Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Menarik Sesuai Untuk Penonton Lelaki yang Mahukan Aksi Lasak, Jenayah...

5 Kdrama Menarik Sesuai Untuk Penonton Lelaki yang Mahukan Aksi Lasak, Jenayah dan Penyiasatan

0

Drama Korea terdiri dari pelbagai genre antaranya seperti aksi, thriller, jenayah, komedi, romantik dan lain-lain. Tetapi stereotip untuk Kdrama yang dikatakan membawa cerita cinta atau lembik kerana banyak adegan romantik yang cheesy yang tidak mungkin terjadi di dalam dunia nyata.

Oleh sebab itu, kebanyakan penonton lelaki kurang minat atau enggan menonton Kdrama kerana percaya dengan stereotip tersebut. Padahal, banyak Kdrama yang mengusung tema misteri dan juga aksi.

Berikut ini adalah cadangan lima buah Kdrama yang sesuai ditonton buat para penonton lelaki kerana drama-drama ini mempunyai jalan cerita yang mengajak para penonton bermain dengan logik.

 

1. Criminal Minds

15415f73 e4fe 40ac 80da 89aa964cea1dCriminal Minds dibintangi oleh Lee Joon Gi dan Moon Chae Won. Mereka berdua adalah anggota sebuah pasukan polis yang ditugaskan untuk menangkap para penjenayah kejam yang sukar dijejak.
Banyak tipu daya dan muslihat licik dalam Kdrama ini yang menarik untuk ditonton, oleh sebab cerita berpusat tentang jenayah yang biasanya memerlukan strategi yang bijak untuk memecahkan misteri dan menguak kejadian jenayah yang terjadi.

Baca juga: 10 Watak Jahat Paling Ikonik dalam Kdrama, Kejam dan Licik

2. Mouse

12c46b98 40fd 476a adad 2e5b79aa1fffMouse dibintangi oleh Lee Seung Gi yang membawa watak sebagai seorang polis baru yang bernama Jung Ba Reum. Dia dihadapkan dengan sebuah kes misteri mengenai seorang pembunuh psikopat yang sukar untuk dikesan. Kdrama ini ternyata diinspirasikan dari idea penulis skrip yang menemu bual seorang pembunuh sebenar di dunia nyata yang boleh dikatakan mempunyai sikap psikopat kerana tidak merasa bersalah ketika membunuh mangsa-mangsanya.

Baca lagi: 7 Watak Detektif dalam Kdrama Chief Detective 1958, Pelbagai Sikap dan Perwatakan
3. Innocent Defendant

a4110146 1ea0 48e2 b933 0acbcab2cfbcInnocent Defendant menceritakan tentang seorang pendakwa raya jujur yang secara misteri dicampak ke dalam penjara oleh pihak yang dengki kepadanya kerana telah banyak menangani dan memenangi kes mahkamah. Kerana hal tersebut, dia diperangkap melakukan penculikan terhadap anaknya sendiri. Untuk berjuang membuktikan bahawa dia tidak bersalah, dia dihadapkan dengan berbagai-bagai kes yang memerlukan strategi yang bijak untuk menang.

Baca juga: 9 Watak Mertua dari Neraka dalam Kdrama 2024, Menyakitkan Ha

4. Signal

5645b76b eef7 4926 b429 9756e5f91b43Genre dalam Signal adalah fantasi thriller yang mengangkat cerita dari insiden jenayah sebenar yang terjadi di Korea Selatan. Watak utama dalam Kdrama ini adalah Park Hae Young yang dibawa oleh Lee Je Hoon.

Dia ditugaskan untuk menyiasat kes penculikan yang tidak memiliki bukti atau buktinya sangat minimum sehingga boleh dikatakan hilang secara misteri. Dia dibantu oleh seorang detektif yang datang dari zaman 15 tahun sebelumnya yang bernama Lee Jae Han melalui sebuah walkie talkie ajaib yang menghubungkan masa lalu dengan masa depan.

 

5. Hot Stove League

KdramaSesuai buat anda yang suka cerita mengenai sukan! Watak utama dalam Hot Stove League ini adalah seorang pengurus yang baru dilantik dalam sebuah pasukan besbol profesional bernama Baek Seung Soo. Dia sebelum ini mempunyai karier yang gemilang kerana selalu membawa pasukan besbol yang dipimpinmya menjuarai pertandingan dan juga liga.

Namun, dalam pasukan besbol barunya ini, dia memiliki keterbatasan. Baek Seung Soo perlu dihadapkan dengan banyak masalah yang terjadi dalam pasukan besbol yang dikenali sebagai Dreams yang mana masa depan mereka semakin suram dalam kancah besbol Korea Selatan.

Buat anda para penonton lelaki, jangan lupa untuk cuba menonton lima Kdrama yang tersenarai di atas jika belum ditonton kerana drama-drama ini mempunyai kesan yang serius dan jalan cerita yang dipersembahkan memang menarik, ditambah pula dengan adegan aksi yang intens pasti membuatkan adrenalin anda naik mencanak.

Baca lagi: Kim Soo Hyun Menang Anugerah Seni Baeksang Ke-60 dengan 5.6 Juta Undian
Baca juga: 12 Bintang Kpop Ini Muncul dalam Kdrama Mei 2024, Ramai Jadi Pelakon Utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here