Home Entertainment 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan

7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan

0

Tidak semua filem Korea bergenre sageuk hanya akan fokus tentang masalah politik. Berbeza dari kebiasaan, beberapa buah filem sageuk juga ada yang dihiasi dengan komedi. Sangat sesuai untuk anda yang memerlukan tontonan ringan, tapi sekaligus tidak membosankan.

47b3a66e f089 4d0e a692 392fa30bc7c1Berikut merupakan senarai filem Korea bergenre sageuk yang menampilkan banyak adegan komedi. Raja, penilik nasib, hingga badut jalanan menjadi watak utama. Pasti anda ketawa terbahak-bahak menonton setiap filem sageuk yang kami senaraikan ini:

dd7b67d1 c440 478e aab7 c1507595ceaa1. The King’s Case Note (2017)
Watak raja memang sangat identikal dengan kekuasaan dan kehebatan. Tidak seperti gambaran raja pada umumnya, The King’s Case Note (2017) mengenalkan karakter raja yang bijak, tapi bertindak sangat licik dan mempunyai hobi untuk menyiasat sendiri kes-kes yang berlaku dalam kerajaannya seperti seorang detektif.

The King’s Case Note menampilkan Lee Sun Kyun dan Ahn Jae Hong sebagai watak utama. Manakala kemunculan Jung Hae In kerap juga mencuri tumpuan untuk filem ini. Wajib anda tonton sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Memang padu!

7a3b6db4 81df 40be 8d4b 898d58bb95f32. Masquerade (2012)
Masquerade (2012) merupakan sebuah filem yang ketiga paling laris sepanjang masa yang dan akhirnya turut di-remake dalam versi drama siri yang berjudul The Crowned Clown (2019). Selain dari bintang top yang membintanginya, kualiti plot dan jalan cerita yang unik juga tidak dapat disangkal.

Dibintangi oleh Lee Byung Hyun, Ryu Seung Ryong, dan Han Hyo Joo, filem Masquerade menceritakan tentang pengalaman mencemaskan sekaligus menegangkan seorang badut yang diperintahkan untuk menggantikan raja.

09505261 eb7b 4727 a557 0c2912f726bb3. The Pirates (2014)
Jika anda mencari filem pengembaraan yang penuh dengan aksi menarik yang dihiasi dengan elemen komedi, The Pirates (2014) merupakan sebuah filem yang wajib anda tonton. Filem Korea yang mencapai 8.6 juta penonton itu juga dibintangi oleh bintang terkenal seperti Son Ye Jin dan Kim Nam Gil.

The Pirates mengisahkan tentang pengembaraan para lanun laut untuk memburu harta karun yang diketahui merupakan peninggalan era dinasti Ming. Filem ini juga dikategorikan sebagai salah sebuah filem sageuk terbaik. Jangan lupa tonton!

0b4ad79d 83b8 4d21 9ce4 b233aaa938c44. The Pirates: The Last Royal Treasure (2022)
Walaupun tergolong dalam sekuel, The Pirates: The Last Royal Treasure (2022) ternyata langsung tidak mempunyai kaitan dengan cerita The Pirates (2014). Dalam siri kedua ini, watak utamanya diisi oleh Han Hyo Joo, Kang Ha Neul, dan Lee Kwang Soo.

Namun, siri pertama dengan The Pirates: The Last Royal Treasure mempunyai jalan cerita yang serupa. Kedua-dua siri menceritakan tentang pengembaraan penjahat dan sekumpulan badut laut mencari harta karun di lautan.

15e8cc01 8b7e 4339 81d1 54ace52e3d045. The Face Reader (2013)
The Face Reader (2013) tergolong sebagai salah sebuah filem terlaris Korea yang telah ditonton sebanyak 9.1 juta kali. Filem yang dibintangi oleh Lee Jung Jae dan Song Kang Ho ini juga berjaya merangkul 14 anugerah.

Sepanjang dua jam durasi filem ini, penonton bukan hanya disajikan dengan drama dan misteri seperti yang sukar dirungkai, filem yang berpusat pada kisah pembaca wajah di era Joseon ini juga dihiasi dengan adegan komedi yang akan mengundang gelak tawa.

67242d67 9b46 4026 b4e0 a3f6cd46bf976. I Am the King (2012)
Pada umumnya, seorang raja akan mengarahkan pengawal atau pegawai kerajaan lain secara khusus untuk memantau keadaan rakyat. Lain hal pula dengan watak raja dalam filem I Am the King (2012).

Watak Ju Ji Hoon menampilkan dia perlu menyamar dan hidup dengan dua watak berbeza. Tidak ketinggalan, kisah dalam filem I Am the King tidak lari dari beberapa insiden yang menghiburkan dan menggeletek hati para penonton.

0e23bbe1 98b8 428e bff2 d31a06d0080e7. The Princess and the Matchmaker (2018)
The Princess and The Matchmaker (2018) mengangkat perjalanan unik seorang puteri mahkota. Puteri dari era Joseon ini diceritakan menolak untuk mengahwini salah seorang dari empat orang calon yang melamarnya.

Selain berkelakuan seperti seorang pengintip, puteri mahkota ini juga memutuskan melarikan diri dari istana untuk mencari jejaka idaman pilihannya sendiri. The Princess and The Matchmaker dibarisi oleh bintang-bintang seperti Shim Eun Kyung, Lee Seung Gi, Yeon Woo Jin, Choi Woo Shik, dan Kang Min Hyuk.

Jika anda ingin menonton filem yang pasti menarik dan mengandungi plot twist yang tidak terjangka, 7 filem sageuk yang tersenarai di atas mungkin sangat sesuai dengan selera anda. Lebih-lebih lagi plot yang dipersembahkan sangat menghiburkan.

Baca Lagi: 5 Filem Seram Korea Untuk Ditonton Sambil Menunggu “The Ghost Station”

Baca Juga: 17 Pelakon Lelaki Korea Dengan Watak Psikopat & Romantik