Home Entertainment Aneh! Mereka Telah Menggembara Ke Masa Lalu Di ‘My Perfect Stranger’

Aneh! Mereka Telah Menggembara Ke Masa Lalu Di ‘My Perfect Stranger’

0

My Perfect Stranger atau dalam bahasa Korea ‘어쩌다 마주친, 그대’ ialah siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo.

Drama 16 episod ini telah ditayangkan setiap Isnin dan Selasa bermula 1 Mei 2023 lalu, di Viu, manakala episod terakhir telah dijadualkan pada 20 Jun 2023 ini.

Screenshot 2023 05 20 183441

 Sinopsis Plot

Yoon Hae Joon, lakonan Kim Dong Wook memulakan kerjayanya di stesen penyiaran sebagai wartawan berita tempatan. Dia kini bekerja sebagai pembaca berita untuk program berita hujung minggu dan merupakan pembaca berita termuda yang pernah bekerja di stesen penyiaran tersebut.

Dia seorang yang sangat tenang, sering berkata jujur dan baik kepada orang dalam kehidupan peribadinya.

a829902d a799 45dc b17a fb24d6dbadc1 fa71300d

Manakala watak Baek Yoon Young, lakonan Jin Ki Joo, seorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi, untuk menyara kehidupannya, dia terpaksa bekerja di sebuah syarikat penerbitan sebagai seorang editor.

Dia sangat tertekan kerana pekerjaannya itu, dan kadang kala melepaskan geram kepada ibunya.  Pada suatu hari, Baek Yoon Young berdepan dengan sesuatu yang mengejutkan sehingga mengubah hidup dan nasibnya.

snapinstaapp 340808764 255806116884371 4993698818058765063 n 8eb9a8996fffc1b5252db2334233302f e4d3b4d3daac72e090f07c87dc83b23e

Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young entah bagaimana telah mengembara kembali ke masa lalu ke tahun 1987.

Di sana, Yoon Hae Joon cuba mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan bersiri, manakala Baek Yoon Young cuba menghalang ibu bapanya daripada berkahwin.

Pada dasarnya, matlamat mereka kelihatan sama sekali tidak berkait, tetapi tidak lama kemudian mereka menyedari bahawa objektif mereka sebenarnya adalah berkait antara satu sama lain.

Apa yang berlaku sebenarnya sehingga mereka boleh mengembara ke masa lalu? Nak tahu, kena tonton drama ini di sini.

Di Viu, anda boleh layan kesemua drama dalam HD dan terdapat juga pelbagai sarikata. Langgani akaun premium untuk menonton tanpa gangguan iklan.