Home Entertainment 5 Sebab Kdrama ‘The Deal’ Perlu Tayang di OTT Global, Hidang Genre...

5 Sebab Kdrama ‘The Deal’ Perlu Tayang di OTT Global, Hidang Genre Kesukaan Ramai

0

Wavve melancarkan trailer rasmi drama siri terbaru The Deal pada tiga minggu lepas. Petikan dari adegan yang berdurasi 77 saat itu telah menarik perhatian para penonton setia Kdrama.

The Deal akan mula ditayangkan pada 6 Oktober ini, tetapi sayangnya belum ada khabar gembira tentang kerjasama dengan pihak OTT global. Jika pihak Wavve bekerjasama dengan pihak OTT global seperti Netflix atau Disney+ Hotstar, pasti drama siri ini akan sangat laris kerana versi webcomic The Deal sendiri adalah sangat popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Para pelakon yang membintangi drama siri ini juga sangat popular dan berpengaruh.

Berikut merupakan sebab kenapa Kdrama The Deal perlu masuk ke OTT global.

1. Watak trio utama

fdeaeb3d 6c1b 42d6 804e 1bf43c89171eBukan hanya fokus pada satu watak utama, watak trio memang diminati kerana watak-watak ini dikembangkan dengan pelbagai kisah dan cerita menarik yang pelbagai. The Deal menampilkan Kim Dong Hwi, Yoo Seung Ho, dan Yoo Su Bin sebagai kawan semasa di bangku sekolah. Pada masa kini, dua di antara mereka menculik kawan baik mereka sendiri.

Jalan cerita mengenai penculikan ini biasanya akan membuatkan para penonton terpaku dan setia menanti. Begitu juga dengan perkembangan watak mangsa dan penjenayah yang dahulunya adalah kawan baik semasa di sekolah, tentunya ada banyak persoalan yang terselit, tentang masa lalu dan juga masa kini.

 

2. Tema remaja yang ‘gila-gila’ dan nakal sangat disukai penonton

The dealDrama Korea yang membawa tema remaja nakal dan gila-gila memang selalu dihasilkan dari masa ke masa. Banyak isu penting yang dibahaskan, sangat dekat dengan kisah kehidupan seharian, dan juga menjadi sebagai pengajaran dan penilaian diri bagi para penonton dewasa.

The Deal menceritakan tentang kejahatan yang dilakukan oleh dua sahabat, Song Jae Hyo (Kim Dong Hwi) dan Lee Joon Sung (Yoo Seung Ho). Mereka melakukan jenayah dengan menculik kawan sendiri kerana mereka telah putus asa dan dibebani hutang yang sangat banyak.

 

3. Drama hit yang pernah dibintangi pelakon-pelakon utama

3dd74bd9 8c21 416a 9c85 667f80d48614 1Yoo Seung-ho yang melakonkan watak Lee Joon Sung, dikenali sebagai pelakon cilik Korea yang masih aktif hingga sekarang. Projek lakonan popular Yoo Seung Ho adalah seperti filem The Way Home (2002), drama The Great Queen Seondeok (2009) dan I’m Not a Robot (2017).

Kim Dong Hwi yang membawa watak Song Jae Hyo pula walaupun adalah pelakon baru tetapi dia telah berjaya meraih anugerah Pelakon Baru Terbaik menerusi filem In Our Prime (2022) di Blue Dragon Film Awards. Pelakon ini juga tampil memukau dalam drama siri Missing: The Other Side 2 (2022).

Sementara itu, Crash Landing on You (2019) hanyalah satu daripada banyak drama Korea terbaik yang dibintangi oleh Yoo Su Bin. Dia juga telah meraih populariti malalui drama siri Start-Up(2020) dan baru-baru ini membintangi D.P. musim 2 (2023).

 

4. Banyak Kdrama dari Wavve yang viral

IMG 7368Walaupun Wavve adalah platform Korea Selatan dengan zon tayangan yang terbatas, beberapa buah drama terbutan Wavve yang ditayangkan di OTT global telah viral. Contohnya Bitch X Rich (2023), Weak Hero Class 1 (2022), dan juga The Veil (2021). Ramai peminat dan penonton yang terkilan kerana drama Tracer (2022) tidak tersedia platform OTT antarabnagsa.

Weak Hero akan meneruskan siri kedua, pastinya kerana populariti yang tinggi di kalangan penonton global. Sebahagian drama Korea original Wavve yang viral adalah drama berlatarkan sekolah dengan isu hangat seperti jenayah dan juga buli.

 

5. Kisah ditulis oleh penulis asal versi webtoon

The deal

The Deal diadaptasi dari webtoon Georae karya Woo Nam 20. Drama ini semakin meyakinkan kerana penulis asal turut terlibat dalam penulisan skrip. Sebelum ini, versi webcomic telah berjaya meraih anugerah Excellent Award dari NAVER 2020.

Penulis bekerjasama dengan pengarah baru iaitu Lee Jung Gon dari Not Out (2021). Walaupun dia adalah pengarah baru, karya keduanya ini tidak boleh dianggap remeh! The Deal telah berjaya menarik perhatian para penonton sebelum tayangan perdana diumumkan lagi.

Jika drama siri ini ditayangkan di OTT global, kemungkinan besar drama ini akan mengecapi populariti seperti Weak Hero Class 1. Tambahan pula drama Korea original Wavve tersebut juga menampilkan trio pelakon utama yang sudah cukup dikenali ramai!

Baca lagi: 7 Still Cuts Kdrama ‘The Deal’, Kisah Penculikan Berakhir Tragedi
Baca juga: Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan