Home Artis Korea 8 Kdrama Dibintangi Ahn Jae Wook, Pelakon Senior Korea

8 Kdrama Dibintangi Ahn Jae Wook, Pelakon Senior Korea

0
Ahn Jae Wook

Drama siri dibintangi oleh para pelakon seperti Jeon Hye Jin, Choi Sooyoung, Park Sung Hoon dan Ahn Jae Wook, Not Others (2023) adalah salah sebuah drama siri yang sedang mendapat perhatian.

Tidak ramai yang tahu, Ahn Jae Wook merupakan pelakon lelaki senior yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan Korea Selatan selama 29 tahun.

Dalam drama siri Not Others (2023), pelakon berbakat besar ini membawa watak sebagai Park Jin Hong iaitu bekas teman lelaki Kim Eun Mi (Jeon Hye Jin) yang juga merupakan ayah kandung kepada Kim Jin Hee (Choi Sooyoung).

Membuat kemunculan semula dengan membintangi drama siri Not Others (2023), berikut ini adalah 8 drama siri Korea yang pernah dibintangi oleh pelakon Ahn Jae Wook. Jom kita lihat bersama!

 

571ac1b6 d6a3 4e42 9f75 ecf0d0896302
1. Ahn Jae-wook menjadi pelakon utama drama siri Match Made in Heaven (2004) bersama pelakon wanita jelita 90-an bernama Hwang Shin Hye

 

Ahn jae wook
2. Ahn Jae-wook pernah bergandijgan dengan artis Lee Bo Young dalam drama siri Mr. Good Bye (2006). Sebuah kisah jalinan cinta romantik

 

02d80001 bc8e 4584 952b efad46c131ef
3. Kembali menjadi pelakon utama, Ahn Jae-wook digandingkan pula dengan pelakon cantik manis Seo Ji Hye dalam drama siri I Love You (2008)

 

ce8f8522 425c 425b 8fad 039f7e1b3b48
4. Dalam drama siri Lights and Shadows (2011), Ahn Jae-wook yang berasal dari keluarga kaya raya menjadi penghibur nasional pertama semasa perang Vietnam

 

eb5150e8 6250 438b 80d8 13723da714bf
5. Ahn Jae Wook adalah bapa tunggal yang membesarkan dua orang anaknya sendirian semenjak kematian isterinya dalam drama siri Five Enough (2016)

 

89695b8c 29e2 4c5a 9b1e f75d0bc8a33b
6. Ahn Jae Wook membawa watak sebagai ayah kepada Lee Seung Gi dalam drama siri Mouse (2021). Dia adalah psikopat sadis yang mana genetik serta sifat jahatnya diwarisi oleh anaknya

 

680af25f 7ffc 4a18 8c18 aace7355546b
7. Tampil dalam drama siri The Empire (2022), Ahn Jae Wook adalah profesor sekolah undang-undang. Dia juga membawa watak sebagai suami kepada Kim Sun A

 

614fc5e9 39e4 4bf8 b2a3 9c0954b9e6d8

8. Kemunculan baru kali ini, Ahn Jae Wook menjadi kekasih kepada Jeon Hye Jin semasa sekolah menengah dalam drama siri Not Others (2023). Merupakan juga ayah kandung kepada Sooyoung.

Sudah berlakon selama 29 tahun, pelakon lagenda Ahn Jae Wook memulakan karier lakonannya pada tahun 1994. Pelakon yang berusia 52 tahun ini merupakan lulusan Seoul Institute of the Arts dan sudah dikurniakan sepasang cahaya mata bersama isterinya yang merupakan seorang pelakon muzikal teater iaitu Choi Hyun Joo.

Baca lagi: 7 Kdrama Fantasi Menarik Mengenai Roh Jahat Untuk Ditonton
Baca juga: 5 Sebab “Not Others” Menarik untuk Ditonton