Home Kdrama/Kmovie Castaway Diva: 8 Kesan Dirasai Seo Mok Ha akibat Lama Terdampar di...

Castaway Diva: 8 Kesan Dirasai Seo Mok Ha akibat Lama Terdampar di Pulau

0

Dalam Castaway Diva (2023), Seo Mok Ha (Lee Ree) pernah mempunyai niat untuk lari dari rumah. Semuanya adalah kerana ayahnya yang merupakan seorang penagih alkohol dan kaki botol tegar dan ayahnya juga panas baran serta selalu memukulnya.

Pasti sahaja peristiwa malang ini meninggalkan banyak kesan trauma bagi gadis muda tersebut. Seo Mok Ha menganggap hidupnya akan bertambah baik jika dia lari dari rumah. Malang baginya apabila ayahnya berjaya mengejarnya hingga ke kapal sebaik sahaja kapal berangkat pergi.

Tidak lagi mahu kembali ke pangkuan ayahnya, Seo Mok Ha terus memutuskan untuk melompat dari kapal tersebut. Dia akhirnya terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni selama 15 tahun lamanya.

Pasti sahaja tinggal seorang diri di sebuah pulau terpencil bukanlah perkara mudah bagi Seo Mok Ha. Jadi, apakah kesan yang dirasai oleh gadis ini dari situasi malang tersebut? Jom kita lihat ulasannya di bawah ini:

 

73795762 84d6 4b21 acbc 14b233a3cd88 1
1. Waktu dan kehidupan Seo Mok Ha terhenti pada usianya yang ke-16 tahun, walau kini sebenarnya dia telah menginjak usia 31 tahun

 

402ad7a3 43a6 407b 8d73 dcf15d67d5c6
2. Dia tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai perkembangan dunia di luar sana kerana dia tidak pernah berinteraksi dengan dunia luar selama 15 tahun

 

0b5bc77d 50d4 4081 932e 4ddc2dd12f7f 1
3. Seo Mok Ha baru mengetahui bahawa bintang idolanya, Yoon Ran Joo (Kim Hyo Jin) kini sudah tidak popular seperti dahulu

 

084bef33 4b40 44f3 a377 57690e1aa8ec 1
4. Seo Mok Ha pun merasa kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat yang serba pantas dan maju kini

 

be8ba51c aaf3 46ce 82fb 77f0ceabe667 1
5. Barangan elektronik tampak begitu menarik bagi Seo Mok Ha. Contohnya seperti drone yang pertama kali dilihatnya dan juga telefon pintar

 

8868b10b e8f4 4756 a455 9dc7d9a16636
6. Ramai orang menyangka bahawa Seo Mok Ha telah meninggal dunia, lebih lagi penduduk di Pulau Chunsam

 

eadeaf14 aacd 457b a896 520b1bbe8fa7
7. Sewaktu kembali, Seo Mok Ha ternyata telah kehilangan rumah kerana rumah tersebut telah dirampas secara haram oleh jiran tetangganya

 

Castaway diva

8. Perkara yang paling menyakitkan bagi Seo Mok Ha adalah berita tentang ketiadaan kawan baiknya, Jung Ki Ho (Moon Woo Jin)
Seo Mok Ha pun sedang belajar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Semua ini bukanlah perkara mudah baginya. Walaupun demikian, terdapat kumpulan perkhidmatan sosial yang bersedia membantu Seo Mok Ha dengan baik.

Baca lagi: Castaway Diva, 3 Kronologi Seo Mok Ha Terdampar di Pulau Terpencil

Baca juga: 10 Kdrama Dibintangi Para Pelakon Castaway Diva