Home Kdrama/Kmovie 7 K-Drama Jenis ‘Dark’ Yang Anda Boleh Layan

7 K-Drama Jenis ‘Dark’ Yang Anda Boleh Layan

0

Terlebih dos tengok cerita Korea yang romantik? Buat penonton yang sedang mencari ‘mood’ berbeza, di bawah ini ada tujuh drama Korea genre thriller, aksi, misteri dan saspens khas untuk anda:

1. ‘Children of Nobody’ / ‘Red Moon Blue Sun’

Children of Nobody p001

Kehidupan seorang kaunselor kanak-kanak berubah buat selama-selamanya kerana satu kemalangan. Sejak insiden itu, dia dihantui kanak-kanak misteri dan puisi teka-teki sebagai klu bagi membongkar sebuah kebenaran.

Bilangan episod: 32
Pelakon utama: Kim Sun Ah, Lee Yi Kyung, Nam Gyu Ri, and Cha Hak Yeon (N)

2. ‘Save Me’

SaveMeHeader

Sang Mi dan keluarganya baru berpindah ke Muji-Gun, sebuah pekan di pinggir bandar. Di sana, mereka terjerat dengan sebuah komuniti ajaran sesat. Hanya Sang-Mi yang tidak terpengaruh dan adakah dia dapat menyelamatkan keluarganya?

Bilangan episod: 16
Pelakon utama: Seo Ye Ji, Ok Taec Yeon, Woo Do Hwan, and Jo Sung Ha

3. ‘The Guest’

20180914 204953

Seorang budak psikik daripada keluarga bomoh, seorang budak daripada keluarga Katolik dan anak perempuan seorang pegawai polis ditakdirkan bertemu setelah keluarga dibunuh oleh seekor syaitan. 20 tahun kemudian, mereka satu menentang syaitan itu apabila ia mula membunuh semula.

Bilangan episod: 16
Pelakon utama: Kim Dong Wook, Kim Jae Wook, and Jung Eun Chae

4. ‘The Village: Achiara’s Secret’

achiara

Keamanan sebuah kampung tergugat dengan penemuan mayat misteri. Sebagai penduduk baru di kampung itu, seorang cikgu bahasa Inggeris dan pegawai polis cuba menyiasat rahsia gelap yang di kampung itu.

Bilangan episod: 16
Pelakon utama: Moon Geun Young, Yook Sung Jae, Shin Eun Kyung, Ohn Joo Wan, and Jang Hee Jin.

5. ‘Nightmare High’ / ‘Night Teacher’

b18d7922560f4196b34754545360fe46

Apabila seorang guru baru tiba di Sekolah Tinggi Persendirian Yosan, pelbagai perkara misteri mula berlaku. Tiba-tiba para pelajar mendapati impian mereka menjadi kenyataan, namun ada harga yang perlu dibayar.

Siapakah sebenarnya guru itu dan apa yang dia telah lakukan? Presiden kelas cuba merungkai misteri tersebut dan selamatkan rakan-rakan sekelasnya sebelum terlambat.

Bilangan episod: 12
Pelakon utama: Uhm Ki Joon, Kim So Hyun, and Lee Min Hyuk

6. ‘Vagabond’

Vagabond

Cha Dal Gun, seorang pelagak ngeri mula menyiasat kes kemalangan pesawat yang mengorbankan ratusan penumpang termasuk anak saudaranya. Sepanjang proses itu, dia dapat menghidu beberapa skandal korupsi dan konspirasi yang bersarang.

Bilangan episod: 16

Pelakon utama: Lee Seung Gi, Bae Suzy, and Shin Sung Rok

7. ‘Kingdom’

netflix kingdom

Berlatarkan era Joseon period, Putera Mahkota Lee Chang cuba mencari punca apa yang berlaku ke atas ayahandanya. Sepanjang itu juga, dia harus berhadapan dengan gelombang epidemik misteri yang jadikan rakyatnya zombie dan tersebar ke seluruh negara.

Bilangan episod: 6

Pelakon utama:  Joo Ji Hoon, Ryu Seung Ryong, Bae Doo Na, and Kim Sung Gyu