Home News 7 Pelakon Sebagai Anak Kim Byung Chul Di Kdrama

7 Pelakon Sebagai Anak Kim Byung Chul Di Kdrama

0

7 pelakon ini pernah menjadi anak Kim Byung Chul dalam Kdrama, siapakah mereka? Jom semak!

Kim Byung-chul merupakan pelakon lelaki senior Korea Selatan yang memulakan debut lakonannya pada tahun 2003. Dia pertama kali berlakon dalam filem yang bertajuk Once Upon a Time in a Battlefield.

IMG 8828 1

Kini namanya hangat kembali kerana membintangi drama siri popular Doctor Cha. Dalam drama siri tersebut, Kim Byung-chul melakonkan watak sebagai seorang pakar bedah yang berlaku curang di belakang isterinya hingga dia mempunyai anak yang tidak sah taraf.

Berikut ini merupakan senarai pelakon-pelakon yang pernah menjadi anak Kim Byung Chul dalam drama siri Korea Selatan. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

Kim byung chul1. Dalam drama siri The Emperor: Owner of the Mask (2017), Kim Byung-chul mempunyai seorang anak perempuan iaitu Yoon So Hee. Wataknya sangat menarik perhatian!

b11884d5 b004 4502 9999 9d7467bac1a22. Dalam drama siri Sky Castle (2019), Park Yoo Na membawa watak sebagai anak sulung Kim Byung-chul yang berbohong dengan mengakui belajar di Harvard

8d597ebd a87e 4ddb b8fb e974d58e90143. Kim Dong Hee adalah anak kedua Kim Byung-chul dalam drama siri Sky Castle (2019). Dia menjadi kembar Jo Byeong Gyu yang lebih sering dileteri oleh ayahnya

797648ee 950f 4e4c a775 01c144356f924. Masih dalam drama yang sama iaitu Sky Castle (2019), Jo Byeong Gyu melakonkan watak sebagai adik kembar Kim Dong Hee yang kerap memberontak pada setiap aturan ayahnya, Kim Byung-chul

b4f295ff b9fc 4138 9931 572b1dd1b8f95. Menjadi doktor pelatih jabatan bedah tahun pertama, Song Ji Ho merupakan anak lelaki sulung Kim Byung-chul dan Uhm Jung-hwa dalam drama siri Doctor Cha (2023)

7df80a1d eea0 4c63 9477 08471d043b466. Lee Seo Yeon melakonkan watak sebagai anak perempuan bongsu Kim Byung Chul dan Uhm Jung Hwa yang sangat meminati bidang seni dalam drama siri Doctor Cha (2023)

3f1f66f5 e015 4840 8edd 6a7385e049a17. So A Rin merupakan anak hasil dari hubungan sulit antara Kim Byung Chul dan Myung Se Bin dalam drama siri Doctor Cha (2023)

IMG 8829 1

Nama besar Kim Byung Chul sudah tidak asing lagi bagi para peminat drama siri Korea. Projek yang dibintanginya juga memang selalu trending dan berjaya. Antara projek lakonannya adalah seperti Guardian: The Lonely and Great God (2016) sebagai Park Joong Hun, Mr. Sunshine (2018) sebagai Il Sik, dan juga SKY Castle (2018) sebagai Cha Min Hyuk.

IMG 5103

Dalam kehidupan sebenar dan nyata, Kim Byung Chul memang masih bujang dan belum mendirikan rumah tangga walaupun usianya sudah mencecah 49 tahun. Walaupun belum berkahwin dan memiliki anak, Kim Byung Chul tetap memberikan lakonan terbaik untuk wataknya sebagai seorang ayah dalam setiap drama siri Korea yang dilakonkan olehnya.

Baca Lagi: Kim Byung Chul Digelar Sebagai “Rating Fairy”

Baca Juga: Kim Byung Chul: 8 Kdrama Dengan Rating Tertinggi