Home Entertainment 5 Perbezaan Strong Girl Nam Soon vs. Do Bong Soon

5 Perbezaan Strong Girl Nam Soon vs. Do Bong Soon

0

Drama siri Strong Girl Nam Soon (2023) merupakan spin-off untuk drama popular yang dibintangi oleh Park Hyun Sik dan Park Boyoung pada tahun 2017 iaitu Strong Woman Do Bong Soon.

Kedua-duanya ditulis oleh Baek Mi-kyung, kedua-dua drama ini menceritakan cerita yang sama iaitu tentang kisah seorang wanita dengan kekuatan luar biasa mereka.

Strong Girl Nam Soon yang dibintangi oleh Lee Yoo Mi dan Ong Seong Wu ini, akan menampilkan cerita yang lebih segar, menampilkan Gang Nam Soon (Lee Yoo-mi) seorang gadis dengan kekuatan fizikal yang luar biasa yang terpisah dengan ayahnya sewaktu sedang melancong di Mongolia.

Berikut adalah 5 perbezaan drama Strong Girl Nam Soon dan Strong Woman Do Bong Soon:

 

1. Konflik yang dibawa

Strong girl nam soon Berbeza dengan Strong Woman Do Bong Soon, Strong Girl Nam Soon membawa konflik baru iaitu tentang sindiket dadah sintetik yang berleluasa di Gangnam dan membuatkan ibu dan Nam Soon terlibat dalam menyelesaikan masalah ini.

Sedangkan drama Strong Woman Do Bong Soon yang popular pada 2017 membawa cerita konflik tentang psikopat yang melakukan pembunuhan terancang dan jenayah rogol dimana membawa pelakon utama Do Bong Song terlibat sama dalam masalah ini.

 

2. Kisah percintaan pelakon utama

7c1d9dcc dc76 4f02 b1ea 20e153e45bd1Mengangkat tema komedi romantik, drama Strong Girl Nam Soon akan menampilkan kisah romantik Gang Nam Soon (Lee Yoo Mi) dan seorang polis detektif dadah bernama Kang Hee-sik (Ong Seung Wu) dengan selitan adegan adegan komedi di dalamnya.

Manakala drama Strong Woman Do Bong Soon, menampilkan kisah cinta tiga segi antara Do Bong Soon (Park Bo-young) dengan seorang CEO Ah Min Hyuk (Park Hyun Sik) dan seorang polis bernama In Gook Doo (Ji Soo)

 

3. Kekuatan luar biasa watak utama wanita

IMG 8473 1Ditulis oleh penulis yang sama drama Strong Girl Nam Soon menceritakan tentang seorang gadis yang mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa. Namun kekuatannya berbeza dengan Do Bong Soon.

Strong Girl Nam Soon ternyata mempunyai kekuatan lain yang sangat luar biasa iaitu dia boleh melihat dari jarak jauh, dalam tayangan episod perdananya Nam Soon boleh melihat Kang Hee-sik yang sedang berada di apartment miliknya sedangkan gadis itu berada di sungai Han.

 

4. Perkara yang dilakukan Gang Nam Soon-Do Bong Soon

1eea56fc 6b5a 4a0e a760 3172bafc1767Gang Nam Soon digambarkan sebagai seorang gadis yang sudah mahir menunggang kuda sejak dari kecil kerana dia membesar di Mongolia, dia terlatih untuk menggembala kambing sambil menunggang kuda kesayangannya.

Manakala karakter Do Bong Soon digambarkan sebagai seorang wanita yang bercita-cita menjadi seorang pencipta permainan video yang boleh membuat permainan video sendiri. Sangat berbeza bukan?

 

5. Latar belakang keluarga Gang Nam Soon-Do Bong Soon

dc935ad4 831b 4860 b037 e52c0e72e458Walau dalam cerita diceritakan bahawa Nam Soon merupakan sepupu jauh kepada Do Boong Soon, ternyata latar belakang keluarga kedua-dua watak ini sangat jauh berbeza.
Keluarga Nam Soon digambarkan sebagai keluarga tersenarai sebagai keluarga terkaya di Gangnam.

Sedangkan Do Bong Soon lahir dari keluarga dengan taraf ekonomi yang biasa-biasa sahaja. Bahkan dia sibuk mencari pekerjaan supaya boleh menyara hidup.

Drama Strong Girl Nam Soon yang merupakan spin-off drama Strong Woman Do Bong Soon ini sudah ditayangkan pada 7 Oktober lalu dan berjaya menampilkan keserasian luar biasa antara Lee Yoo Mi (Gang Nam Soon) dan Ong Seung Wo (Kang Hee-sik).

Membawa konflik tentang sindiket dadah sintetik di Gangnam, drama ini tetap menampilkan elemen komedi dan romantik yang cukup menyegarkan!

Baca lagi: Strong Girl Nam Soon: Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk Membuat Kemunculan Istimewa di Episod 3
Baca juga: “Strong Girl Nam Soon” Raih Rating Tinggi, Lebih Berjaya dari Strong Woman Do Bong Soon