Home Entertainment 6 Filem Seram Berlatarkan Tempat Kerja dan Pejabat

6 Filem Seram Berlatarkan Tempat Kerja dan Pejabat

0

Filem seram sering mengambil latar tempat terpencil atau bangunan kuno yang usang. Gangguan di tempat-tempat seperti ini sudah lazim dan selalu ditemui dalam filem-filem seram. Oleh sebab itu, gangguan yang berlatarkan suasana pejabat dan tempat kerja menjadi sebuah hidden gem subgenre seram.

Para pekerja yang hanya ingin menjalankan rutin harian terpaksa menghadapi gangguan dan ancaman yang tiba-tiba datang. Ancaman yang muncul semakin mencengkam kerana terasa dekat dengan kehidupan seharian.

Enam filem seram berlatarkan suasana pejabat dan tempat kerja ini memberikan ilustrasi ancaman dan gangguan yang mengerikan itu.

 

1. Intruder (1989)

dfc7b80c 6e69 414e ae6d 391be7ef4498Bermacam jenis orang boleh datang ke minimarket setiap hari, contohnya pekerja pejabat biasa hingga kadang kala pelancong yang bingung mencari arah tujuan. Namun, dalam Intruder, pekerja minimarket terpaksa menghadapi ancaman dari psikopat yang sudah mengintipnya sejak sekian lama. Psikopat tersebut memilih waktu malam untuk menyerang. Ancaman mengerikan perlu dihadapi sendiran oleh pekerja minimarket tersebut.

 

2. Office Killer (1997)

2dfbf3a1 9f16 47d8 823d 148ac26f37d8Dorine (Carol Kane) pada awalnya tidak sengaja menjadi saksi kematian rakan sekerjanya yang terkena renjatan elektrik. Sewaktu panggilan kecemasan tidak terjawab, Dorine memilih untuk menyembunyikan mayat rakan sekerjanya tersebut. Selepas itu, Office Killer terus mempertontonkan Dorine yang berubah menjadi pembunuh bersiri. Tidak ada kecurigaan dan syak wasangka dari kes awal kerana Dorine berbohong tentang keadaan rakan sekerjanya yang kononnya masih hidup walau terkena renjatan elektrik.

 

3. Pontypool (2008)

1bb4b227 04b5 476f 93fc 44b6e515e586Pontypool menampilkan kisah seram zombie yang luar biasa kerana penyebaran virusnya terjadi melalui penuturan Bahasa Inggeris. Grant Mazzy (Stephen McHattie) mengetahui perkara ini seeaktu dia membuat laporan di stesen radio tempatnya bekerja. Sebagai penyampai radio, Mazzy mempunyai kewajipan untuk mendedahkan perkara sebenar kepada para pendengar supaya tidak dijangkiti virus. Namun, cara penularan yang luar biasa membuatkan Mazzy perlu memikirkan cara lain yang memakan waktu, sedangkan gangguan zombie terus merebak dan mengganas.

 

4. Exam (2009)

796046f1 4500 4106 b8ca 72fd6dfaaa3bTemuduga kerja yang normal saja sudah cukup untuk membuatkan kekecewaan ramai calon. Rasa kecewa berubah menjadi tekanan psikologi dalam Exam sewaktu lapan orang calon perlu melalui melalui sesi temuduga kerja bersama-sama. Lapan orang calon ini perlu berada di dalam satu ruangan selama 80 minit untuk menjawab satu soalan sukar dengan peraturan yang ketat. Babak-babak sewaktu mencari jawapan yang tepat inilah yang menimbulkan tekanan emosi bagi lapan orang calon pekerja ini. Tambahan pula, pekerjaan yang ditawarkan juga masih pagi misteri.

5. The Belko Experiment (2016)

c6c37941 21fa 4c8a 8486 2ddf0b313d58 1
Setiap pekerja pasti enggan terkurung dan terperangkap di dalam pejabat, terutamanya jika mereka secara sukarela perlu menjadi bahan eksperimen misteri. Perkara inilah yang dialami oleh sekumpulan pekerja dalam The Belko Experiment. Pengalaman terkurung di dalam pejabat semakin mencengkam apabila satu suara asing memberi arahan supaya mereka saling berbunuhan.

 

6. Mayhem (2017)

Filem seramDerek (Steven Yeun), yang merupakan seorang peguam bertemu Melanie (Samara Weaving), pelanggannya yang memerlukan pinjaman wang dalam waktu terdekat. Kedua-duanya terkurung di dalam pejabat setelah sebuah virus menular menyerang bandar tempat mereka tinggal. Kuarantin membuatkan mereka yang terperangkap di dalam pejabat menjadi agresif sehingga Derek dan Melanie perlu berjuang habis-habisan untuk meneruskan hidup.

Ada banyak subgenre seram bagi anda yang sudah bosan dengan filem seram konvensional. Filem seram yang berlatarkan pejabat dan tempat kerja juga boleh memberikan perspektif berbeza mengenai cara kemunculan sebuah ancaman dan gangguan yang mengerikan.

Baca lagi: 6 Filem Seram Slasher 2023, Penuh Darah
Baca juga: 8 Filem Seram Thriller, Tema Pengembaraan Waktu, Bukan Biasa-Biasa