Home Movie Khong Khaek: The Djinn’s Curse, 7 Fakta Menarik Filem Seram Islamik Pertama...

Khong Khaek: The Djinn’s Curse, 7 Fakta Menarik Filem Seram Islamik Pertama Thailand Kini Tayang Di Netflix

0

Bagi peminat filem seram Thailand yang terlepas peluang untuk menonton filem Khong Khaek: The Djinn’s Curse di pawagam tahun lalu, kini anda boleh strim dan tonton filem seram Islamik pertama Thailand ini di platform penstriman Netflix!

Khong Khaek: The Djinn’s Curse merupakan filem bergenre seram mistik dari negara gajah putih, untuk pertama kalinya dengan membawa tema seram Islamik. Mengusung sebuah misteri akan pembunuhan yang tidak pernah dapat diselesaikan. Alur cerita filem ini juga turut menyajikan adegan seram-gore.

Filem ini mula menjadi bahan bualan hangat dan viral setelah pihak produksi mengeluarkan trailer pertamanya sejak September 2023. Dikatakan filem seram Khong Khaek: The Djinn’s Curse menampilkan adegan-adegan seram dengan nuansa yang cukup suram dan gelap.

IMG 3021

Filem Khong Khaek: The Djinn’s Curse ini juga menampilkan sentuhan keagamaan seperti orang-orang yang sedang solat, tulisan arab dan proses penguburan jenazah orang muslim sehinggalah menampakkan kewujudan pocong.

Laungan suara azan juga dijadikan sebagai latar suara dalam trailer filem Khong Khaek dan ini menambah kesan yang lebih menggerunkan serta menakutkan.

Pasti peminat filem genre seram mistik tertanya-tanya dengan sinopsis filem seram Khong Khaek: The Djinn’s Curse ini kan? Jom kita semak sinopsis dan fakta-fakta menariknya dibawah ya!

 

IMG 3022

Khong Khaek: The Djinn’s Curse” ialah legenda yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “Legend of Toa Nanna ”. Di dunia manusia, kita adalah penguasa domain kita, tetapi di alam ghaib Yin dan roh jahat, mereka berkuasa.

Keluarga Win mendapati diri mereka terperangkap dalam rahsia gelap dari alam ghaib. Dengan harapan dapat melepaskan diri dari masalah mereka, Win memindahkan keluarganya untuk bekerja di wilayah terpencil di selatan Narathiwat. Tetapi mereka semakin terjerumus ke dalam bahaya yang lebih besar.

Filem seram mistik islamik Khong Khaek: The Djinn’s Curse ini memfokuskan tentang munculnya iblis-iblis yang mengancam nyawa manusia. Khong Khaek: The Djinn’s Curse bercerita tentang sebuah keluarga yang terjebak pada upacara ilmu hitam ketika merantau ke daerah baru.

Berlatarbelakangkan Thailand Selatan yang sememangnya dikenali sebagai salah satu wilayah yang memiliki ramai penduduk muslim. Jalan cerita Khong Khaek: The Djinn’s Curse ini akan membahas mengenai teka-teki yang belum pernah diselesaikan, anatomi yang paling menakutkan dan ilmu hitam yang tidak dapat disembuhkan.

IMG 3025 IMG 3024

Uniknya lagi, filem seram mistik Thailand ini adalah penggunaan huruf arab di tulisan nama para pelakonnya. Turut dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Thailand, Akara Amarttayakul, Marika Paekiatchalorn dan Mo Amena Pinit.

Setelah menonton hingga selesai filem ini, maka semakin terasa bahawa filem ini memuatkan pesan. Pesan penting yang mengingatkan manusia. Agar tak melupakan Allah dan dalam setiap perjalanan hidup manusia ,agar tidak menyekutukannya.

Bagi penggemar genre seram, anda akan mendapati, menonton filem ini merupakan pengalaman sinematik yang unik terutama bila anda tonton di skrin layar besar.

Penampilan warna yang kusam, redup dan cenderung kelabu, seolah-olah menunjukkan bahawa inilah dunia penuh rasa suram dan misteri. Pengambilan gambar banyak sekali difokuskan pada elemen-elemen misteri dan hingga babak kedua masih banyak diterapkan dengan tempo waktu yang amat lambat.

Khong khaek IMG 3026

Penekanan akan ke arah misteri serta hawa aura kegelapan, akan adanya Jin terasa sekali ditekankan disini dan terasa terkadang terlalu berlebihan. Namun “jump scare” yang diberikan, cukup memberikan warna dan menyentakkan! Kemudian saat babak kedua, mulalah saat misteri terbongkar sedikit demi sedikit dan memberikan warna seram dengan selipan gore yang menyayat hati.

Rating peribadi: 3/5, anda yang sudah tonton bagaimana pula?

The Djinn

Bagi anda yang terlepas dari menontonnya di pawagam tahun lepas, jangan lupa strim di Netflix ya!!

Baca lagi: 4 Filem Seram Indonesia yang Diadaptasi dari Luar Negara, Ada Sijjin
Baca juga: “Binge-Watch” Semula 12 Pilihan Filem Seram Malaysia, Mengundang Nostalgia

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here