Home Entertainment 8 Watak Kdrama Yang Menyesali Perbuatan Mereka

8 Watak Kdrama Yang Menyesali Perbuatan Mereka

0

Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan Choi Seung Hi (Myung Se Bin) merupakan dua watak antagonis dalam Kdrama siri popular Doctor Cha. Kedua-duanya sama-sama membuat emosi para penonton turun naik kerana mereka sanggup menjalin hubungan terlarang.

Namun di penghujung kdrama siri ini, mereka akhirnya menyedari kesalahan dan kesilapan mereka dan dengan ikhlas memulakan kehidupan baru dengan meninggalkan hubungan toksik mereka.

Bukan hanya dua watak ini sahaja, terdapat beberapa watak antagonis lain dalam kdrama siri Korea Selatan terbaru (tahun 2023) yang juga turut menyesali perbuatan mereka di penghujung cerita. Contohnya, senarai watak yang kami sediakan berikut ini.

Jom sama-sama kita lihat 8 watak antagonis yang menyesal dengan perbuatan jahat mereka dalam berbagai-bagai kdrama siri 2023 ini:

Kdrama

1. Pada episod akhir Doctor Cha, Seo In Ho (Kim Byung-chul) menyesal kerana telah berlaku curang dan telah mensia-siakan ketulusan dan keikhlasan isterinya selama ini.

64040e1c af9b 413d ac89 b85ea3f8363a2. Choi Seung Hi (Myung Se Bin) dalam drama siri yang sama iaitu Doctor Cha akhirnya turut menyedari bahawa kelakuannya menjadi perosak rumah tangga Cha Jeong Suk telah melukai ramai pihak yang tidak bersalah

ff92c241 3cc2 43b6 a221 f65a78473103 13. Setelah meyedari bahawa dia telah diperalatkan oleh ayahnya sendiri, Oh Ha Young (Hong Bi Ra) dalam The Good Bad Mother menyesal kerana telah memerangkap tunangnya dalam sebuah tragedi kemalangan

500d6b92 3b09 443e 9590 3d8bee45cca64. Permaisuri Cho Soo Young (Hong Soo Hyun) menghukum dirinya sendiri setelah sedar bahawa balas dendamnya adalah perkara sia-sia dalam drama siri Our Blooming Youth

bc63fbbf 43a8 46c5 9793 07ccef1bc7eb5. Episod akhir Taxi Driver 2 menyaksikan On Ha Jun (Shin Jae Ha) menyesali perbuatan jahatnya setelah mengetahui salah seorang mangsanya adalah ayah kandungnya sendiri

beb057d9 35ce 4bd7 bf21 ef8ed581870c6. Wataknya adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi yang sanggup melakukan apa sahaja demi impian , Bang Su Ah (Kang Na Eon) berubah menjadi lebih baik pada episod akhir Crash Course in Romance

919999c9 3324 4e00 b0d2 c802e4f416397. Dalam drama siri yang sama iaitu Crash Course in Romance, Jang Seo Jin (Jang Young Nam) pada awalnya adalah ibu yang terlalu tegas dan mementingkan diri. Namun dia akhirnya berubah dan menjadi rapat dengan anak-anaknya

1ebc6a5f 87a3 45b7 98ed d3c9dac77e4a8. Jeon Kang Il (Kang Young Seok) menyesali segala perbuatan jahatnya dalam drama siri Poong, the Joseon Psychiatrist 2 dan akhirnya berubah menjadi seorang tabib yang bekerja dengan lebih tulus dan ikhlas

Semua 8 watak antagonis ini pada awalnya memang berjaya membuatkan para penonton geram dan sakit hati kerana perbuatan jahat mereka. Namun mereka akhirnya menyedari kesilapan mereka dan menyesali bersungguh-sungguh kerana telah bertindak jahat dan menganiaya orang tidak bersalah. Mereka juga berubah menjadi orang yang lebih baik di pengakhiran cerita.

Baca Lagi: 12 Pelakon Popular Muncul Sebagai Cameo Dalam Kdrama 2023

Baca Juga: 13 Kdrama Yoo In Soo, Tukang Onar Di “The Good Bad Mother”