Home Entertainment 8 Filem Adaptasi Novel Stephen King Selepas The Boogeyman

8 Filem Adaptasi Novel Stephen King Selepas The Boogeyman

0

Tidak boleh diragukan lagi, Stephen King merupakan salah seorang dari novelis genre seram yang karya-karyanya selalu dintai dan digunakan oleh para pembikin filem Hollywood untuk diadaptasi.

Hampir setiap dekad, dari era 70-an sampai sekarang, pasti ada film terbaru yang dibuat berdasarkan novel Stephen King. Termasuk pada era 2020-an ini. Sepanjang 2020 hingga 2023, ada empat novel dan cerita pendek karya Stephen King yang diangkat menjadi filem.

Terbaru ialah The Boogeyman (2023) yang berjaya membuat para penonton filem ketakutan melalui kisah mengenai entiti jahat yang “memakan” duka dan trauma manusia.

Menyusul kejayaan The Boogeyman, Stephen King telah melancarkan lapan buah karyanya untuk diadaptasi menjadi filem dengan berbagai genre. Dari genre seram dalam Pet Sematary: Bloodlines (2023) hingga sains fiksyen dalam The Running Man (TBA), semuanya wajib anda tonton!

 

d55038c7 40cd 4d13 9a90 124d4e50edf61. Tayang 6 Oktober di Paramount+, Pet Sematary: Bloodlines (2023) berlatarkan sebelum kejadian dalam Pet Sematary (2019). Trailer filem ini sangat disturbing!

 

59d127da 84a4 4064 8112 73edb7cdd5e92. Suka filem vampire? Anda wajib menunggu untuk menonton Salem’s Lot (akan diumumkan ) yang diarahkan oleh Gary Dauberman, pengarah Annabelle Comes Home (2019)

 

8d998970 7f93 499b a8b9 72841458dfe23. Christine (akan diumumkan) mempunyai jalan cerita yabg unik mengenai kereta yang mempunyai nyawa. Sambil menunggu, tonton dahulu versi 1983 karya John Carpenter!

 

19aa532b 58f6 4e16 9680 fb73b0abd0424. Bukan sahaja genre seram, novel fantasi karya Stephen King, Fairy Tale (akan diumumkan), juga akan diadaptasi ke dalam filem. Siapa yang paling sesuai membawa watak Charlie Reade?

 

5b996c9d f510 4027 94cb f614c1e217695. Mempunyai jalan cerita serupa Christine, From a Buick 8 (akan diumumkan) beberapa kali berganti-ganti pengarah selama 20 tahun sebelum akhirnya beralih kepada Jim Mickle (Sweet Tooth)

 

0d060db9 f3ce 4cd3 8789 cf5a28339e496. Pernah membaca The Girl Who Loved Tom Gordon? Siap sedialah, novel thriller karya Stephen King ini akan diadaptasi oleh Village Roadshow Pictures

 

Stephen king

7. Selepas Gerald’s Game (2017) dan Doctor Sleep (2019), Mike Flanagan kembali diberi kepercayaan oleh Stephen King untuk mengarahkan The Life Of Chuck (akan diumumkan)

 

Stephen kings 8. Selain tujuh filem adaptasi di atas, remake The Running Man (akan diumumkan) juga sangat ditunggu-tunggu. Khabarnya, filem sains fiksyen ini bakal diarahkan oleh Edgar Wright!

Selain filem, ada juga beberapa buah novel Stephen King yang akan diadaptasi dalam format drama siri. Tiga di antaranya adalah Revelations, Sleeping Beauties, dan The Talisman ( Netflix).

Baca lagi: 6 Filem Seram Berlatarkan Tempat Kerja dan Pejabat
Baca juga: 12 Filem Seram Slasher Dari Blumhouse, Menakutkan Penonton