Home Entertainment ‘Reborn Rich’ Mengalahkan Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’, Ini 3 Sebab Mengapa Anda...

‘Reborn Rich’ Mengalahkan Rating ‘Extraordinary Attorney Woo’, Ini 3 Sebab Mengapa Anda Wajib Tonton Drama Ini

0

Sejak beberapa bulan lalu, ‘Reborn Rich’ semakin mendapat minat dan perhatian menjelang tayangannya dan telah melepasi jangkaan sejurus selepas tayangan, mencipta rekod baharu dalam sejarah JTBC. Siri ini mencapai penarafan perdana kedua tertinggi bagi mana-mana drama JTBC.

Drama Reborn Rich ini dibintangi pelakon berbakat seperti Song Joong Ki, Shin Hyun Bin, dan Lee SungMin dan beberapa barisan pelakon berbakat yang lain.

Reborn Rich” (2022 Drama): Cast & Summary - Kpopmap

Diadaptasi daripada novel web popular di Korea Selatan, ‘Reborn Rich’ berlatarkan ’80-an’ tentang keluarga Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki). Hyun Woo bekerja sebagai pegawai pengurusan risiko di syarikat chaebol, Soonyang Konglomerat. Dia meninggal dunia selepas diperangkap dan dituduh menggelapkan wang daripada keluarga Sunyang Group dan dibunuh oleh anak bongsu keluarga tersebut, Jin Do Joon.

Stream and watch full Drama TV series Reborn Rich - Episode 3 online with subtitles | Viu Malaysia Originals

Yoon Hyun Woo dilahirkan semula sebagai Jin Do Joon dan berusaha untuk membalas dendam terhadap Kumpulan Sunyang. Dia berhadapan dengan Jun Yang Chul (Lee Sung Min), ketua Kumpulan Sunyang yang kemaruk wang.

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk mencari sebab mengapa anda perlu mengikuti drama ini, jom kita tengok 3 sebab mengapa anda perlu menambahkan ‘Reborn Rich’ dalam senarai K-drama anda.

1. Lakonan Song Joong Ki Yang Terserlah

 4 Reasons To Watch K-Drama "Reborn Rich" Starring Song JoongKi

Perubahan watak daripada seorang pekerja syarikat yang rajin kepada cucu tersayang keluarga chaebol. Penonton akan terpikat dan ternanti- nanti bagaimana Song Joong Ki menyempurnakan perubahan watak dalam episod akan datang.

2. Tiga Episod Seminggu

Kebanyakan drama berpegang pada jadual dua episod setiap minggu. Akan tetapi, ‘Reborn Rich’ yang bukan sahaja ingin menyampaikan cerita yang menarik tetapi turut mencabar jangkaan yang ditetapkan terhadap K-Drama.

Drama ‘Reborn Rich’ menjanjikan kepada penonton bahawa tidak akan ada episod yang membosankan. Dengan tiga episod setiap minggu, penonton dan peminat siri ini akan berpeluang menyelami plot utama dengan gesit.

Baca lagi: Song Joong Ki, Nichkhun 2PM, Khir Rahman Dan Ramai Pelakon Popular Di Viu November Ini

3. Kisah Dendam yang Memuaskan

 

Reborn Rich telah mentafsirkan watak Yoon Hyun Woo begitu hebat sekali. Kisah latar belakangnya dan punca membalas dendam telah dibentangkan dengan teliti untuk tatapan penonton.

Dengan peluang kedua yang telah diberikan kepada Hyun Woo, dilahirkan semula sebagai Jin Doo Joon, setiap tindakan yang dilakukan sentiasa membawanya selangkah lebih dekat ke matlamat akhirnya.

Tidak akan ada masa yang disia-siakannya dan penonton akan sentiasa merasakan debaran untuk mengetahui tindakan Hyun Woo yang selanjutnya.

Sinopsis Reborn Rich | Viu Original | VIU

Menarik bukan! Sekarang korang boleh layan kesemua episod ‘Reborn Rich’ secara HD dan dengan sarikata di Viu. Tunggu apa lagi? Jom tengok drama yang rating tinggi ini di sini!