Sewaktu wawancara bersama Hankook Ilbo, Lee Kwang Soo menceritakan perkembangan terkini kariernya, tayangan perdana filem Sinkhole dan juga kisah peribadinya.

Dia menyatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana Sinkhole dapat ditayangkan di pawagam walaupun dalam keadaan Covid-19 di Korea sekarang.

Secara peribadi, saya sangat bersyukur kerana kami dapat juga release filem walaupun dalam keadaan macam ni.

Namun, tidak mudah untuk mempromosikannya dengan baik, kerana kita berada dalam situasi di mana saya perlu berhati-hati ketika meminta orang ramai pergi ke pawagam untuk menonton filem. — Lee Kwang Soo

Topik wawancara itu juga menyentuh perihal kekasihnya, Lee Sun Bin. Dengan malu-malu dia berkongsi bahawa hubungan mereka masih teguh dan berjalan lancar.

Hubungan saya dengan Lee Sun Bin sebenarnya sama saja seperti pasangan lain.

Kami tiada sebarang syarat di mana kami tidak boleh bertemu di khalayak ramai. Kami keluar makan di restoran yang sedap dan bersantai dengan baik.
– Lee Kwang Soo

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin pertama kali bertemu di Running Man pada tahun 2016, dan mendedahkan hubungan mereka pada tahun 2018.

Sumber: Mystarbiz

Previous articleMelly Goeslaw Dan Chakra Khan Terpukau Dengan Nyanyian Pemuda Dari Sarawak Ini
Next article7 K-Drama Jenis ‘Dark’ Yang Anda Boleh Layan