Home Filem Animasi 8 Pilihan Filem Animasi yang Menyentuh Perasaan, Penuh Pengajaran

8 Pilihan Filem Animasi yang Menyentuh Perasaan, Penuh Pengajaran

0

Filem animasi memang identikal dengan jalan cerita yang ringan, watak-watak yang comel dan manis dan kisah yang menghiburkan.

Filem animasi tersebut bukan hanya sekadar filem keluarga dengan visualisasi watak yang lucu, namun juga menghadirkan gaya cerita dan plot yang lebih variatif dan juga sukar untuk diteka.

Biasanya, di awal cerita ditampilkan jalan cerita yang segar dan menghiburkan, namun menjelang pengakhiran emosi para penonton bakal dihanyutkan dalam penceritaan dan penonton pasti menitikkan air mata.

Filem-filem animasi ini boleh mengundang tawa dan membuatkan anda tersenyum, kemudian boleh membuatkan anda menangis terharu.

 

1. Up (2009)

Siapa yang tidak mengetahui tentang filem animasi ini? Selepas ditayangkan pada tahun 2009, Up masih menjadi filem animasi agung karya Pixar. Tampil dengan kemasan yang menarik, menghiburkan dan penuh konflik yang menegangkan, Up merupakan salah sebuah filem animasi terbaik yang tidak dimamah waktu.

Filem animasi

Mengisahkan tentang pengembaraan seorang lelaki tua berusia 78 tahun bernama Carl Fredricksen, Up tampil hebat dengan menceritakan tentang seorang pesara penjelajah yang memutuskan untuk menggapai impian terakhir mendiang isterinya, Ellie. Pada suatu hari, Carl merasa geram kerana rumahnya bakal dirobohkan untuk projek pembangunan.

 

2. Kung Fu Panda 2 (2011)

Hadir sebagai sekuel kepada filem pertama yang terlebih dahulu ditayangkan pada tahun 2008, filem animasi ini dikenali memiliki jalan cerita yang sangat menghiburkan dengan aksi menarik serta sangat heroik dari watak Po, seekor panda yang comel yang bertugas sebagai Dragon Warrior atau Pendekar Naga. Semasa menjaga Valley of Peace, daerah tempat tinggalnya, Po ditemani kawan-kawan seperguruan yang digelar Furious Five dan juga Master Shifu, guru kung fu Po dan The Furious Five yang sangat tegas.

 

3. How to Train Your Dragon 2 (2014)

Jika anda menonton perjuangan Hiccup untuk menakluk naga dalam filem pertamanya, maka dalam sekuel kali ini, anda akan melihat perjalanan lain yang begitu menegangkan dan juga sangat emosional. Filem ini dimulakan dengan perjalanan Hiccup dan naganya, Toothless beserta para sahabatnya ketika cuba menjelajahi langit, mengeksplorasi wilayah baru untuk dimasukkan ke dalam peta.

 

4. Big Hero 6 (2014)

Big Hero 6 merupakan salah satu filem animasi yang sangat popular pada tahun 2014 dan telah meraih pelbagai anugerah. Bukan hanya itu, kemunculan beberapa aksesori dan berbagai-bagai peralatan sekolah kanak-kanak juga menampilkan gambar Baymax, karakter ikonik dalam filen tersebut.

IMG 4206

Bagi yang sudah menonton filem ini, tentu anda setuju bahawa Big Hero 6 memiliki plot yang sangat kompleks dengan kemasan yang menarik dan penuh emosi. Filem ini bermula dari kisah Hiro Hamada, pelajar sekolah yang suka bermain game pertarungan dan memiliki kepakaran dalam bidang robotik.

 

5. Coco (2017)

Coco merupakan salah sebuah filem animasi yang mendapat perhatian dan menerima banyak ulasan positif dari para penonton selepas ditayangkan pada tahun 2017. Berdurasi 1 jam 45 minit, filem animasi ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang kanak-kanak yang bernama Miguel Rivera yang tinggal bersama keluarga besarnya.

 

6. Soul (2020)

Tampil dengan jalan cerita yang menarik dan kompleks, Soul tetap menyajikan kisah menyentuh hati hingga membuatkan penonton menyedari pelbagai perkara penting dalam hidup dengan cara yang menghiburkan. Filem animasi ini bermula dari kisah Joe Gardner, seorang guru muzik yang memasang impian untuk menjadi ahli muzik jazz terkenal.

 

7. Onward (2020)

Tampil unik, Onward banyak menceritakan tentang keajaiban dengan cara yang penuh emosi. Pada zaman dahulu, kehidupan di dunia ini dipenuhi oleh keajaiban. Namun, keadaan berubah seiring dengan kemajuan teknologi yang membuatkan sihir dan mantra dilupakan dan dianggap sebagai masa lalu ataupun kisah dongeng belaka.

 

8. Elemental: Forces of Nature (2023)

Ditayangkan pada pertengahan tahun 2023, filem ini tampil dengan visual yang begitu memukau diiringi dengan alunan muzik dan lagu yang begitu indah. Sesuai dengan judulnya, filem ini dipenuhi dengan berbagai-bagai karakter yang berasal dari setiap unsur elemen yang ada di bumi seperti api, air, tanah dan juga aingin. Namun, ini bukan cerita Avatar pengendali elemen, tetapi tentang kehidupan berkaitan elemen itu sendiri.

Jangan lupa untuk menonton filem-filem animasi di atas ya, sangat sesuai ditonton bersama keluarga kerana filem-filem ini penuh dengan pengajaran dan nilai moral yang berharga.

Baca lagi: 5 Filem Seram ini Ditayangkan di Netflix pada Mei 2024, Berani Tonton Seorang Diri?
Baca juga: 10 Filem Animasi Terbaik Sepanjang Zaman Dari Studio Ghibli