenal India kepada artis paling berpengaruh di India sekali pun. Ramai juga anak artis India yang kini menjadi pelakon terkenal, dan disukai ramai seperti Sara Ali Khan, Jhanvi Kapoor, dan juga Tiger Shroff.

Nama mereka dicanang-canang bakal menjadi idola terbaru di masa depan nanti
Memang tidak dinafikan, nepotisme menjadi salah satu punca bagi anak-anak artis ini mula menapak di Bollywood. Kemahsyuran ibu bapa mereka membuka ruang dan jalan yang mudah buat mereka terjun ke dunia seni dan glamor Bollywood.

Mereka tidak perlu merangkak dari bawah, mencari pengaruh dan peluang untuk diberi watak atau peranan dalam setiap filem. Pastinya, walau sebesar mana pun pengaruh ibu bapa mereka, mereka tidak akan bertahan lama sekiranya tidak mempunyai pakej utama iaitu bakat lakonan. Kecantikan, ketampanan dan pengaruh keluarga tidak cukup untuk membantu mereka kekal relevan dalam industri ini.

Nampaknya makin ramai anak pelakon terkenal India yang memulakan kerjaya seni mereka sebagai bintang filem pada tahun 2023 ini. Siapakah mereka ini! Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

d8f15760 3b6e 4798 971d c3ead51bd3fd1. Anak sulong dan merupakan satu-satunya anak perempuan Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan, membuat debut lakonan melalui filem Netflix adaptasi daripada sebuah komik yang bertajuk The Archies. Mungkinkah anak perempuan raja Bollywood ini mampu bersinar seperti bapanya?

39d4ef2c 8040 48e6 81e6 7405c4961a552. Filem The Archies juga merupakan debut lakonan adik Janhvi Kapoor iaitu Khushi Kapoor. Dia diberi kepercayaan untuk melakonkan karakter Betty Cooper

2fb59373 cd9b 434e b2b3 d60b4d0316d33. Masih lagi membicarakan filem yang sama iaitu The Archies, Agastya Nanda yang merupakan anak pelakon terkenal India kepada Shweta Bachchan juga turut memulakan karier seninya sebagai seorang pelakon

34410096 9fd7 4d49 91ed a05f7b1ba40d4. Shanaya Kapoor berharap filem debutnya yang bertajuk Bedhadak akan menjadi permulaan yang baik untuk kariernya di Bollywood. Pelakon muda ini adalah anak pelakon terkenal India Sanjay Kapoor yang merupakan adik beradik kepada Anil Kapoor dan Boney Kapoor

43882614 9543 4e87 a1e5 4bd659f1b5cc5. Sementara itu, Rasha Thadani juga turut mengikuti jejak langkah ibunya iaitu pelakon Bollywood terkenal Raveena Tandon sebagai seorang pelakon. Dia akan tampil dalam filem arahan Abhishek Kapoor

anak pelakon terkenal India6. Anak lelaki pelakon terkenal India dan lagenda Mithun Chakraborty iaitu Namashi Chakraborty, telah memulakan kariernya di dunia seni lakon melalui sebuah filem yang bertajuk Bad Boy yang ditayangkan pada 28 April 2023

da8ef9f0 a3f1 4960 88fe a2679bf3632d7. Ibrahim Ali Khan yang merupakan anak pelakon terkenal India Saif Ali Khan khabarnya akan membuat debut lakonan melalui sebuah filem thriller yang diberi tajuk Sarzameen

Nampaknya lakonan semua anak pelakon terkenal India yang tersenarai di atas memang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak. Filem debut mereka akan menjadi penanda perjalanan karier mereka dalam industri Bollywood.

Pastinya yang berbakat akan terus kekal dan menjadi relevan, sementara mereka yang hanya bersandarkan pengaruh keluarga tanpa sebarang bakat pasti nama mereka akan terkubur dan terus dilupakan.

Baca Lagi: 7 Siri Hulu Terbaru Pada Jun 2023

Baca Juga: Kisah percintaan Anil Kapoor & Sunita Kapoor, Pasangan Paling Serasi di Bollywood