Drama siri Korea Selatan yang mengangkat cerita tentang roh jahat cukup popular di kalangan pencipta karya dan juga para penonton dewasa ini.

Paling terbaru dan sedang menjadi fenomena adalah Kdrama fantasi aksi The Uncanny Counter 2 (2023) ditayangkan di platform streaming Netflix yang mengisahkan tentang sekumpulan individu yang mempunyai kekuatan luar biasa dan bekerja sama untuk memburu dan memusnahkan roh jahat.

Jika anda menyukai Kdrama fantasi siri Korea Selatan tentang roh jahat seperti The Uncanny Counter, anda perlu meluangkan masa untuk menonton beberapa drama siri genre fantasi seperti berikut ini:

 


1. Hotel de Luna (2019) mengisahkan tentang sebuah hotel misteri yang menjadi tempat transit atau persinggahan roh jahat dan juga roh baik sebelum mereka berangkat ke alam yang lain

 


2. Watak-watak utama dalam Kdrama fantasi siri komedi iaitu Mystic Pop-up Bar (2020) mempunyai misi untuk melaksanakan impian manusia, mereka membantu manusia melalui alam mimpi mereka. Perkara yang mereka lakukan ini juga berkaitan dengan roh jahat

 


3. Roh jahat dalam Kdrama fantasi siri Hellbound (2021) benar-benar mengerikan dan mengancam keselamatan manusia di bumi, Ryu Kyung Soo berlakon sebagai pengurus yang juga merupakan pengikut ajaran sesat dalam drama siri ini

 


4. Dalam kdrama fantasi thriller siri Island (2022) para penonton disajikan dengan kisah perjuangan watak-watak untuk menguruskan iblis nafsu yang jahat yang berakhir dengan kejayaan

 


5. Kokdu (Kim Jung Hyun) bertugas untuk menghapuskan manusia-manusia yang melakukan kejahatan di bumi dalam drama siri Kokdu: Season of Deity (2023) selain itu terdapat beberapa kes jenayah kejahatan yang berjaya membuat para penonton rasa sakit hati dan sangat cemas semasa menonton Kdrama ini

 

Kdrama fantasi
6. Pontifex Lembrary (Kim Min-kyu) dalam The Heavenly Idol (2023) jatuh ke bumi kerana melawan iblis jahat

 

Fantasi
7. Sementara itu, pengusiran roh jahat juga berjalan dengan baik walaupun setiap watak utama memerlukan proses yang panjang dan masa yang lama dalam drama siri Revenant (2023)

Kdrama fantasi yang manakah yang paling mencuri perhatian anda? Jangan lupa untuk masukkan setiap drama siri ini ke dalam senarai tontonan anda ya!

Baca lagi: Kdrama Thriller Baharu “The Killing Vote”, Kisah Misteri Orang Bertopeng Anjing
Baca juga: Suka Genre Supernatural Seperti The Uncanny Counter 2? Berikut 7 Kdrama Supernatural Untuk Anda
Previous article“Dia Yang Salah Dia Yang Marah”-Rakaman Pemandu Keluar Simpang Melulu Raih Perhatian
Next article“Ni Bukan Takut Ni Galok”-Reaksi Sekumpulan Rakan Menaiki ‘Cable Car’ Dikritik Netizen