Home Artis Korea 8 Kdrama “Cinta Segitiga” Dengan “Second Lead Syndrome”

8 Kdrama “Cinta Segitiga” Dengan “Second Lead Syndrome”

0

Kdrama bertemakan cinta segitiga menyajikan kisah romantik menarik antara tiga orang yang terjebak dalam sesebuah hubungan. Alhasil memunculkan istilah “second lead syndrome” kerana peranan para bintang ternama tersebut sangatlah ikonik.

Second lead syndrome” merujuk kepada watak kedua dalam sesebuah Kdrama. Seperti kisah cinta segitiga yang biasanya menghadirkan watak utama dan watak kedua. Watak kedua ini atau second lead cenderung kerap mengalami patah hati.

Sementara itu, ada sejumlah Kdrama cinta segitiga yang menampilkan peranan “second lead” paling ikonik dan menjadi pilihan para penonton.

Pasti anda ingin tahu Kdrama manakah cinta segitiga dengan “second lead” paling ikonik? Jom kita lihat senarainya dibawah ini!

1. STRONG WOMAN DO BONG SOON (2017)

Kdrama

STRONG WOMAN DO BONG SOON termasuk Kdrama cinta segitiga yang memiliki peranan second lead paling ikonik. Tayang tahun 2017, STRONG WOMAN DO BONG SOON dilakonkan oleh Park Bo Young, Park Hyung Sik, dan Kim Ji Soo.

Mengangkat genre romantik, komedi, aksi, STRONG WOMAN DO BONG SOON mengisahkan seorang wanita super bernama Do Bong Soon. Dia mewarisi kekuatan dari keluarganya hingga menjadi pengawal peribadi CEO perusahaan Ainsoft bernama Ahn Min Hyuk. Awalnya hubungan keduanya hanya sebagai majikan dan pekerja. Namun, lambat laun menumbuhkan perasaan cinta.

Sayangnya, Do Bong Soon sudah sejak lama menyukai teman sekolahnya bernama In Guk Doo. Perasaan tersebut tak terbalaskan sampai Do Bong Soon kerap mengalami patah hati lantaran pujaannya sudah punya kekasih. Meski begitu, dia menerima cinta tulus dari Ahn Min Hyuk, hingga jatuh hati padanya. Pada satu saat, In Guk Doo menyedari kalau dirinya ternyata jatuh hati pada Do Bong Soon. Peranan Kim Ji Soo sebagai In Guk Doo ini berjaya mencuri perhatian penonton. Boleh ditonton melalui Viki, Prime Video, iQIYI, WeTV, Netflix, Disney+ Hotstar, dan Viu.

 

2. START UP (2020)
Cinta Segitiga

Kdrama cinta segitiga berikutnya adalah START UP. Ditayangkan tahun 2020 ini mengangkat genre bisnes, romantik dan komedi. Dilakonkan oleh Bae Suzy, Nam Joo Hyuk, dan Kim Seon Ho, START UP sukses mencuri perhatian para peminat kdrama.

Dalam drama ini, watak utama bernama Seo Dal Mi terjebak cinta segitiga dengan Nam Do San dan Han Ji Pyeong. Awalnya Seo Dal Mi menyangka kalau Nam Do San merupakan kawan yang dia kenal saat masih remaja. Namun ternyata figura tersebut adalah Han Ji Pyeong yang kini sukses meniti karya di dunia start up. Saat bertemu Seo Dal Mi lagi, Han Ji Pyeong memilih menyembunyikan fakta masa lalu bahawa dirinya adalah Nam Do San yang asal.

Dia pun meminta Nam Do San menggantikan dirinya jadi investor. Namun, Seo Dal Mi malah terjebak dalam cinta segitiga untuk memilih antara Nam Do San teman masa kecilnya atau Nam Do San yang dia temui setelah dewasa. Kerana kisah cinta mereka, penonton sampai berbelah bahagi dalam dua kubu. Kdrama ini boleh disaksikan melalui saluran Netflix.

 

3. REPLY 1988 (2015)
IMG 9638

Kdrama segitiga dengan second lead paling ikonik berikutnya adalah REPLY 1988. Drama yang tayang pada 2015 ini mengangkat genre komedi, keluarga, romantik, dan kehidupan. Sinopsis singkatnya bercerita mengenai kehidupan sejumlah keluarga di Ssangmundong.

Sementara itu, Sung Deok Sun malah terlibat cinta segitiga dengan sahabat kecilnya yakni Kim Jung Hwan dan Choi Taek. Dia pun merasa bimbang dan serba salah dengan perasaannya untuk melabuhkan hati pada Kim Jung Hwan ataupun Choi Taek. Drama ini boleh disaksikan melalui saluran Viki, Prime Video, iQIYI, WeTV, Netflix dan Viu.

 

4. THE HEIRS (2013)
IMG 9639

Masih ingat Kdrama THE HEIRS? Drama ini menghadirkan kisah cinta segitga melibatkan pelakon utama bernama Kim Tan, Cha Eun Sang dan Choi Young Do. Ditayang pada 2013, THE HEIRS mengisahkan kisah romantik remaja yang cukup menarik untuk anda tonton.

THE HEIRS berfokus kepada kehidupan Cha Eun Sang dan Kim Tan yang mempunyai latar belakang keluarga berbeza. Ibu Cha Eun Sang bekerja sebagai pembantu di rumah Kim Tan. Tidak disangka, Kim Tan bertemu Cha Eun Sang saat berada di luar negeri hingga jatuh hati padanya.

