Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama ini Sesuai Ditonton Buat Anda yang Mahu Mendekati Buah Hati...

5 Kdrama ini Sesuai Ditonton Buat Anda yang Mahu Mendekati Buah Hati Anda

0

Perasaan jatuh cinta memang tidak dapat digambarkan hanya dengan perkataan semata-mata. Dalam proses jatuh cinta itu, pasti berlaku proses masing-masing saling mengenali hati budi masing-masing.

Anda boleh cuba menonton lima Kdrama berikut ini yang membawa genre romantik dan boleh dijadikan sumber inspirasi cara untuk mendekati pasangan masing-masing. Mari sama-sama kita lihat.

1. My Strange Hero

Drama koreaWatak utama dalam Kdrama ini dibawa oleh Yoo Seung Ho dan Jo Bo Ah yang masing-masing berlakon sebagai Kang Bok Soo dan Son Soo Jeong. Inspirasi bagi anda yang ingin mendekati buah hati masing-masing boleh disaksikan melalui interaksi yang tampak natural oleh Kang Bok Su ketika mendekati Son Soo Jeong yang lama-kelamaan jatuh hati padanya.

 

2. Beautiful Gong Shim

KdramaMempunyai plot cerita yang berpusat pada watak bernama Gong Shim yang dibawa oleh bekas anggota girl group Girl’s Day bernama Bang Minah. Watak Gong Shim mempunyai penampilan yang tidak menarik untuk dipandang sehingga dia segan dalam mencari pasangan. Namun, ada seorang jejaka bernama Ahn Dan Tae yang berjaya membuatnya boleh merasai perasaan jatuh cinta kerana Dan Tae mempunyai personaliti yang baik. Watak Dan Tae yang bersungguh-sungguh dan sangat ikhlas boleh dijadikan contoh.

 

3. Hometown Cha-Cha-Cha

50d9d753 b10d 47a8 b0e7 b8c6081a9c77Pasangan second lead yang sangat manis bersama dalam Kdrama ini bernama Choi Eun Chul dan Pyo Mi Seon yang kisah cinta mereka membuatkan para penonton tersenyum sendiri. Watak mereka dibawa oleh Kang Hyung Seok dan Gong Min Jeung. Mereka berdua mempunyai personaliti yang berlawanan, dimana Choi Eun Chul adalah jejaka yang polos dan tulus manakala Pyo Mi Seon adalah gadis yang jujur dengan perasaannya.

 

4. Touch Your Heart

6ddfe1fd 9aca 40e7 be4b 1c7126128a00Jika anda menonton Kdrama ini, pasti anda bakal jatuh cinta dengan watak utama yang ada dalam drama ini. Watak utama yang bernama Oh Jin Shim dan Kwon Jung Rok yang masing-masing dibaawa oleh Yoo In Na dan Lee Dong Wook. Cara mendekati jejaka idaman ala-ala Oh Jin Shim boleh dicuba buat anda yang sedang cuba mendekati buah hati anda. Cara Jin Shim sangat unik kerana dia berterus terang tanpa berselindung dan dia sangat yakin bahawa buah hatinya juga mempunyai perasaan yang sama.

 

5. It’s Okay to Not Be Okay

85f7141a 7970 4355 b1be 062501339fc6Kdrama yang membawa tema perubatan dan psikologikal ini mempunyai dua watak unik yang saling berlawanan sifat antara satu sama lain iaitu Moon Kang Tae yang tenang dan Ko Moon Young yang bersifat sembong, emosi, dan suka marah-marah. Dari kedua-dua watak ini ada cara yang unik yang dimiliki oleh Ko Moon Young untuk menakluki hati orang yang dicintai iaitu Moon Kang Tae. Dia selalu menggunakan cara yang lantang dan tanpa segan untuk menunjukkan cintanya pada Kang Tae, sehingga lama-kelamaan Kang Tae jatuh cinta padanga.

Demikian sahaja lima Kdrama yang mempunyai cara tersendiri dalam memenangi hati pujaan hati yang boleh dijadikan sumber inspirasi anda yang dalam proses mendekati buah hati anda. Good luck ya!

Baca lagi: 7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di Kalangan Peminat Kdrama
Baca juga: 12 Kdrama dengan Jalan Cerita Majikan Menyamar Jadi Pekerja Biasa, Menarik dan Menghiburkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here