Home Bollywood/India 7 Filem Shah Rukh Khan Dengan Kutipan Tertinggi

7 Filem Shah Rukh Khan Dengan Kutipan Tertinggi

0

Bukan rahsia lagi bahawa Shah Rukh Khan adalah antara pelakon paling popular dari negara India dan pelakon ini digelar Raja Bollywood yang mempunya sangat ramai peminat dari seluruh pelosok dunia.

Peminat-peminatnya bukan hanya datang dari negara India, para peminat Shah Rukh Khan datang dari seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Pelakon yang dijuluki dengan gelaran King Khan ini telah membintangi banyak filem di sepanjang kariernya. Selama menceburkan diri dalam dunia lakonan, ada beberapa buah filem lakonannya yang mengaut keuntungan sangat luar biasa dengan pendapatan tertinggi pada masa penayangannya.

Bukan hanya berjaya dari segi kewangan, tujuh buah filem Shah Rukh Khan berikut ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik.

 

d2c7f735 0186 482b bc64 401142d580aa
1. Kemunculan semula (comeback) pelakon ini dalam filem Pathaan (2023) mendapat pujian serta mengaut keuntungan sebanyak ₹1,050.3 crore atau US$ 130 juta

 

f00e616c 44e8 484f 8703 d62aa186d33c
2. Keuntungan sebanyak ₹423 crore atau US$ 75.5 juta diraih oleh filem Chennai Express (2013) yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone

 

a7010e28 a51a 4e61 a896 6d8e1af0e7f1
3. Dibarisi oleh pelakon-pelakon popular Bollywood, Happy New Year (2014) berjaya mendapat keuntungan box office. Pendapatan sebanyak ₹394 crore atau pun US$ 64.56 juta diraih oleh filem garapan Farah Khan ini

 

1025295a b0ac 402b ba4d 28041f1b19f4
4. Menggandingkan Shah Rukh Khan dengan pasangan lagendanya dalam filem iaitu Kajol, Dilwale (2015) ternyata berjaya mencuri perhatian masyarakat dunia hingga mendapat keuntungan sebanyak ₹376 crore atau US$ 58.61 juta

 

af1bb7cd ebe6 4e21 9816 1fb31ff7a842
5. Untung ₹304 crore atau US$ 52.45 juta, Raees (2017) menampilkan Shah Rukh Khan sebagai seorang gangster yang terjebak dengan masalah politik

 

Shah rukh khan
6. Lakonan memukau Shah Rukh Khan sebagai pakar bom dalam Jab Tak Hai Jaan (2012). membuatkan filem ini mendapat keuntungan sebanyak ₹235 crore atau US$ 30 juta

 

Shah
7. Angka ₹224 crore atau US$ 26.8 juta diperolehi filem My Name is Khan (2010). Kisah Rizwan Khan yang mahu bertemu Presiden Amerika Syarikat bakal membuat air mata anda berlinangan!

Membintangi filem dengan pendapatan yang lumayan, memang patutlah jika nama Shah Rukh Khan masuk ke dalam senarai pelakon dengan pendapatan tertinggi di dunia. Bukan hanya di India, filem-filem Shah Rukh Khan yang tersenarai di atas juga mendahului carta box office di beberapa buah negara. Di antara tujuh filem di atas, filem manakah yang menjadi kegemaran anda?

Baca lagi: 10 Pelakon Terkaya di India yang telah Membina Empayar
Baca juga: Akshay Kumar dan 11 Pelakon Jelita Yang Pernah Digandingkan