Home Entertainment 6 K-Drama Pilihan Daebaking Sepanjang Tahun 2022

6 K-Drama Pilihan Daebaking Sepanjang Tahun 2022

0

Dalam tahun ini, terlalu banyak K-drama yang menarik dan best. Ada yang bertemakan komedi, ada yang misteri, ada cerita mengenai balas dendam dan banyak lagi lah.

Jom tengok 6 senarai K-drama pilihan Daebaking sepanjang tahun 2022 ini:

The Killer’s Shopping List

Sinopsis The Killer's Shopping List | Sub Indo | VIU

Drama pertama pilihan Daebaking ialah The Killer’s Shopping List. Drama ini merupakan drama thriller komedi misteri. Di dalam drama ini, Lee Kwang Soo telah digandingkan bersama pelakon cantik iaitu Seolhyun AOA atau nama sebenar Kim Seol Hyun.

The Killer’s Shopping List ini menceritakan tentang kes pembunuhan misteri yang terjadi berdekatan dengan sebuah apartment. Di lokasi kejadian, telah ditemukan satu resit daripada supermarket MS Mart, tempat di mana Lee Kwang Soo bekerja. Resit itu merupakan bahan bukti untuk kes pembunuhan misteri tersebut.

Mampukah mereka merungkai pembunuhan misteri ini? Tengok dekat sini!

Ghost Doctor

Drama seterusnya yang menarik minat kami untuk tahun ini ialah Ghost Doctor. Drama ini menggabungkan genre perubatan dan fantasi. Kedua-dua genre ini, sangat bertentangan antara satu sama lain, menunjukkan sinergi yang baik dan emosi yang bersesuaian.

Ghost Doctor - AsianWiki

Babak yang menarik di dalam drama ini apabila roh koma Cha Young Min (Rain) memasuki ke dalam tubuh Go Seung Tak (Kim Bum) dan membongkar konspirasi besar yang berlaku di hospital tersebut.

Unsur ‘merasuk’ inilah yang menjadi tarikan utama drama ini. Walaupun plot yang tidak masuk akal tentang roh dan tubuh orang yang masih hidup bergabung dengan orang yang sedang koma.

Why Ghost Doctor is so good that fans are hoping for Season 2

Drama ini mampu membuatkan penonton tidak sabar untuk menunggu episod yang akan datang. Tak tahu nak tengok mana? Meh tengok dekat sini je geng.

Baca lagi: Song Joong Ki, Nichkhun 2PM, Khir Rahman Dan Ramai Pelakon Popular Di Viu November Ini

Baca lagi: ‘Reborn Rich’ Mengalahkan Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’, Ini 3 Sebab Mengapa Anda Wajib Tonton Drama Ini

Again My life

Satu drama yang berkisahkan tentang dendam dan balas dendam. Again My Life” diadaptasi daripada novel tulisan Lee Hae-nal yang turut menerima respon yang baik sebagai webtoon.

Sinopsis Again My Life | Viu Original | VIU

Ianya membawa kisah tentang Kim Hee-woo (Lee Joon-gi), seorang pelajar sekolah menengah yang gred akademiknya agak teruk. Melalui kerja keras, Kim Hee-woo berjaya memasuki universiti dan akhirnya lulus peperiksaan untuk menjadi seorang peguam.

Dia mula mengalami masalah apabila dia berhadapan dengan kejahatan yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan nyawanya.

Namun, sesuatu yang aneh telah berlaku dan dia telah diberi kesempatan untuk hidup semula demi menegakkan keadilan. Korang tengoklah sendiri cerita ni dekat sini, memang best!

Again My Life (2022) - MyDramaList

The Red Sleeve

Berdasarkan novel, “The Red Sleeve” ialah sebuah K-drama bersejarah yang mengisahkan tentang seorang raja yang bernama Yi San (Lee Junho) yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Sung Deok Im (Lee Se Young).

the red sleeve

Yi San ialah seorang putera muda. Bapanya telah dibunuh dan disebabkan itu dia menjadi trauma. Datuk Yi San, raja ketika itu, merupkan raja yang kejam dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu, ketika Yi San mengambil tahta itu, dia berjanji untuk menjadi raja yang adil, bijkasana dan ingin memulihkan hubungan antara rakyat jelata dan istana.

Di dalam istana, dia bertemu dengan seorang gadis muda bernama Sung Deok Im. Sikap Deok Im yang kuat, berdikari, yakin dan jujur telah menarik perhatian Yi San sehingga dia jatuh cinta dengannya dan cuba meyakinkannya untuk menjadi gundik rasminya.

Namun, Deok Im memilih untuk menolaknya kerana dia yakin peranan itu akan menyekat kebebasannya.

red sleeve

Melihat cinta Yi San yang tulus, Deok Im mula membuka matanya dan dia mula memahami niat sebenar dan kejujuran Yi San terhadapnya dan ia adalah sangat romantis dan patut ditonton.

Anda boleh tonton disini:The Red Sleeve

If You Wish Upon Me

Drama pilihan Daebaking yang ke-4 ini merupakan drama yang diilhamkan oleh organisasi sebenar di Belanda, dimana mereka berusaha untuk memenuhi kehendak pesakit kanser.

If You Wish Upon Me | Korea | Drama | Watch with English Subtitles & More ✔️

Ji Chang Wook memegang watak sebagai Yoon Gyeo Re, seorang lelaki dengan kehidupan yang sukar.  Sejak kecil lagi, Yoon Gyeo Re (Ji Chang Wook) telah menjalani kehidupan yang penuh dengan nasib malang. Dia melangkah ke rumah anak yatim sendirian untuk melarikan diri daripada penderaan bapanya, dan dia berjuang untuk hidup hari demi hari.

Suatu hari secara tidak sengaja, Yoon Gyeo Re bertemu dengan Kang Tae Shik (Sung Dong Il), yang merupakan ketua “Team Genie” di hospital hospis, dan disitulah titik perubahan dalam hidupnya.

Ramai yang tak sabar-sabat untuk melihat perubahan Yoon Gyeo Re selepas menjadi sukarelawan di hospital tersebut. Jom tengok dekat sini.

4 Moments In Episodes 3-4 Of “If You Wish Upon Me” That Warmed Our Hearts | Soompi

Reborn Rich

Drama yang terakhir dan juga drama terbaru ialah drama Reborn Rich. Di dalam drama ini, Song Joong Ki memegang watak sebagai anak konglomerat.

Reborn Rich merupakan kisah balas dendam seorang lelaki yang bernama Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan mengorbankan hidupnya sebagai hamba keluarga chaebol. Dia meninggal dunia selepas dituduh menggelapkan wang daripada keluarga Sunyang Group.

Reborn Rich เรื่องย่อReborn Rich

Yoon Hyun Woo dilahirkan semula sebagai Jin Do Joon (cucu keluarga konglomerat) dan berusaha untuk membalas dendam terhadap Kumpulan Sunyang. Dia berhadapan dengan Jun Yang Chul (Lee Sung Min), ketua Kumpulan Sunyang yang kemaruk wang.

Apa yang lebih menarik lagi, drama ini telah mendapat rating yang tinggi untuk setiap episod tau! Best sangat ke? Nak tahu kenalah tonton semua episod dekat sini.

Banyak lagi yang best tapi ini lah antara yang Daebaking suka. Kalau korang suka drama apa tahun ni?

Kalau ada yang belum layan keenam-enam K-drama ini, boleh la guna masa yang terluang tonton di Viu.