Home Bollywood/India 7 Fakta Guns & Gulaabs, Siri Jenayah India Terbaru Netflix

7 Fakta Guns & Gulaabs, Siri Jenayah India Terbaru Netflix

0

Bercadang untuk menonton filem arahan Raj dan DK Guns & Gulaabs pada hujung minggu ini?

Platform streaming Netflix merupakan salah sebuah platform layanan streaming paling digemari oleh para peminat filem dari seluruh dunia dan juga peminat-peminat Bollywood.

Netflix kembali menampilkan drama siri India terbaru dengan genre jenayah yang bertajuk Guns & Gulaabs.

Guns & Gulaabs terletak di bandar fiksyen Gulaabgunj, yang terkenal sebagai tempat tumpuan untuk perdagangan candu. Seperti yang diketahui, semua laluan undang-undang mempunyai jalan melalui “pintu belakang” dan bandar ini juga terkenal dengan penyeludupan candu secara besar-besaran kepada mafia.

Ia adalah kisah tentang kartel dadah yang mengaitkan perjalanan seorang polis, Arjun (Dulquer Salmaan), seorang mekanik, Tipu (Rajkummar Rao), seorang pembunuh bersiri, Atmaram (Gulshan Devaiah), seorang guru, Chandralekha (TJ Bhanu) dan ahli politik yang melibatkan ahli keluarga yang berpengaruh, Ganchi (Satish Kaushik, Adarsh ​​Gourav). Dapatkah Arjun menghentikan kegiatan haram ini dari lebih bermahajelela? Semua ini akan terungkap dalam siri jenayah penyiasatan ini.

Baca juga: 7 Filem Shah Rukh Khan Dengan Kutipan Tertinggi

Siri ini telah ditayangkan pada 18 Ogos 2023, berikut adalah 7 fakta tentang siri Guns & Gulaabs:

 

 

006b55d6 2649 4f55 82d2 9fe25bd60665
1. Membawa genre thriller jenayah, siri ini diarahkan oleh Raj Nidimoru dan Krishna D.K

 

Guns & Gulaabs
2. Raj Nidimoru dan Krishna D.K juga adalah penulis skrip bersama untuk Guns & Gulaabs bersama-sama dengan Suman Kumar

 

6ec1f841 6aa3 4a0f b896 e9d2dae8fa5d
3. Siri terbaru yang diterbitkan oleh D2R Films ini menampilkan Rajkummar Rao dan Dulquer Salmaan sebagai pelakon utama, peminat-peminat Dulquer Salmaan pasti tidak sabar untuk menonton siri ini

 

7baabce5 ede9 4d7f ae02 ba7930c6e84d
4. Sementara itu, watak pembantu pula dilakonkan oleh pelakon-pelakon berbakat besar seperti Adarsh Gourav, Gulshan Devaiah, dan juga Goutam Sharma

 

bc951fcc 8918 478c 8dc5 04f97bbddd5e
5. Proses penerbitan siri ini bermula pada bulan Januari 2022 dan berakhir pada bulan April 2022 di Bandar Dehradun dan Mussoorie

 

d2519387 0f09 439b a623 3ba6636edbfc
6. Tajuk Guns & Gulaabs diambil dari nama band muzik Amerika Syarikat yang hits pada tahun 1990-an, iaitu Guns N’ Roses

 

40583f88 8190 4107 8db9 679006a97c6e
7. Rajkummar Rao membawa watak sebagai seorang mekanik yang terlibat dengan kumpulan gangster, sementara itu Dulquer Salmaan pula membawa watak sebagai seorang anggota polis

Guns & Gulaabs yang berlatarkan tahun 1990-an ini bakal membawa para penonton mengimbau kembali nostalgia tentang filem filem lama Bollywood. Drama siri Guns & Gulaabs juga dilihat mengambil langkah sangat berani apabila menggabungkan tema gangster dengan adegan komedi dan romantik yang memang kegemaran penonton Bollywood dan seluruh dunia.

Jika anda berminat dan ingin tahu tentang kisah Rajkummar Rao dan Dulquer Salmaan, jangan lupa saksikan drama siri India Guns & Gulaabs di Netflix yang telah ditayangkan pada 18 Ogos 2023!

Baca lagi: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen
Baca juga: 7 Filem Biografi Penuh Inspirasi Yang Meraih Oscar