Home Entertainment 17 Pelakon Lelaki Korea Dengan Watak Psikopat & Romantik

17 Pelakon Lelaki Korea Dengan Watak Psikopat & Romantik

0

Selalu dipilih untuk membawa watak penjahat dalam sesebuah projek kadang kala membuatkan seseorang pelakon dilabel memiliki kelakuan yang jahat juga.

Begitu juga sebaliknya, apabila seorang pelakon membawa watak lelaki manis, manja dan romantik, pasti pelakon tersebut akan dinilai sebagai seorang individu yang romantik dan dipenuhi dengan perasaan cinta yang tulus.

Namun, bagaimana pula jika seorang pelakon mampu dan terpilih untuk melakonkan watak yang berbeza-beza? Pelakon-pelakon profesional biasanya mampu membawa semua watak baik atau jahat dengan penuh berkesan.

Tanpa perlu terbawa-bawa dengan watak lain yang pernah dilakonkan, pelakon-pelakon ini mampu memberi mood dan persembahan segar untuk projek lakonan mereka yang lain.

Berikut ini merupakan 17 pelakon lelaki Korea yang sangat mahir membawa watak psikopat dalam filem dan drama tetapi dalam masa yang sama turut terlibat dalam projek yang lain yang memerlukan mereka membawa watak romantik:

be62e73c 83fc 4c8e 942d f51657dbcc141. Selepas terlibat dalam You’re My Spring (2021) dengan watak yang penuh cinta dan romantik, Kim Dong Wook terus berubah menjadi seorang psikopat dalam The King of Pigs (2022)

b79c82f2 cf96 4aac a7d5 0872f202183c2. Menjadi pembunuh kejam dalam A Superior Day (2022) seolah-olah membuatkan kita lupa bahawa Lee Won Geun pernah berlakon dalam drama romantik A Person You May Know (2017)

3376113b 216b 4d92 a115 9d00e250f01a3. Kedua-duanya adalah drama sejarah, Kang Hoon dalam The Red Sleeve (2021) membawa watak sebagai pembunuh para dayang dan berbeza pula dengan wataknya dalam The Secret Romantic Guesthouse (2023)

eb4244a8 8c34 462c a35e b19138e3a3204. Dalam drama Mouse (2021), Lee Seung Gi adalah seorang psikopat yang bersembunyi di sebalik perwatakan yang polos dan baik sebagai seorang pegawai polis. Namun, semuanya berubah begitu sahaja dalam Law Café (2022), pelakon ini menjadi seorang pendakwa raya yang hangat jatuh cinta

1351ee99 1065 4fb2 94f8 975502a31e3c

5. Lee Dong Wook menjadi pembunuh paling ditakuti setiap penghuni asrama dalam Stranger from Hell (2019), tetapi menjadi sangat romantik dalam Touch Your Heart (2019)

b864d467 987e 4e3b bb6d e84b79dc49436. Sangat kejam menjadi pembunuh dalam Vincenzo (2021), pada tahun yang sama Ok Taecyon juga berlakon dalam drama romantik misteri Secret Royal Inspector & Joy (2021)

IMG 42327. Park Bo Geum berlakon dalam Hello Monster (2015) sebagai seorang psikopat dan dalam Reply 1988 (2015) dia berlakon sebagai seorang pemuda yang berhati lembut

499b0223 0f9a 4c2f b363 6146e1a95b288. Kim Jae Wook dalam Voice 1 (2017) membawa watak sebagai seorang CEO yang membunuh dengan kettlebell, seterusnya menjadi seorang lelaki romantik dalam drama Her Private Life (2019)

c4cae5e5 4d91 4b02 92c9 471836c0bfb49. Menjadi seorang psikopat yang sangat dingin dan kejam dalam Flower of Evil (2020), Kim Ji Hoon tampil berbeza sebagai seorang CEO yang akhirnya jatuh cinta dalam Love to Hate You (2023)

2f9e61a9 ec19 48a9 92a4 0361ccf1f36b

10. Sewaktu berlakon dalam Voice 3 (2019), betapa gilanya Park Byung Eun sebagai seorang psikopat yang kejam. Namun, dia menjadi sangat obses dan jatuh cinta dengan seorang wanita dalam drama Eve (2022)

9afc8837 580b 4106 a1a9 8b4a1e819bfd

11. Lee Sang Yeob melakonkan watak sebagai seorang pembunuh dalam Signal (2016), namun dia juga terlibat dengan sangat banyak projek drama romantik seperti Eve (2022)

377ef3dd d528 45d9 afda 644330228f6b12. Selesai membunuh kawan-kawannya sewaktu terdampar di sebuah pulau dalam Missing 9 (2017), Choi Tae Joon juga mempunyai sebuah hubungan percintaan yang bahagia dalam So, I Married An Anti-Fan (2021)

e57a7ff1 10fd 44d4 8a62 ed0cf52119f013. Terlibat dengan cinta kontrak dalam Love in Contract (2022) dan pada tahun yang sama menjadi seorang psikopat dalam Connect (2022) tidak membuatkan lakonan Go Kyung Pyo terkeliru dan kaku. Memang profesional!

6a585b85 d30a 41b9 bf8d 2d4d9df6396c14. Tiada sesiapa boleh mempersoalkan lakonan Im Si Wan. Pelakon ini berjaya membawa watak sebagai seorang jejaka romantik dalam Run On (2020) dan dia juga selalu muncul sebagai seorang lelaki psikopat, salah satunya adalah Unlocked (2023)

2e264fbb c19b 47a9 a809 a397a754daf415. Jiwa psikopat Wi Ha Joon dalam Midnight (2022) membuatkan para penonton merasa seram sejuk. Namun, sewaktu berlakon dalam Little Women wataknya berubah 100%

07cb87b9 3b33 4e95 894e 1e91f3d722b116. Ramai orang yang trauma dengan penampilan Kim Young Kwang sebagai seorang psikopat kejam dalam Somebody (2022). Hingga membuat penonton mencurigainya dalam drama romantik Call it Love (2023)

21c8147a fe51 4243 95f3 31380df3bdc917. Lee Kyu Hyung berjaya membuatkan air mata para penonton jatuh dalam drama Hi Bye, Mama (2020) dan membuatkan para penonton lemah jantung dengan lakonannya dalam Voice 4 (2021)

Para pelakon sememangnya perlu mahir dalam membawa pelbagai watak. Kepelbagaian watak ini membuktikan betapa hebatnya lakonan mereka dan mereka layak dihargai. Siapakah pelakon kegemaran anda?

Baca Lagi: 9 Kdrama Lakonan Oh Man Seok Yang Menarik Untuk Ditonton

Baca Juga: 9 Watak Ibu Tunggal Dalam Kdrama 2023