Home Artis Korea 7 Filem Ryu Seung Ryong Paling Laris, Melebihi 10 Juta Penonton

7 Filem Ryu Seung Ryong Paling Laris, Melebihi 10 Juta Penonton

0

Ryu Seung Ryong memulakan debut layar perak melalui filem Someone Special (2004). Selepas bertahun-tahun membawa watak-watak kecil sahaja, Ryu Seung Ryong menemui titik mula yang mengubah hidup dan kerjayanya selepas dia dipilih untuk berlakon dalam filem War of the Arrows(2011). Lakonannya dalam filem tersebut masih diingati dan mendapat pujian ramai.

Populariti Ryu Seung-ryong melonjak naik mendadak apabila dia sekali lagi berjaya menampilkan sisi lakonan terbaik menerusi filem yang bertajuk Miracle in Cell No.7 (2013), berjaya mendahului kutipan box office Korea pada masa itu. Filem hebat tersebut telah ditonton oleh 12.8 juta penonton.

Sering berlakon dalam filem box office Korea, berikut adalah tujuh buah filem paling laris Ryu Seung Ryong yang wajib peminat filem Korea tonton.

 

8b861aec 2e16 41aa 917c f9b2362f09fc1. The Admiral : Roaring Currents (2014) berjaya menembusi angka 17.6 juta penonton. Filem ini menampilkan Choi Min Sik, Ryu Seung-ryong, dan Joo Jin Woong

 

0cb25af2 5be5 4da5 b749 4034300b06732. Tayang pada 2019, Extreme Job menghiburkan 16.2 juta penonton. Filem ini mengisahkan tentang sepasukan detektif yang menyamar menjadi penjual ayam goreng untuk menangkap kartel dadah

 

cdcb24dc 6a47 4019 b08e 705b440c237f3. Perjalanan hidup Ryu Seung-ryong dan Gal So Won berjaya membuatkan penonton berjurai air mata, Miracle in Cell No.7 (2013) meraih sebanyak 12.8 juta penonton

 

589c25a2 377b 494b a8d2 ccaac6f011094. Filem saeguk Masquerade (2012) menarik perhatian 12.3 juta penonton. Gabungan hebat antara Lee Byung Hyun dan Ryu Seung Ryong meraih banyak pujian

 

75f5e4bd 6e0d 424a a9da 169e8a5dd3225. Ryu Seung Ryong membawa watak sebagai Jeneral Jyu Shin Ta dari Dinasti Qing dalam War of the Arrows (2011). Filem ini memperoleh 7.48 juta penonton

 

53b92ad6 97f4 49d2 a4ce e0b999c66f9a6. Membawa watak sebagai lelaki mata keranjang dan kasanova, Ryu Seung Ryong mampu membuat wanita jatuh cinta dalam All About My Wife (2012). Menarik seramai 4.59 juta penonton

 

Ryu Seung Ryong7. Pertempuran hebat di sempadan Korea Selatan dan Korea Utara memakan banyak korban jiwa dalam The Front Line (2011). Filem ini berjaya mengumpul 1.77 juta penonton

Walau sudah ditayangkan beberapa tahun yang lalu, tetapi filem-filem di atas masih sesuai untuk ditonton bagi mengisi waktu lapang. Beberapa buah filem yang tersenarai turut boleh ditonton di layanan OTT!

Baca lagi: 5 Fakta Pelakon Lagenda Ryu Seung Ryong, Raksasa dalam Moving
Baca juga: 7 Pelakon Pernah Menjadi Anak Ryu Seung Ryong