Home Entertainment 12 Pelakon Popular Muncul Sebagai Cameo Dalam Kdrama 2023

12 Pelakon Popular Muncul Sebagai Cameo Dalam Kdrama 2023

0

Siapakah 12 pelakon popular yang muncul sebagai cameo dalam kdrama?

Drama siri Korea Selatan rasanya memang jarang sekali tidak menampilkan cameo. Cameo kerap tampil demi memeriahkan kisah dan jalan cerita, contohnya untuk memulakan konflik hingga menjadi kunci daripada setiap permasalahan yang timbul.

Biasanya pelakon popular ini juga adalah merupakan kenalan rapat daripada pasukan penerbitan dan para pelakon yang membintangi drama-drama siri tersebut.

Bagi drama siri untuk tahun 2023 setakat ini, beberapa artis yang merupakan pelakon popular menyumbangkan waktu lapang mereka untuk tampil sebagai cameo. Kebanyakan watak mereka juga dapat dikatakan cukup penting dalam setiap kisah.

Berikut ini merupakan 12 artis wanita pelakon wanita popular yang tampil sebagai cameo dalam drama siri tahun 2023 ini:

Pelakon popular1. Menjadi sebuah kisah aksi dan balas dendam, Roh Yoon Seo menjadi adik Jung Seol Ah (Esom) dan Yoon Sa Wol (Kang Yoo Seok) yang terbunuh dalam drama siri Netflix Black Knight

ff219e96 b06d 47a1 9297 749c7e256ee52. Pada episod 2 drama siri Dr. Romantic 3, Ha Yoon Kyung tampil sebagai seorang doktor yang mengikuti wawancara di Hospital Doldam

34be480c e90d 4fbe 911d 6643267df0f53. Sama juga dengan Joo Hyun Young yang juga membuat penampilan istimewa dengan watak yang sama dalam drama siri Dr. Romantic 3

d755d252 e3a2 4a20 b701 23f3e64467fc4. Menjadi cameo, Lee Joo Myoung kini menjadi ejen BIN yang mempunyai kebolehan seni bela diri yang baik dalam drama siri terbaru Family: The Unbreakable Bond

c59ac994 9377 4fd8 b95d cdf6937e44bd5. Kemunculannya menjadi bualan ramai, memang kecoh! Kim So Yeon tampil sebagai pemandu pertama teksi mewah yang datang menolong pasukan yang melakukan khidmat balas dendam dalam drama siri Taxi Driver 2

4731ca52 0bf8 4c01 9d25 8b7fafaf051d6. Moon Chae Won membuat ramai penonton teruja dengan wataknya sebagai tentera dalam drama siri Taxi Driver 2

94ce4ace 4d7c 4047 91b8 8b427f1d239d7. Membawa watak sebagai seorang artis, Lee Yu Ri muncul dalam episod 9 drama siri Love to Hate You yang dikisahkan sebagai bekas teman istimewa Do Won Jun (Kim Ji Hoon)

5c829bd9 70b8 4a56 90c3 5036c53e63698. Dalam babak yang sama, Eugene juga turut memeriahkan drama siri Love to Hate You sebagai seorang artis yang hadir dalam acara pesta

f103e102 dc2c 4572 9547 cebf72d6825d9. Masih lagi membicarakan drama siri Love to Hate You, Jung Woo Yeon juga membuat penampilan istimewa sebagai pelakon wanita yang hadir ke acara parti tersebut

afe7cc9f c3ed 41e9 866b 1b01d05e500810. Sebelum ini dia muncul sebagai cameo dalam drama siri Joseon Attorney, Bae Hae Sun berjaya juga meragut emosi ramai penonton sebagai ibu Nam Hae Yi (Roh Yoon Seo) dalam drama siri Crash Course in Romance

8ddacb83 843a 4387 8421 4e51bb5ccdcc11. Sementara itu, Jeon So Min juga turut sama memeriahkan drama siri Delivery Man. Dia tampil sebagai hantu yang kerap menakutkan orang ramai

7a9166c5 e938 41bb b23d 98c4ad4fe66412. Song Yoon Ah yang juga tampil sebagai hantu dalam drama siri Delivery Man untuk menyokong Yoon Chan Young yang pernah berlakon bersamanya

Di tengah-tengah kesibukan jadual peribadi, para pelakon wnaita Korea yang tersenarai di atas meluangkan masa mereka untuk membuat penampilan istimewa dalam drama siri 2023. Kehadiran mereka juga membuatkan para penonton semakin teruja kerana kebanyakan mereka menjadi kunci setiap konflik drama siri-drama.

Dari deretan cameo di atas, kamu suka penampilan siapa?

Baca Lagi: “The Uncanny Counter 2”, “Sam Shik” Juga Ada

Baca Juga: 13 Kdrama Yoo In Soo, Tukang Onar Di “The Good Bad Mother”