Home Entertainment 7 Still Cuts Kdrama ‘The Deal’, Kisah Penculikan Berakhir Tragedi

7 Still Cuts Kdrama ‘The Deal’, Kisah Penculikan Berakhir Tragedi

0

The Deal merupakan sebuah drama siri Korea Selatan yang diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama.

Drama siri ini disahkan akan ditayangkan pada 6 Oktober 2023. Mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang bertemu kembali setelah sekian lama.

Pertemuan ini menjadi permulaan terjadinya kekacauan dan huru hara yang tidak disangka-sangka. Dua orang daripada sahabat ini melakukan jenayah penculikan terhadap sahabat mereka yang kaya raya, dengan motif untuk mendapatkan wang tebusan.

The Deal dibintangi oleh Yoo Seung Ho, Kim Dong Hwi, Yoo Soo Bin, dan juga Lee Joo Young. Wavve sebagai platform yang akan menayangkan drama siri ini telah mengeluarkan beberapa sedutan menarik dari drama siri ini. Berikut ini adalah tujuh still cuts drama siri The Deal.

 

c755448f 969d 41e4 9b16 e5baf5f3b0d21. The Deal menceritakan tentang tiga orang watak utama iaitu Lee Jun Sung (Yoo Seung-ho), Song Jae Hyo (Kim Dong Hwi), dan Park Min Woo (Yoo Soo Bin)

 

3dd74bd9 8c21 416a 9c85 667f80d486142. Jun Sung, Jae Hyo, dan Min Woo berasal dari latar belakang yang berbeza dan ketiga-tiganya telah bersahabat sejak dari zaman sekolah lagi

 

e406903a 1ea7 433d a7a8 cf72204538d33. Selepas tamat belajar di sekolah menengah, Jun Sung terus menyertai latihan ketenteraan wajib. Kini jejaka itu mula membina kehidupan baru selepas tamat dari latihan wajib ketenteraan

 

fc60290b 6681 4970 b013 3efd02da0c874. Jae Hyo pula sedang meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan. Hidupnya serba tidak kena dan tidak tentu arah, dia juga mencadangkan idea untuk menculik Min Woo

 

4e4bbda9 a25d 41c5 8ab6 b6f9cf9c2c415. Min Woo berasal dari keluarga kaya raya. Dia menjadi mangsa penculikan yang dilakukan oleh dua sahabatnya sendiri

 

8d8a5f7b b72c 4781 99fd 4d5f444079a86. Motif Jae Hyo dan Jun Sung melakukan penculikan tersebut adalah untuk mendapatkan wang tebusan yang berjumlah satu billion won dari keluarga Min Woo

 

The deal7. Rancangan penculikan yang dilakukan oleh Jae Hyo dan Jun Sung ternyata tidak berjalan dengan lancar dan tidak mengikut rancangan awal mereka. Dari situ, mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai masalah

The Deal digarap oleh pengarah Lee Jung Gon. Drama ini dihasilkan sebanyak lapan episod semuanya. Walaupun membawa genre thriller, namun drama siri ini juga akan diwarnai dengan elemen komedi.

Baca lagi: 10 Kdrama Original Disney+, Menarik dan Pelbagai Genre
Baca juga: 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023