Home Anime 8 Anime Menarik Terbaru di Netflix, Ada “The Apothecary Diaries”

8 Anime Menarik Terbaru di Netflix, Ada “The Apothecary Diaries”

0

Dengan peningkatan bilangan peminat anime di seluruh dunia, platform streaming global seperti Netflix nampaknya terus menerus melakukan besar dalam katalog mereka dengan menambah banyak rancangan anime.

Tidak kiralah anime tersebut adalah original Netflix sendiri atau Netflix membeli lesen dari pihak pemilik anime. Setiap bulan pasti ada tajuk baru yang dijadualkan tayang di Netflix. Genre yang ditawarkan juga sangat menarik dan pelbagai jenis.

Para peminat pasti tertanya-tanya bukan? Jom sama-sama kita semak beberapa buah senarai terbaru yang ditayangkan di Netflix seperti di bawah ini:

 

acdc2d6c ff9c 42aa b0ec ec70cb747df41. Berlatarkan dunia sihir, anime Mashle: Magic and Muscles menceritakan sosok yang tidak mempunyai kebolehan sihir tetapi diberikan dan dikurniakan kekuatan otot yang luar biasa

 

e137476b b4d3 4485 a7e6 0e4f54b1b4a42. Seorang gadis bernama Mamao dijual ke istana sebagai dayang kelas rendah, tetapi hasil kebolehannya membuat ramuan tumbuhan, dia segera dinaikkan pangkat dan terlibat dengan politik istana dalam The Apothecary Diaries

 

35120e40 945a 49b2 bb4c f6c1545146e33. Lesennya ditarik balik akibat sebuah kesalahan dan dia disiasat, Ron bekerjasama dengan detektif polis yang bernama Ishiki Totomaru untuk menyelesaikan kes jenayah dalam Ron Kamonohashi’s Forbidden Deduction

 

b9e97a57 c3b4 48ad baf0 a64f0729b43d4. Good Night World menyajikan cerita menarik tentang game virtual reality yang digabungkan dengan isu kehidupan seperti keluarga dan eksplorasi trauma setiap watak

 

529349d9 309a 4dd1 b78e 6e939afd51c75. A Silent Voice the Movie menceritakan tentang dua watak utama dengan perbezaan sikap yang sangat ketara. Gadis istimewa pekak dan bisu yang cuba bergaul dengan kawannya dan pelajar lelaki yang gila-gila yang suka mengganggu kawannya

 

6770531e c97e 46e0 94e8 285cf3c5b0a86. Frieren: Beyond The Journey’s End, kisah pengembaraan fantasi yang menceritakan tentang pertempuran melawan raja iblis.

 

34de22b8 c011 4f55 a7e9 41644c07e522

7. Manusia diceritakan hidup bersama dengan robot dalam siri Pluto. Terdapat seorang detektif yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan tujuh robot besar yang penuh misteri

 

Anime8. Legenda Hana Yori Dango kembali ditayangkan di Netflix. Tsukushi Makino perlu berhadapan dengan F4

Semua lapan anime terbaru yang tersenarai di atas ini baru sahaja ditayangkan di Netflix. Sangat sesuai untuk menemani waktu lapang anda di rumah. Jangan lupa untuk menonton drama ini sebagai salah satu hiburan anda!

Baca lagi: 6 Siri Anime Menarik Yang Agak “Underrated”
Baca juga: 10 Anime Terbaik Seperti “My Happy Marriage”