Home Manhwa/Webtoon 5 Webtoon Aksi Popular Korea yang Diangkat Jadi Drama, Mana Satu Kegemaran...

5 Webtoon Aksi Popular Korea yang Diangkat Jadi Drama, Mana Satu Kegemaran Anda?

0

Banyak webtoon aksi popular telah diadaptasi menjadi drama Korea dan meraih kejayaan besar. Antara yang paling menonjol termasuk Taxi Driver (2021), Weak Hero Class (2022), Black Knight (2023), Vigilante (2023), dan Study Group (2025).

Jika anda pernah menonton drama-drama Korea di atas, apa kata anda cuba baca pula versi webtoonnya? Pilihlah webtoon aksi yang paling sesuai untuk mengisi masa lapang anda si hujung minggu nanti!

1. The Deluxe Taxi

Webtoon aksi

Webtoon aksi The Deluxe Taxi ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dengan tajuk Red Cage. Adaptasi dramanya dikenali sebagai Taxi Driver (2021) dan dibintangi oleh Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin dan Bae Yoo Ram.

Ceritanya mengisahkan Kim Do Ki, seorang pemandu teksi mewah dari syarikat Rainbow Taxi yang bersedia membantu penumpang membalas dendam atas ketidakadilan yang mereka alami. Webtoon ini mempunyai satu musim sahaja dengan keseluruhan 104 episod, berbeza dengan dramanya yang kini dalam proses penggambaran untuk musim ketiga.

2. Weak Hero

faeeabdc 36f7 4f4e 8b4b cc740ea0cf6b

Webtoon aksi Weak Hero ini boleh dibaca secara sah melalui LINE Webtoon dalam Bahasa Melayu. Ia terdiri daripada tiga musim dengan jumlah keseluruhan 267 episod. Adaptasi dramanya dengan tajuk Weak Hero Class dijangka akan melancarkan musim kedua pada tahun 2025 di Netflix.

Kisah ini mengisahkan Yeon Si Eun, seorang pelajar baru yang kelihatan lemah, namun sebenarnya memiliki semangat juang yang tinggi dan kekuatan tersembunyi.

3. Black Knight

735b6ab2 8dbb 44ed a92b af6bbbbe6c4a

Black Knight hanya mempunyai satu musim dengan 89 episod dan boleh dibaca melalui LINE Webtoon. Drama adaptasinya juga berjudul Black Knight dan ditayangkan di Netflix.

Ceritanya berlatarbelakangkan dunia pasca-apokalips yang dipenuhi pencemaran udara, di mana kelangsungan hidup manusia bergantung kepada Black Knight, golongan penghantar barang elit. Webtoon aksi ini mengikuti kisah salah seorang daripada mereka, iaitu penghantar bernombor 5-8.

4. Vigilante

bca8ad6f f5dd 4197 b301 c25dd5e96e7f

Webtoon Vigilante dalam versi asal Bahasa Korea telah tamat dengan 141 episod, manakala versi terjemahan Bahasa Melayu masih dalam penerbitan di LINE Webtoon.

Ia berkisarkan Kim Jiyong, seorang pelajar akademi polis yang menjalankan misi peribadi sebagai pembela keadilan di luar undang-undang – sebagai seorang vigilante. Drama adaptasi dengan tajuk sama kini boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

5. Study Group

6c46c6ec 1ce2 44d7 87d4 578a80981f8c

Webtoon Study Group telah berjaya diadaptasi menjadi drama Korea dengan tajuk yang sama pada tahun 2025. Ia kini mempunyai tiga musim dan masih diterbitkan secara berterusan di LINE Webtoon.

Kisahnya mengikuti Yoon Gamin, seorang pelajar sekolah menengah yang menubuhkan kumpulan belajar bersama rakan-rakannya. Namun, cabaran besar timbul apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran SMK Teknik Yusong yang sering terlibat dalam pergaduhan.

Buat anda yang gemarkan kisah mendebarkan dan sarat dengan aksi, webtoon-webtoon ini pasti akan memenuhi citarasa anda. Jadi, daripada kelima-lima ini, drama manakah yang telah anda tonton? Dan webtoon mana pula yang anda ingin terokai selepas ini?

Baca lagi: 3 Drama Korea Adaptasi Webtoon Paling Menarik Bulan Lalu, Dari Thriller Gelap ke Cinta Kampus
Baca juga: 6 Komik Manhwa Aksi Ini Menawarkan Kisah yang Ringan Tetapi Mengujakan