Home Anime 8 Anime Gore Terbaik di Netflix, Penuh Adegan Brutal dan Sadis

8 Anime Gore Terbaik di Netflix, Penuh Adegan Brutal dan Sadis

0

Netflix sebagai salah satu platform streaming popular mempunyai banyak koleksi filem dan siri yang menampilkan adegan gore, tidak terkecuali untuk kategori anime.

Anime gore merupakan sebuah genre dalam cerita fiksyen yang menampilkan kekerasan ekstrem yang tentu sahaja tidak sesuai untuk ditonton oleh para penonton di bawah usia 18 tahun. Genre ini menampilkan darah dan kecederaan yang realistik hinggakan penonton dapat merasa ngilu sewaktu menyaksikannya.

Anime juga menyajikan genre ini dengan maksima dan berkesan. Berikut merupakan 8 anime gore terbaik dan sadis di Netflix!

 

1. Castlevania, kisah dark fantasi gelap adaptasi permainan game popular

AnimeCastlevania (2017-2021) adalah filem anime gore dari Amerika yang masih merupakan siri unggul Netflix yang memikat setiap ‘binge watcher’. Siri yang terbahagi kepada 3 musim ini merupakan adaptasi dari game platformer popular dari developer Konami.

Menceritakan pengembaraan pemburu vampire, ahli sihir dan manusia separuh vampire dalam usaha mengalahkan Dracula, anime ini mendapat banyak pujian dengan persembahan visual yang sangat berkesan. Banyak adegan keganasan ekstrem yang sangat eksplisit dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang masih dibawah umur.

 

2. Hell’s Paradise: Jigokuraku, gore yang dihiasi visual menawan

Netflix Anime seinen ini menampilkan banyak adegan gore di dalamnya seperti tubuh terpotong-potong, kepala dipenggal dan banyak adegan sadis lain yang tidak disunting untuk sebarang amaran dan sensor.
Menceritakan tentang sekumpulan penjenayah yang dihantar ke pulau misteri untuk mendapat ramuan kepada hidup abadi. Dalam perjalanan, mereka ditemani algojo yang akan membunuh sesiapa yang lari dari misi.

 

3. Berserk, anime gore fantasi gelap klasik yang tidak dimamah masa!

efa575a6 5794 4f57 9cbc a4b707d994f5Menceritakan tentang perjalanan balas dendam Guts kepada bekas ketuana Griffith kerana menjual jiwa Guts dan rakan-rakannya kepada iblis demi kejayaan.

Bukan hanya satu siri sahaja, Netflix menyediakan siri klasik Berserk (1997), trilogi filem Berserk: The Golden Age Arc (2014) dan siri terbarunya Berserk(2016). Semua siri tersebut mengandungi adegan keganasan yang ekstrem dan berbagai-bagai adegan ‘berani’ yang lain. Sememangnya Berserk dari dulu lagi telah merupakan salah satu anime paling sadis sepanjang zaman.

 

4. Chainsaw Man, viral kerana adegan brutal

ad36a237 6bb6 438c 8fd4 4c98c2b70030Anime Chainsaw Man (2022) dari Studio MAPPA pernah viral di internet dan meraih populariti luar biasa dalam waktu yang singkat. Anime gore ini menceritakan tentang agensi pemburu iblis ini menawarkan pertarungan yang brutal dan pasti membuat penonton ngilu.

Anime ini juga menunjukkan bahawa ramai penonton zaman sekarang yang menyukai anime seinen dengan adegan keganasan ekstrem dibandingkan anime shonen yang mainstream.

 

5. Gantz, memuatkan banyak adegan ganas

61ca9204 3e85 4ee3 a095 37f178fb3ac4Gantz (2004) merupakan salah satu anime gore klasik yang menampilkan banyak adegan sadis dan menjijikkan. Anime ini diadapatsi dari manga karya Hiroya Oku. Netflix memutuskan menayangkan kembali siri ini kerana ramai penonton yang suka anime sadis kebelakangan ini.

Anime ini menceritakan tentang sebuah permainan yang menunjukkan apabila seseorang meninggal dunia maka jiwanya tidak terus mati namun masih perlu menyertai peperangan melawan makhluk asing. Jika mereka menang maka nyawa mereka akan dikembalikan.

 

6. Japanse Tales of the Macabre, kompilasi kisah seram dari Junji Ito

84729b04 0c81 4a0a b33c 16dd416a6a72Kebanyakan kisah Junji Ito ini sangat sadis dan diluar kebiasaan manusia. Seperti “Tomie: Photo” dan “The Hanging Balloons” yang bakal memberi anda mimpi buruk bukan hanya kerana adegan gore sahaja, namun juga ceritanya yang sangat menyeramkan dan menakutkan.

 

7. Devilman Crybaby, menampilkan dunia kejam yang dikuasai iblis

c9cf5991 bbd0 4f7d a9dc 3bb45ecd839d

Devilman Crybaby (2018) merupakan remake dari siri manga dari Go Nagai berjudul Devilman sebagai projek peringatan 50 tahun Go Nagai sebagai mangaka yang dilancarkan sebagai anime original Netflix pada tahun 2018.

Akira Fudou terpaksa bersepakat dengan iblis bernama Amon untuk menyelamatkan kawannya yang terlibat masalah dengan kumpulan pemuja iblis bernama Sabbath. Mempunyai kekuatan iblis namun berhati lembut, Akira perlu memikul tanggung jawab melindungi manusia dari serangan iblis dan ajaran sesat.

 

8. Parasyte : The Maxim, pencerobohan makhluk asing yang sadis

Anime goreShinichi perlu bersama dengan makhluk asing bernama Migi yang mengambil alih tangan kirinya. Bersama mereka perlu melawan makhluk asing yang dahagakan darah yang secara perlahan-lahan mengambil alih bandar. Anime ini mempunyai kemampuan untuk merubah mood dari suasana yang biasa anime slice of life tentang kehidupan sekolah biasa dan berubah sekelip mata menjadi seram dan kucar kacir apabila darah dan bahagian tubuh berada merata-rata.

Pada pendapat anda dari 8 anime gore yang tersenarai di atas, anime gore yang manakah yang paling sadis dan membuatkan perasaan takut dan seram bercampur baur dalam minda anda?

Baca lagi: 8 Anime Menarik Terbaru di Netflix, Ada “The Apothecary Diaries”
Baca juga: Attack on Titan Musim 4 Bahagian 3 Episod Akhir