Home Artis Korea 7 Kdrama Yang Dibintangi Go Yoon Jung, Terbaru ‘Moving’ 9 Ogos Ini

7 Kdrama Yang Dibintangi Go Yoon Jung, Terbaru ‘Moving’ 9 Ogos Ini

0

Go Yoon Jung merupakan salah seorang pelakon wanita yang melakukan debut pada tahun 2019. Dia melakukan debut lakonannya dalam drama He Is Psychometric.

Sudah cukup banyak watak yang dilakonkan olehnya sejak debut hingga saat ini.
Pada tahun 2023 ini, Go Yoon-jung mempunyai projek drama baru yang juga menyaksikan pelakon ini sebagai pelakon utama.

Ingin menonton lakonan Go Yoon Jung sejak debut hingga tahun 2023 ini? Berikut ini merupakan tujuh drama siri Korea Selatan yang dibintangi oleh Go Yoon Jung:

1. He Is Psychometric (2019)

Goo yoon jung
Go Yoon Jung pernah menjadi salah seorang pelakon untuk drama siri He Is Psychometric bersama Shin Ye Eun, Park Jin Young, Kim Kwon, dan Kim Da Som. Dalam drama siri tersebut Go Yoon Jung membawa watak sebagai Kim So Hyun yang merupakan kawan kepada Yoon Jae In (Shin Hye Sun).

Drama siri yang ditayangkan pada 11 Mac 2019 ini menceritakan tentang Lee Ahn yang memiliki kebolehan untuk melihat masa lalu seseorang. Kebolehan itu mula dirasakan setelah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi kebakaran.

2. The School Nurse Files (2020)

bf73ea4a 708f 4e26 9102 91e4acf27602
Pada tahun 2020 Go Yoon Jung juga menjadi salah seorang pelakon dalam drama siri The School Nurse Files dengan membawa watak sebagai Choi Yoo Jin. Drama siri yang juga dibintangi oleh Jung Yu Mi dan Nam Joo Hyuk ini ditayangkan pada 25 September 2020.

Drama siei The School Nurse Files mengisahkan tentang Ahn Eun Young (Jung Yu Mi), seorang pelatih jururawat baru yang memiliki kebolehan melihat makhluk raksasa yang terbuat dari kimia. Bersama dengan Hong In Pyo (Nam Joo Hyuk), Ahn Eun Young berusaha melindungi para pelajar dan membasmi makhluk aneh tersebut.

3. Sweet Home (2020)

c252eb5e c8df 4a55 a02c 3dd31921c08d
Go Yoon Jung mendapat watak utama pertamanya melalui drama siri Sweet Home. Membawa karakter Park Yu Ri, Go Yoon Jung membintangi drama ini bersama Lee Si Young, Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Do Hyun, Kim Nam Hee, Go Min Si, Park Gyu Young, Kim Gab Soo, dan Kim Sang Ho.

Tayang pada 18 Disember 2020, Sweet Home menceritakan tentang Cha Hyun Soo (Song Kang) yang menemui kejadian aneh di apartment barunya. Sewaktu ramai penduduk berubah menjadi raksasa, dia dan penduduk lain cuba untuk bertahan dan meneruskan hidup. Siri ini juga bakal kembali untuk musim 2!

4. Law School (2021)

80bf528f 118c 412e a1d9 98dd5cef13a8
Law School merupakan drama siri yang dibintangi oleh Kim Myung Min, Kim Bum, Ryu Hye Young, dan Lee Jung Eun sebagai pelakon utama. Dalam drama siri ini Go Yoon Jung membawa watak sebagai Jeon Ye Seul.

Drama siri yang ditayangkan pada 14 April 2022 ini menceritakan tentang Yang Jong Hoon (Kim Myung Min), seorang profesor undang-undang jenayah dan bekas pendakwa raya elite. Dia menemui sesuatu yang menarik dari cara pengajarannya yang ketat dan penolakan junior yang bukan merupakan orang terbaik.

5. Alchemy of Souls (2022)

65ceaa15 ccc7 4b86 983e b6a6d672f5e8
Drama siri ini menceritakan tentang kisah cinta dan penyihir muda sewaktu mereka mengatasi takdir yang berliku-liku, kerana mantra sihir terlarang. Di mana mantra tersebut membuatkan jiwa boleh bertukar tubuh.

Drama Alchemy of Souls ditayangkan pada 8 Jun 2022 dengan menampilkan Lee Jae Wook, Jung So Min, Hwang Min hyun, Shin Seung Ho, Yoo Joon Sang, dan Oh Na Ra sebagai barisan pelakon. Go Yoon Jung juga menjadi pelakon dalam drama ini dengan membawa watak sebagai Cho Yeong.

6. Alchemy of Souls Season 2: Light and Shadow (2022)

1bd1a910 9fcc 4585 a37e d1a5af32f8f2
Masih dengan watak yang sama, Go Yoon Jung dipilih untuk menjadi pelakon utama untuk musim kedua Alchemy of Souls. Musim kedua drama siri ini menceritakan tentang Jang Uk (Lee Jae Wook) yang menjadi pemburu syaitan. Drama ini tayang pada 10 Disember 2022.

7. Moving (2023)

e706630d 8217 4cef 9804 b2634af79ce7
Go Yoon Jung juga menjadi pelakon utama dalam drama siri terbaru, Moving. Drama siri ini dijadualkan akan menayangkan episod perdananya pada 9 Ogos 2023 nanti. Dalam drama siri ini Go Yoon Jung akan membawa watak yang bernama Jang Hee Soo.

Moving menceritakan tentang Kim Bong Seok, Jang Hee Soo, dan Lee Gang Hoon yang memiliki kebolehan khas. Kebolehan itu diwarisi dari ibu bapa mereka. Ketiga-tiganya berusaha untuk menyembunyikan kekuatan tersebut. Sementara ibu bapa mereka berusaha melindungi anak-anak mereka, agar tidak diambil kesempatan oleh orang lain.

4aec6771 de64 4a88 9392 f8e8270581f0
Mempunyai rupa paras yang menawan dan lakonan yang memukau, Go Yoon Jung berjaya meraih perhatian ramai. Sejak melakukan debut hingga kini, Go Yoon Jung telah membawa berbagai-bagai watak dengan perwatakan yang berbeza-beza semuanya.

Baca lagi: Revenant Mencapai Rating Tertinggi, Rating Minggu Pertama The Uncanny Counter 2 Lebih Baik Dari Musim 1
Baca juga: The Uncanny Counter 2 Kembali Lebih Kuat, Tayang 29 Julai