Home Movie 6 Filem Seram Tentang Mimpi Ngeri

6 Filem Seram Tentang Mimpi Ngeri

0

Filem seram selalu menonjolkan gangguan-gangguan seram untuk memberikan sensasi seram tersendiri kepada para penonton. Salah satu konsep gangguan yang paling unik dalam filem seram adalah melalui mimpi.

Berikut ini adalah beberapa buah filem seram dengan cerita yang mengganggu melalui mimpi, jangan takut ya!

 

1. A Nightmare on Elm Street (1984)

Filem seramFilem seram slasher yang disiarkan pada tahun 80an ini menampilkan konsep yang segar dengan menonjolkan misteri supernatural melalui mimpi ngeri. Mengisahkan tentang seorang wanita yang diintai oleh pembunuh bersiri yang menjalankan aksinya melalui mimpi buruk, dia cuba mengungkap misteri hingga terpaksa bertahan di tengah-tengag ancaman pembunuh.

Baca juga: 5 Filem Seram Romantik yang Mengangkat Tema Kanibalisme, Kekasih Makan Orang?

2. Bad Dreams (1988)

11892c06 24c3 4ba8 b894 7ae0cdb42ac3Hampir serupa dengan A Nightmare on Elm Street (1984), yang membezakan dua cerita ini hanya elemen supernatural yang lebih pekat dengan jalan yang agak laju. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terselamat dari tragedi kebakaran. Apabila terbangun, dia menghadapi gangguan mimpi ngeri dari masa lalu yang mengancam orang-orang yang rapat dengannya.

 

3. Muse (2017)

62f5d617 42b3 4cd2 a333 74cd80e271b2Digarap oleh Jaume Balagueró, sebagai salah sebuah maestro seram dari Sepanyol, filem ini dibuat dengan konsep gangguan mimpi ngeri dengan subgenre seram cosmic serta sedikit tambahan elemen gothic yang cantik. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Dia memiliki bayang-bayang watak misteri dalam mimpi ngerinya, dan dia cuba mencari perkara yang sebenarnya terjadi.

Baca lagi: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024

4. Come True (2020)

69ea1629 f309 412a abe4 5274d99be912Filem seram ini mengusung subgenre sains fiksyen yang moden, menampilkan babak yang sangat menarik namun mengerikan. Mengisahkan tentang seorang wanita yang mengikuti terapi kerana mempunyai kesukaran untuk tidur. Dia kemudian cuba mengungkap misteri yang mempersoalkan antara dunia nyata dan tidak nyata.

 

5. Dream Scenario (2023)

e6aa03e8 7f7b 407e 8c48 8e7764ce8385Walau tidak sepenuhnya menampilkan elemen seram, filem terbitan A24 ini mengusung komedi gelap dengan suntikan fantasi serta seram. Filem ini sesuai untuk para peminat cerita seram dengan konsep surealisme. Mengisahkan tentang seorang seorang profesor yang tiba-tiba muncul dalam setiap mimpi orang-orang yang rapat dengannya.

 

6. Malam Pencabut Nyawa / Respati (2024)

1575af0d e6d9 4d6f 9007 de6ef3e91808Filem garapan Sid harta Tata ini dibintangi oleh Devano Danendra dan Ratu Felisha. Mengisahkan tentang seorang remaja dengan kebolehan untuk memasuki dunia mimpi orang lain dan menyaksikan roh gelap meragut nyawa seseorang.

Demikian sahaja 6 buah filem seram yang menampilkan tema mimpi ngeri sebagai perbahasan utama dalam filem-filemnya. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 7 Anime Berlatarkan Kerajaan Seperti Apothecary Diaries
Baca juga: 7 Pelakon Wanita Korea ini Tampil Hebat dengan Babak Pertarungan yang Memukau dalam Kdrama 2024


Notis penting

Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.