Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 3 Drama Korea Adaptasi Webtoon Paling Menarik Bulan Lalu, Dari Thriller Gelap...

3 Drama Korea Adaptasi Webtoon Paling Menarik Bulan Lalu, Dari Thriller Gelap ke Cinta Kampus

0

Bukan sahaja menampilkan skrip asli, banyak drama Korea turut dihasilkan berdasarkan webtoon popular. Disebabkan itu, saban tahun semakin banyak judul baharu yang mengadaptasi cerita dari medium digital ini.

Pada bulan April yang lepas, peminat drama Korea sekali lagi dihidangkan dengan pelbagai judul baharu. Tiga daripadanya merupakan adaptasi daripada webtoon. Mewakili pelbagai genre dan tema menarik, berikut ialah tiga drama Korea adaptasi webtoon yang mula ditayangkan pada bulan ini. Jom semak senarainya!

1. Karma

Drama korea

Karma merupakan drama Korea bergenre thriller jenayah yang diadaptasi daripada webtoon karya Choi Hee Seon bertajuk 악연 (dibaca: Agnyeon), yang secara harfiah bermaksud “hubungan malang” atau “takdir buruk”. Drama ini mengisahkan enam individu yang terjerat dalam nasib malang, lalu saling merosakkan antara satu sama lain demi mencapai keinginan masing-masing.

IMG 2855

Karma dibintangi barisan pelakon ternama seperti Park Hae Soo, Shin Min Ah, Lee Hee Joon, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo, dan Gong Seung Yeon. Drama Korea ini turut menampilkan ramai pelakon jemputan terkenal termasuk Kim Nam Gil, Park Ho San, Cho Jin Woong, Park Mi Hyun, Shin Do Hyun, dan Kim Young Ah.

2. Crushology 101

a13a7b85 6746 4949 a7e5 ff98d62ad941

Crushology 101 diadaptasi daripada webtoon bertajuk Bunny and Her Boys karya Ni Eun. Kisah ini berpusat pada Ban Hee Jin (dikenali sebagai Bunny) lakonan Roh Jeong Eui. Selepas dikecewakan oleh cinta pertamanya, Bunny mula dikelilingi oleh sekumpulan lelaki menarik yang masing-masing menunjukkan minat terhadapnya.

IMG 2859

Drama Korea ini mengetengahkan kehidupan pelajar universiti dalam genre coming of age dan romantik. Selain Roh Jeong Eui, ia turut dibintangi oleh Lee Chae Min, Jo Joon Young, Kim Hyun Jin, Hong Min Gi dan Kim Min Chul. Fakta menarik: Crushology 101 menjadi medan pertemuan semula antara Roh Jeong Eui dan Lee Chae Min selepas watak mereka gagal bersatu dalam drama Hierarchy (2024).

3. Weak Hero Class 2

8dc5cb57 a685 497d 8309 523b436e1d0d

Weak Hero Class 2 ialah kesinambungan kepada musim pertama yang ditayangkan pada tahun 2022. Drama Korea ini berdasarkan webtoon Weak Hero hasil karya Seopass dan Kim Jin Seok (Razen). Musim pertamanya dibintangi oleh Park Ji Hoon, Choi Hyun Wook dan Hong Kyung. Dalam musim kedua, Park Ji Hoon kembali bersama pelakon baharu seperti Ryeo Un dan Lee Jun Young.

IMG 2861

Drama aksi ini mengisahkan Yeon Si Eun (lakonan Park Ji Hoon), seorang pelajar yang kelihatan lemah namun cemerlang dalam akademik. Dengan kebijaksanaannya, dia melawan budaya buli di sekolah. Weak Hero Class 2 bermula selepas insiden dramatik di penghujung musim pertama, di mana Si Eun berpindah ke sebuah sekolah baharu yang lebih bermasalah—di sinilah dia menemui rakan dan musuh baharu.

Ketiga-tiga drama Korea di atas menyajikan pelbagai genre menarik, daripada thriller yang penuh ketegangan hinggalah ke kisah percintaan dan pertumbuhan remaja. Apa yang menyatukan semuanya ialah latar cerita yang diadaptasi daripada webtoon. Sudahkah anda membaca versi asalnya?

Baca lagi: 5 Watak Jahat Lakonan Lee Jun Young yang Buat Penonton ‘Mendidih”
Baca juga: 5 Cadangan Manhwa Korea dengan Elemen Seram Romantik