Home Artis Korea 6 Pelakon Lelaki Korea Ini Buat Hati Penonton Cair Sepanjang Tahun 2023,...

6 Pelakon Lelaki Korea Ini Buat Hati Penonton Cair Sepanjang Tahun 2023, Siapa Kegemaran Anda?

0

Para peminat drama Korea tentu sahaja tertawan dan meminati para pelakon lelaki Korea yang menawan dan berkarisma, para peminat juga mudah jatuh hati dan cair hati apabila menonton watak-watak baik dan romantik yang dibawa oleh para pelakon ini dalam dalam drama.

Tidak hairanlah jika para peminat setia sanggup berbelanja besar apabila pelakon-pelakon lelaki Korea terkenal ini mengadakan fan meeting dan mereka sentiasa menyokong projek-projek lakonan pelakon-pelakon idola mereka.

Sepanjang tahun 2023, terdapat beberapa orang pelakon lelaki Korea yang berjaya membuat hati para peminat cair.

1. Moon Sang Min

0c4ace41 08e0 41be 991e 03590956fbd6Walaupun baru sahaja berkecimpung dalam industri hiburan sebagai pelakon, bakat pelakon ini ternyata bukan biasa-biasa. Populariti Moon Sang Min makin meluas selepas dia membintangi drama yang bertajuk Under The Queen’s Umbrella(2022).

Baca lagi: 12 Pelakon Lelaki Korea yang Jarang Berlakon Drama Romcom

2. Cha Eun Woo

58b18127 7c7a 46ac 94dc e9f71579e37cPada bulan Oktober 2023 lalu, drama terbaru yang dibintangi oleh Cha Eun Woo telah ditayangkan. Drama tersebut bertajuk A Good Day to be A Dog, dimana Cha Eun Woo membawa watak utama sebagai Jin Seo Won. Drama yang membawa genre romantik komedi ini memang berjaya menghiburkan para peminat dan membuat mereka jatuh hati!

 

3. Ji Chang Wook

5c496f1f a9eb 4f9e 80df ddb0ee210bc3Pada tahun 2023, pelakon ini menunjukkan kualiti lakonan luar biasa melalui drama yang bertajuk The Worst Of Evil. Dia membawa watak sebagai Park Jun Mo. Drama tersebut ditayangkan pada bulan September 2023 dan berhasil meraih perhatian dengan genre jenayah dan aksi. Kemudian, pada bulan Disember 2023, Ji Chang Wook kembali memukau para peminat dengan pesonanya melalui drama romantik, Welcome to Samdalri sebagai Jo Yong Pil!

Baca juga: 12 Pelakon Lelaki Korea yang Jarang Berlakon Drama Romcom

4. Rowoon

f97e4a3c e44e 4a26 8eb8 dfb027a7885aPelakon tampan Rowoon memang berjaya membuatkan ramai peminat jatuh hati. Pada tahun 2023, Rowoon membintangi drama yang bertajuk The Matchmaker yang membawa genre komedi romantik dan sageuk. Rowoon berjaya membawa watak lelaki tampan yang bernama Sim Jung Woo, drama tersebut juga turut meraih rating yang memuaskan!

 

5. Lee Junho

Lelaki koreaLee Junho juga merupakan antara pelakon lelaki yang popular pada tahun 2023, pelakon tampan tersebut mencuri perhatian para peminat melalui drama King The Land. Dalam drama tersebut, Lee Junho membawa watak sebagai jejaka dari keluarga chaebol yang mengusahakan perniagaan hotel. Pesonanya yang memukau serta keserasiannya dengan Yoona Girls’ Generation pasti membuatkan para penonton cair hati!

 

6. Ong Seong Wu

Pelakon lelaki koreaBekas bintang idol K-Pop kini makin aktif sebagai pelakon, Ong Seong Wu memukau ramai peminat dengan pesonanya melalui drama Korea pada tahun 2023 iaitu Strong Girl Nam Soon. Dengan rupa paras menawan serta lakonan yang berkesan, pelakon ini berjaya membuat hati para peminat cair dengan pesona dan karismanya.

Bagaimana? Ada pelakon yang ada minati? Nantikan drama-drama baru dari mereka untuk tahun 2024 ini pula ya!

Baca lagi: Marry My Husband, 3 Faktor Utama Menyebabkan Penderitaan Watak Park Min Young
Baca juga: Jang Na Ra Memukau Dalam My Happy Ending, Bawa Watak Sebagai Wanita Teraniaya