Home Artis Korea 6 fakta Kdrama “Lies Hidden in My Garden”, bakal tayang 19 Jun

6 fakta Kdrama “Lies Hidden in My Garden”, bakal tayang 19 Jun

0

Lies Hidden in My Garden” ialah siri televisyen Korea Selatan akan datang yang dibintangi oleh Kim Tae-hee, Lim Ji-yeon, Kim Sung-oh, dan Choi Jae-rim

Berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Kim Jin-young, ia mengisahkan dua wanita yang menjalani kehidupan yang sama sekali berbeza.

IMG 1767 IMG 1766

Drama siri thriller misteri keluarga yang menegangkan, yang menghancurkan fantasi ‘halaman rumah syurga kita’ melalui syak wasangka dan kesedaran seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna yang dicemburui orang lain.

Sejak meraih kejayaan melalui Hi! Bye Mama pada tahun 2020, pelakon wanita Korea Kim Tae-hee memilih untuk rehat sejenak daripada dunia hiburan demi untuk fokus menikmati waktu bersama keluarga kecilnya. Pelakon wanita yang berusia 43 tahun ini memang diketahui sangat menerapkan prinsip bekerja secara bergantian dengan suami untuk keseimbangan waktu bersama keluarga, suaminya adalah penyanyi yang juga merupakan pelakon kegilaan ramai iaitu Rain.

IMG 1588Kini 3 tahun berlalu sejak drama terakhirnya, Kim Tae Hee kembali lagi menemui para peminat melalui drama siri terbaru terbitan kolaborasi ENA dan Genie TV yang bertajuk “Lies Hidden in My Garden”.

Berikut merupakan enam fakta menarik yang perlu para peminat ketahui tentang drama siri terbaru Kim Tae-hee ini! Jom sama-sama kita lihat:

1. Lies Hidden in My Garden mengisahkan tentang dua orang wanita dengan kehidupan yang berbeza

Lies hidden in my garden

Kim Tae-hee akan membawa watak sebagai Joo Ran, seorang wanita yang lahir dan membesar dari keluarga berada. Dia berkahwin dengan seorang doktor yang bernama Jae Ho (Kim Sung-oh) dan hidup damai bahagia dalam rumah tangga yang dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

Namun konflik muncul ketika Joo Ran mencium bau aneh di halaman belakang rumah mereka. Perkara ini membuatkan Joo Ran mula menyiasat perangai suaminya, hingga akhirnya dia bertemu dengan Sang Eun (Lim Ji-yeon). Dia adalah seorang wanita yang lahir dari keluarga kurang mampu dan kini hidup sengsara akibat tekanan dari suaminya yang kerap melakukan kekerasan kepadanya.

Cerita dalam Lies Hidden in My Garden akan berkisar pada hubungan yang terjalin antara Joo Ran, dan Sang Eun. Kedua-dua wanita dari latar belakang berbeza ini memendam masalah dalam rumah tangga masing-masing.

2. Kim Tae Hee melakonkan karakter yang jauh berbeza daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini

a14262b6 4fb3 499b 897f aedb644d1473

Melihat dari sinopsis cerita Lies Hidden in My Garden yang begitu menitikberatkan tentang konflik yang penuh dengan tipu daya dan misteri yang tersembunyi, Kdrama ini pasti akan menarik perhatian ramai. Watak Kim Tae Hee kali ini kemungkinan besar akan lebih emosional dari watak-watak yang pernah dibawa sebelumnya.

Beberapa watak Kim Tae Hee yang paling popular sebelum ini adalah sebagai gadis ceria dan lincah dalam My Princess (2011), sebagai anak keluarga konglomerat dalam Yong Pal (2015), serta sebagai ibu yang berhati tulus dan penyayang dalam Hi! Bye Mama (2020).

3. Misteri terselindung dalam hubungan antara karakter yang dibawa oleh Kim Tae Hee dengan suaminya

IMG 1585Watak suami Kim Tae Hee, iaitu Jae Ho, dilakonkan oleh pelakon lelaki terkenal Kim Sung Oh. Jae Ho digambarkan sebagai seorang doktor yang berjaya dalam lerjayanya. Watak

inilah yang menjadi penanda bakal konflik yang menguak rahsia kelam di sebalik rumah tangga Jae Ho dan Joo Ran yang selama ini terlihat baik-baik saja.

4. Keserasian Kim Tae Hee bersama Lim Ji Yeon sangat dinantikan oleh para peminat

IMG 1763Kerjaya Lim Ji Yeon memang sedang meniti kemuncak tahun ini. Setelah persengketaan mautnya dengan Song Hye Kyo dalam The Glory (2023), kini dia akan bergandingan dengan Kim Tae Hee. Seperti yang diketahui, Song Hye Kyo dan Kim Tae Hee sama-sama merupakan pelakon wanita senior yang kerap disebut sebagai “dewi” di Korea Selatan.
Tentu sahaja peralihan kolaborasi antara Lim Ji Yeon dari Song Hye Kyo ke Kim Tae Hee kali ini sangat menarik perhatian ramai.

5. Drama yang hanya berjumlah 8 episod ini diarahkan oleh Jung Ji Hyun

IMG 1761Walau mempunyai konsep cerita yang menarik, drama siri Lies Hidden in My Garden akan menjadi siri yang singkat, dengan hanya berjumlah 8 episod.

Jung Ji Hyun adalah watak penting di sebalik beberapa drama siri Korea yang berjaya dan popular. Di antaranya adalah Mr. Sunshine (2018), Search: WWW (2019), The King: Eternal Monarch (2020), dan juga Twenty Five Twenty One (2022).

6. Di tengah-tengah kesibukan penggambaran, Kim Tae Hee mendapat kiriman coffee truck daripada suami

1af6550e 4b40 45dd 9aee 27b9af939088 1Pada 17 Mei lalu, Kim Tae Hee berkongsi momen bahagia di lokasi penggambaran Lies Hidden in My Garden. Dalam gambar tersebut, dia nampak tersenyum di depan sebuah trak makanan dan kopi kiriman dari suaminya, Rain.

“Rasanya sungguh gembira apabila melihat kembali foto-foto sewaktu kami menjalani penggambaran di musim sejuk,” tulis Kim Tae Hee sebagai ‘caption’ foto tersebut. Ini menandakan bahawa foto itu diambil sewaktu proses penggambaran Lies Hidden in My Garden!

IMG 1590 1Melihat keceriaan Kim Tae Hee, kita juga jadi semakin tidak sabar menantikan drama barunya ini. Baik dari segi cerita mahupun nama-nama besar pelakonnya, drama siri Lies Hidden in My Garden memang patut dimasukkan ke dalam watchlist. Nantikan tayangan perdananya pada 19 Jun ini (esok)!

Anda juga boleh tonton siri ini di platform penstriman Prime Video ya!

Baca lagi: Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

Baca juga: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini