Home Artis Korea 6 Artis Lelaki Korea Ini Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Pemfitnah, Bosan Jadi...

6 Artis Lelaki Korea Ini Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Pemfitnah, Bosan Jadi Mangsa Tuduhan Palsu

0

Tuduhan palsu boleh merosakkan reputasi pelakon Korea Selatan di mata orang ramai. Maka, pihak agensi biasanya berusaha melindungi nama baik artis mereka dengan menjelaskan kebenaran tentang gosip liar yang sudah tersebar. Mereka juga mengambil tindakan undang-undang pada penyebar fitnah.

Berikut dibawah ini adalah artis lelaki Korea Selatan yang diwakili agensi untuk mengambil tindakan tegas terhadap netizen yang memfitnah mereka.

 

1. Yoo Yeon Seok

8c36a012 af61 44e4 bba1 aa8de5f7de32Pada tahun 2023, seorang individu dengan akaun tanpa identiti mendakwa bahawa bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di apartment Yoo Yeon Seok. Kira-kira 6 atau 7 tahun lalu, bapanya dihina oleh Yoo Yeon Seok dan kawan-kawan artis tersebut. Bapanya berhenti bekerja di sana kerana rasa malu dan terasa hina diperlakukan begitu.

Tuduhan itu membuatkan agensi Yoo Yeon Seok mengambil tindakan. Mereka menyatakan bahawa khabar angin itu sama sekali tidak benar dan sudah mencemarkan nama baik artis mereka. Pihak agensi melantik peguam dan mengambil tindakan undang-undang yang tegas.

 

2. Ryu Jun Yeol

Artis koreaRyu Jun Yeol dituduh sebagai sebahagian dari komuniti atas talian (online) bernama Ilbe pada tahun 2017. Komuniti online itu disertai oleh para pengguna anonim yang selalu membuat konten tidak menyenangkan dan penuh kontroversi. C-JeS Entertainment mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah yang membuat tuduhan dan dakwaan palsu tentang pelakon tersebut.

Walau hantaran tuduhan itu sudah dipadam, khabar angin itu telah tersebar dengan cepat di kalangan orang ramai. Jadi, pihak agensi melaporkan IP address pengguna yang cuba mendaftar ke laman Ilbe menggunakan identiti Ryu Jun Yeol pada pihak polis. Agensi melaporkan semua yang terlibat memfitnah pelakon itu.

 

3. Lee Jae Wook

Artis lelakiLee Jae Wook menerima berbagai-bagai komen jahat dan fitnah dari netizen setelah kisah dia bercinta dengan Karina aespa pada Februari lalu didedahkan. C-JeS Studio menegaskan, bakal mengambil tindakan undang-undang yang tegas kepada warganet yang melakukan buli siber seperti itu.

C-JeS Studio juga terus-menerus mengawasi aktiviti online warganet untuk mencari pesalah sebenar. Selain itu, para peminat boleh melaporkan pesalah sebenar melalui email rasmi agensi. Agensi menganggap fitnah itu sebagai pelanggaran serius terhadap hak-hak peribadi Lee Jae Wook.

 

4. Kim Soo Hyun

48ce5b07 ab09 46e7 a219 7df72b9391aeKim Sae Ron berkongsi gambarnya bersama Kim Soo Hyun di Instagram Story pada bulan Mac lalu. Akibatnya, kedua-dua mereka dituduh bercinta oleh orang ramai. Gold Medalist tanpa berlengah terus membantah tuduhan itu, mendakwa bahawa artis mereka tidak menjalin hubungan romantik dengan Kim Sae Ron.

Gambar yang tersebar itu juga diambil semasa Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron masih berada di bawah satu agensi dahulu. Agensi juga tidak memahami niat di sebalik perkongsian Kim Sae Ron itu. Namun, mereka akan mengambil tindakan undang-undang pada sesiapa sahaja yang mencemarkan nama baik dan membuat hantaran yang merosakkan reputasi Kim Soo Hyun.

 

5. Ji Soo

b438116f 0682 4194 a091 fc5d14ae7246Ji Soo mengakui perbuatannya sebagai pembuli semasa zaman sekolah pada tahun 2021. Walau begitu, berita tersebut semakin diambil serius oleh beberapa orang individu yang mengambil kesempatan. Mereka menuduh Ji Soo melakukan kekerasan seksual dengan paksa.

Firma guaman yang mewakili Ji Soo menyatakan, ada beberapa dakwaan yang tidak benar tentang masa lalu Ji Soo. Ji Soo yang menyesali kesalahannya di masa lalu terganggu dengan fitnah dari warganet. Dia mengajukan tuntutan undang-undang atas pencemaran nama baik dan penyebaran maklumat palsu terhadap para pemfitnah.

 

6. Lee Je Hoon

88e02a72 fc4e 47b7 99c2 a3b8b7aae5baPada tahun 2022, seorang warganet menyatakan di sebuah komuniti online, bahawa Lee Je Hoon sedang mempersiapkan majlis perkahwinannya. Company On membantah khabar angin itu, lalu menyatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemberi maklumat palsu mengenai kehidupan peribadi pelakon itu. Perkara itu dilakukan untuk melindungi artis mereka dengan lebih baik.

Pelakon-pelakon di atas tidak mahu reputasi mereka rosak begitu sahaja kerana gosip dan khabar angin yang tidak berasas. Pihak agensi mewakili mereka untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah. Segala usaha dilakukan untuk melindungi reputasi baik mereka.

Baca lagi: 5 Kdrama Menarik Sesuai Untuk Penonton Lelaki yang Mahukan Aksi Lasak, Jenayah dan Penyiasatan
Baca juga: Yoona Adalah Gadis Idaman 12 Artis Lelaki Ini