Home Disney+ 8 Kdrama 2023 Mendapat Liputan Meluas, Menjadi Bualan Hangat

8 Kdrama 2023 Mendapat Liputan Meluas, Menjadi Bualan Hangat

0

Drama siri Korea Selatan selalunya menghasilkan cara tersendiri untuk membuat para peminat drama siri Korea terpikat dan terpaku menonton.

Semakin menarik dan bermacam-macam tema dipersembahkan, tentu sahaja membuatkan para penonton banyak pilihan tontonan. Kepelbagaian ini kadang kala membuatkan anda bingung kerana terlalu banyak pilihan.

Jom kita lihat beberapa buah Kdrama Korea terbaru yang berjaya mencuri perhatian ramai dan sangat popular di media sosial dan dikalangan penonton!

 

95863e86 3636 4b40 953b 304d2c5c58c41. Drama siri dengan tema sejarah My Dearest yang dibintangi oleh Namkoong Min dan Ahn Eun Jin berjaya meraih rating tinggi sebanyak 12.22 peratus. Tayang di ONE TV Asia, memang menjadi bualan ramai! Bakal kembali dengan bahagian 2 Oktober ini!

 

933567f0 1efe 4018 84a4 406ac39912712. Kdrama siri yang dibintangi oleh 3 orang pelakon wanita yang berbeza dengan karakter sama, drama siri Mask Girl yang ditayangkan di Netflix ini ada adegan sadis yang pasti membuatkan anda ngilu!

 

e62c966c f645 4718 a8dc 8a14389d35af3. The First Responders 2 tidak kurang hebatnya dan hadir dengan kes yang lebih ekstrem, anda boleh tonton episod penuhnya di Disney+ Hotstar

 

e4ad3650 b0c8 4cc8 837e 8211413039904. The Killing Vote yang hanya ditayangkan satu episod setiap minggu juga turut berjaya menarik perhatian ramai dan berjaya membuatkan para penonton tertunggu-tunggu tiap minggu dan meneka-neka siapakah sebenarnya “Gae Tal” (dog mask). Anda boleh menonton di Prime Video ya!

 

b44a96b8 d929 4c98 97c5 a5154d97ea4d5. Telah berjaya membuat para penonton terpikat dengan jalan cerita yang menarik tentang dunia pempengaruh, episod lengkap Celebrity boleh anda tonton di Netflix

 

f521d14d 6e29 484f a025 7608d7dbaf646. Baru sahaja tamat tayangannya, kisah cinta manis dan penuh adegan aksi, drama yang juga membawa tema superhero bertajuk Moving ini boleh anda tonton di Disney+ Hotstar

 

71b0fbea 9108 4f7a a543 a6c30a8c33237. Kdrama yang baru sahaja tamat dengan rating 6.1 peratus, The Uncanny Counter 2 ini mempunyai tema superhero. Anda boleh menonton lengkap di Netflix ya!

 

Kdrama8. Kdrama siri ringan Behind Your Touch yang ditayangkan di Netflix ini wajib anda tonton kerana pasti anda akan tertanya-tanya tentang siapakah pembunuh bersiri yanf sebenarnya dalam drama siri. Pasti mengejutkan!

Pelbagai tema menarik dan banyak pilihan, anda pasti rasa tertarik untuk menentukan senarai tontonan yang dipilih.

Baca lagi: 8 Kdrama 2023 Bertemakan Kasih Sayang Keluarga, Membahagiakan
Baca juga: 5 Fakta Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon, Tayang 7 Oktober Ini