Home Movie 5 Filem Seram ini Ditayangkan di Netflix pada Mei 2024, Berani Tonton...

5 Filem Seram ini Ditayangkan di Netflix pada Mei 2024, Berani Tonton Seorang Diri?

0

Bulan Mei 2024 bakal menyaksikan kemeriahan di platform streaming Netflix apabila beberapa buah filem seram akan ditayangkan di platform OTT terkenal tersebut. Memasuki bulan baru, platform streaming ini akan menyajikan 5 buah filem seram yang menegangkan dan bakal memacu adrenalin para penonton.

Bukan hanya menyajikan filem dengan elemen-elemen seram, filem-filem seram ini juga memiliki sentuhan thriller yang sangat berani. Mari kita lihat beberapa pilihan filem seram yang tayang di Netflix pada bulan Mei 2024 ini.

 

1.Trinil (2024)

Filem seramFilem ini mengikuti kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van Der Kruk) dan Sutan (Rangga Nattra) yang mahu memulakan hidup baru di rumah besar warisan keluarganya di tengah-tengah sebuah kebun. Suatu malam, Rara mengalami pengalaman ngeri iaitu ‘ditindih’ semasa tidur.

Kebun Rara dan Sutan disyaki dihantui sosok hantu kepala terbang. Hantu itu diyakini menjadi penyebab ramai pekerja yang meninggal dunia secara misteri. Akhirnya, Sutan meminta bantuan Yusof (Fatah Amin), kawan sekolahnya di Pulau Pinang, Malaysia, yang dikenali sangat mahir dalam menangani masalah supernatural. Filem ini boleh ditonton di Netflix pada 9 Mei 2024 akan datang!

 

2. Firestarter (2022)

IMG 4194

Firestarter boleh disaksikan bermula 15 Mei 2024. Filem ini adalah remake dari filem 1984 bertajuk sama yang diadaptasi juga dari novel Stephen King pada tahun 1980. Mengusung genre thriller dan sains fiksyen, Firestarter menghadirkan elemen seram, seperti dalam menunjukkan kekuatan supernatural dan ketegangan yang dihasilkan oleh proses pemburuan yang dilakukan ejen kerajaan.

Firestarter memulakan cerita dengan adegan flashback semasa bayi Charlie (Ryan Kiera Armstrong) secara spontan membakar ruangan dengan kekuatan pirokinesis miliknya. Mengetahui bahawa anaknya memiliki kuasa supernatural yang berbahaya, Andy (Zac Efron) dan Vicky (Sydney Lemmon) berusaha untuk menyembunyikan Charlie dari ejen kerajaan yang mahu menggunakan kuasa anak mereka.

Baca juga: Khong Khaek: The Djinn’s Curse, 7 Fakta Menarik Filem Seram Islamik Pertama Thailand Kini Tayang Di Netflix

3. Monster (2023)

IMG 4196

Filem bertajuk Monster ini akan ditayangkan di Netflix pada 16 Mei 2024. Pengarah Rako Prijanto menjelaskan bahawa filem ini adalah filem non-verbal yang menampilkan kata hati dan kepolosan seorang kanak-kanak dalam menghadapi situasi yang sukar.

Monster mengisahkan tentang dua orang kanak-kanak yang diculik dan dibawa ke rumah misteri. Apabila salah seorang dari mereka, Zara (Anantya Kirana) berjaya melarikan diri, dia mendengar jeritan minta tolong dari kawannya dan menyedari bahawa dia tidak boleh meninggalkannya begitu sahaja. Dia kembali ke dalam rumah itu untuk menyelamatkan kawannya, merupakan sebuah filem yang penuh dengan ketegangan yang mendebarkan.

 

4. Barbarian (2022)

IMG 4198Barbarian dibuka dengan ketegangan semasa Tess (Georgina Campbell) berada di depan rumah pada malam hari yang hujan. Dia menyewa tempat bermalam di Airbnb dan mendapati bahawa seseorang telah menyewa di sana.

Orang tersebut adalah Keith (Bill Skarsgård), Keith walaupun kelihatan ramah, tetapi membuatkan Tess dan penonton turut rasa curiga. Tarikh tayangan untuk filem ini di Netflix adalah pada 17 Mei 2024 nanti.

 

5. Malam Para Jahanam (2023)

IMG 4199Filem seram ini akan ditayangkan di Netflix pada 31 Mei akan datang. Filem ini dimulakan dengan Rendi (Harris Vriza), Martin (Zoul Pandjoul), dan Siska (Amel Carla) yang menghantar jenazah datuk Rendi ke Kampung Winongo dengan sebuah wasiat.

Namun, perjalanan mereka berubah menjadi mimpi buruk apabila mereka terperangkap dalam gangguan dan keganasan dendam para makhluk yang menyeramkan.

Dengan pelbagai pilihan filem seram yang akan ditayangkan di Netflix pada Mei 2024, para peminat genre ini dapat menambah pengalaman tontonan yang menarik dan menegangkan. Dari kisah penuh misteri hingga gangguan supernatural yang menggoncang perasaan, anda tertarik untuk menonton filem seram yang mana terlebih dahulu?

Baca lagi: Mengagumkan, Box Office No 1: ‘The Roundup: Punishment’ Mencapai Debut $29 Juta
Baca juga: 12 Drama Korea Baharu Sedia Tayang Mei 2024, Pelbagai Genre dan Mengujakan