Bersamaan dengan itu, Cha Eun Sang yang berasal dari keluarga kelas bawah selalu dibuli teman sekolahnya. Termasuk Choi Young Do yang kerap mengganggu namun sebenarnya dia tertarik pada Cha Eun Sang. Kisah cinta segitiga dimulai di antara mereka dengan beragam konflik. Untuk nonton drama ini bisa melalui saluran Viki, Prime Video, iQIYI, WeTV, Netflix dan Viu.

 

5. TRUE BEAUTY (2021)
IMG 9640

Kdrama cinta segitiga adaptasi Webtoon berjudul TRUE BEAUTY juga sukses mencetak rating cukup tinggi. Tayang pada 2021 lalu, TRUE BEAUTY dilakonkan oleh Moon Ga Young, Cha Eun Woo dan Hwang In Youp. Ketiganya terlibat dalam cinta segitiga yang berlatarkan dunia sekolah.

Lim Jo Gyung gadis cantik ini sengaja menutupi wajahnya dengan makeup lantaran tidak percaya diri. Dia pun menyukai Lee Su Ho, seorang pelajar lelaki yang tampan namun dingin di sekolah. Saat bersamaan, Lim Jo Gyung bertemu dengan Han Seo Jun yang ternyata dulunya menjadi sahabat Lee Su Ho. Hubungan keduanya menjadi akrab seperti sahabat. Namun Han Seo Jun mulai tertarik pada Lim Jo Gyung. Drama ini boleh disaksikan melalui saluran Netflix, Viki, Prime Video dan Viu.

 

6. WHILE YOU WERE SLEEPING (2017)
IMG 9641

Ditayang pada 2017, WHILE YOU WERE SLEEPING turut menjadi Kdrama cinta segitiga dengan second lead paling ikonik. Dibintangi oleh Jung Hae In sebagai Han Woo Taek. Di drama ini, dia membawakan watak sebagai pegawai polis yang berkawan dengan Nam Hong Ju (Bae Suzy)

Sementara itu, Nam Hong Ju diketahui memiliki kemampuan unik untuk melihat sesuatu yang terjadi di masa depan melalui mimpinya. Sejalan dengan itu, Jung Jae Chan dan Han Woo Taek ternyata juga memiliki kemampuan serupa yang saling berhubungan. Ketiganya akan menyelesaikan misi mencegah sesuatu yang buruk di masa depan. Namun ternyata diam-diam Han Woo Taek menyukai Nam Hong Ju. Sayangnya, Nam Hong Ju justeru jatuh hati pada Jung Jae Chan. Drama ini boleh disaksikan melalui saluran WeTV, Netflix, Viki, iQIYI.

 

7. EXTRAORDINARY YOU (2019)
IMG 9642

Kdrama cinta segitiga berikutnya adalah EXTRAORDINARY YOU. Tayang pada 2019 mengangkat genre komedi, romantik dan fantasi. Dilakonkan oleh Kim Hye Yoon, Rowoon, dan Lee Jae Wook.

Sementara itu, kisah cinta segitiga di drama ini berfokus pada watak utama Eun Dan Oh, Ha Ru dan Baek Kyung. Berlatarkan dunia komik, Eun Dan Oh dikisahkan sudah mempunyai tunang bernama Baek Kyung. Namun, Baek Kyung terlihat tak peduli dengan Eun Dan Oh hingga membuatnya kerap sakit hati. Tanpa dirancang Ha Ru hadir di kehidupan Eun Dan Oh dan mengubah segalanya. Setelah Ha Ru datang, Baek Kyung mulai merasakan bahawa dirinya memang menyukai Eun Dan Oh yang merupakan teman masa kecil sekaligus tunangnya itu. Eun Dan Oh akhirnya menjadi bingung menentukan pilihannya. Drama ini boleh disaksikan melalui Netflix, WeTV, iQIYI, dan Viki.

8. OUR BELOVED SUMMER (2021)
IMG 9643

OUR BELOVED SUMMER juga menghadirkan cinta segitiga yang sangat disukai. Kdrama ini tayang pada 2021 lalu mengangkat genre romantik dan kehidupan. Fokus utama pada watak utama Choi Woong, Kook Yeon Soo dan Kim Ji Woong.

Ketiganya merupakan teman sekolah yang kini kembali bertemu lagi kerana terlibat project dokumentari. Kook Yeon Soo dan Choi Woong merupakan bekas kekasih ketika sekolah menengah. Sayangnya hubungan keduanya putus tanpa alasan jelas. Bak sebuah takdir, Kook Yeon Soo harus bertemu Choi Woong lantaran sebuah filem dokumentari. Menariknya, penerbit dan jurukamera mereka adalah Kim Ji Woong, sahabat Choi Woong. Diam-diam, Kim Ji Woong menyukai Kook Yeon Soo namun memilih memendamnya. Drama ini anda boleh saksikan melalui saluran Netflix.

Selamat menonton semua!

Baca lagi: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023
Baca juga: 7 Kdrama Yang Dibintangi Go Yoon Jung, Terbaru ‘Moving’ 9 Ogos Ini
Baca lagi: 5 Fakta Behind Your Touch, Han Ji Min Miliki Kuasa Ajaib