Home Artis Korea 8 Pilihan Filem yang Dibintangi Jeong Ha Dam, Berbakat Besar

8 Pilihan Filem yang Dibintangi Jeong Ha Dam, Berbakat Besar

0

Dalam drama Korea Pyramid Game yang bakal tamat tidak lama lagi, Jeong Ha Dam membawa watak sebagai Go Eun Byeol.

Dalam drama mengenai kisah buli tersebut, watak yang dibawa oleh Jeong Ha Dam pernah membuatkan Myeong Ja Eun (Ryu Da In) berada di gred F dalam permainan piramid yang diadakan di kelas 2–5 Sekolah Tinggi Perempuan Baekyeon.

c359878e 9d0f 47bf 9824 b9b4e52bf975 IMG 9368

Gred F diperolehi oleh seseorang yang tidak mendapat sebarang undian dan kemudian akan menjadi mangsa buli seterusnya.

Bukan hanya dalam drama, sejak melakukan debut pada tahun 2015, pelakon yang dilahirkan pada tahun 1994 ini sebenarnya juga kerap muncul di layar perak!

Berikut merupakan tujuh buah filem yang pernah dibintangi Jeong Ha Dam.

 

1. Mengisahkan tentang seorang detektif yang terjebak dalam hubungan cinta dengan suspek pembunuhan, dalam Decision to Leave (2022) Jeong Ha Dam membawa watak sebagai Oh Ga In

Jeong Ha Dam2. Bawa watak sebagai Lee Ok Yi, A Resistance (2019) berlatarkan tahun 1919, tentang seorang wanita yang disumbat ke penjara kerana menentang rejim Jepun yang zalim

 

38dbbef9 f926 4f5e a6d2 a8786e100a5d

3. Bawa watak sebagai Ha Dam, Ash Flower (2017) mempunyai kisah menyentuh perasaan tentang dua orang gadis yang sangat rapat antara satu sama lain, setelah sebuah pertemuan yang tidak disengajakan

 

f2219f45 af8a 4e36 a590 af97d17e335f

4. Membawa watak sebagai Maid 5, The Handmaiden (2016) sajikan kisah penipuan Fujiwara dan Ok Jo untuk mengelabui mata Hideko, anak perempuan bangsawan Jepun

 

2f460078 5397 42b0 8090 26da47104b59

5. Berlakon sebagai Jin Dal Rae, The Net (2016) menceritakan kisah nelayan miskin dari Korea Utara yang tidak sengaja memasuki sempadan Korea Selatan

 

f0175685 5924 4b89 a965 36f5db7cd15d

6. Tampil sebagai Ha Dam, Steel Flower (2016) menceritakan kisah seorang gadis muda yang berpindah ke Busan dan berharap mendapat pekerjaan

 

IMG 9365

7. Muncul sebagai Hanako, The Age of Shadows (2016) menceritakan tentang pejuangan Korea yang menyelundup msuk bahan letupan

 

cb3a238c e749 4c2b a3ed 8e7420e182ba

 

8. Bawa watak sebagai Dukun Young Joo, The Priests (2015) menceritakan tentang pelajar yang dirasuk roh jahat selepas dia dilanggar lari oleh orang misteri

IMG 9366

Bukan hanya jalan ceritan yang segar, Pyramid Game merupakan drama Korea yang dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat. Mereka bukan hanya membintangi drama, tetapi juga turut terlibat dalam filem, contohnya seperti Jeong Ha Dam. Sudahkah anda menonton filem-filem lakonan Jeong Ha Dam?

Baca lagi: Musim 2 Physical 100 Akan Menampilkan Cabaran Yang Lebih Kejam dan Sukar
Baca juga: 9 Watak ini Menurut Kata Jang Da Ah dalam Pyramid Game, Terpaksa atau Rela?