Home Bollywood/India Akshay Kumar dan 11 Pelakon Jelita Yang Pernah Digandingkan

Akshay Kumar dan 11 Pelakon Jelita Yang Pernah Digandingkan

0

Filem terbaru Akshay Kumar yang bertajuk OMG 2 telah ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos yang lalu.

Dalam filem yang membawa genre drama komedi itu, Akshay Kumar bergandingan dengan Yami Gautam. Sebelum Yami Gautam, pelakon ini yang memang sudah mempunyai nama yang megah dalam dunia Bollywood sudah bergandingan dengan ramai pelakon wanita jelita kelas atasan Bollywood.

Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

 

Akshay Kumar
1. Dalam filem Khiladiyon Ka Khiladi (1996), Akshay (Akshay Kumar) jatuh cinta pada Priya (Raveena Tandon) sewaktu bertemu dalam kapal terbang

 

fed33b3a 086a 4799 9d47 fb4aa9e03501
2. Pelakon ini membawa watak sebagai sepermainan Madhuri Dixit yang tinggal di London dalam filem Dil To Pagal Hai (1997)

 

56312a21 59c4 4f4c ade4 b16dd44131fe
3. Ram (Akshay Kumar) dijodohkan dengan Anjali (Shilpa Shetty) yang masih mencintai bekas teman lelakinya iaitu Dev (Suniel Shetty), dalam filem terkenal Dhadkan (2000)

 

1cd1b1fa 688d 404e bdd4 d0ff4565cf4a
4. Khakee (2004) menampilkan Akshay sebagai seorang pegawai polis. Pelakon ternama ini bergandingan dengan Aishwarya Rai Bachchan dalam filem ini

 

e056d3be f444 4d7b a3a7 c11c8cbc7604
5. Akshay Kumar dan Katrina Kaif pernah berlakon bersama-sama dalam filem sebanyak sembilan kali. Filem paling popular lakonan mereka adalah Namastey London (2007)

 

61254470 7c66 487b b32b e805aa461a2b
6. Enam berlakon dalam filem yang sama, keserasian yang sangat menjadi antara Akshay dan Kareena Kapoor diakui oleh ramai orang

 

0bde0ef0 a632 43f5 99f0 032f5245d5f1
7. Dua puluh lapan tahun lebih tua, Akshay tampil sebagai kekasih Sara Ali Khan dalam filem fantasi romantik Atrangi Re (2021)

 

ebf1dcda 7aca 47b5 a814 efa25c882702
8. Dalam filem Bachchhan Paandey (2022), figura terkena ini membawa watak sebagai seorang gangster yang telah jatuh hati pada seorang pengarah muda yang dibawa oleh Kriti Sanon

 

4cba30ea f92a 4ce8 b976 313f8515a75f

9. Untuk mengahwini Bhumi Pednekar dalam filem Raksha Bandhan (2022), dia perlu mengahwini empat adik perempuannya terlebih dahulu

 

3d1b797f cbbf 44e1 9c9f d72aaf4109f9
10. Arjan (Akshay Kumar) dibantu oleh Divya (Rakul Preet) untuk menyiasat kes pembunuhan remaja dalam filem thriller bertajuk Cuttputlli (2022)

 

701f1d3a 4c41 40b8 a97d 1fa66d3e10ff
11. Pelakon wanita India terbaru yang berlakon dalam filem bersama dengan Akshay Kumar adalah Yami Gautam. Kedua-duanya disatukan dalam filem OMG 2 yang ditayangkan pada 11 Ogos yang lalu

Barisan pelakon wanita senior hingga pendatang baru nampaknya sudah bergandingan dengan pelakon bertubub sasa ini dalam filem-fiem popular. Keserasiannya dengan semua sebelas pelakon wanita yang tersenarai di atas mendapat pujian melangit dari banyak pihak.

Semua itu membuktikan bahawa Akshay Kumar adalah pelakon ternama yang boleh membina keserasian yang kuat dengan semua pasangan dan gandingannya dalam setiap filem.

Baca lagi: 10 Pelakon Terkaya di India yang telah Membina Empayar
Baca juga: “Drishyam” Bakal Dibuat Semula Dalam Versi Korea