Home Kdrama/Kmovie 5 Filem Sedih Korea dan Meruntun Hati yang Perlu anda Tonton

5 Filem Sedih Korea dan Meruntun Hati yang Perlu anda Tonton

0

Filem sedih Korea yang mengisahkan tentang keluarga dan percintaan selalu menjadi pilihan untuk ditonton kerana dapat menyentuh perasaan secara mendalam.

Walaupun membuat air mata mengalir deras, menonton filem sedih ternyata boleh membuatkan seseorang menjadi lebih mudah untuk mengekspresikan emosi. Selain itu, ada banyak pengajaran hidup yang boleh diperolehi dari filem-filem sedih yang ditonton.

Berikut dibawah ini adalah 5 buah filem sedih Korea yang meruntun perasaan.

 

1. Cart (2014)

Filem sedihFilem sedih Korea ini mengisahkan tentang Sun Hee, seorang ibu yang membantu suaminya mencari nafkah dengan menjadi seorang pekerja di sebuah pasaraya.

Selama 5 tahun dia mengabdikan diri pada syarikat tersebut, dia berharap akan diangkat menjadi pekerja tetap tetap dan dinaikkan jawatan. Malangnya dia dan pekerja-pekerja lain diberhentikan.

Keadaan ini semakin memburuk kerana anaknya memerlukan perbelanjaan untuk persekolahan. Bukan hanya menceritakan kisah Sun Hee, filem ini juga menggambarkan bagaimana perjuangan para pekerja lain apabila diberhentikan kerja.

 

2. Canola (2014)

793ac7bb 1cb8 4343 b09b 245b8c133de6Filem Korea ini menceritakan tentang seorang nenek bernama Gye Choon yang kehilangan cucu kesayangannya iaitu Hye Ji. Dua belas tahun berlalu, nenek itu tetap setia menunggu kepulangan Hye Ji. Akhirnya, Hye Ji pulang ke rumah.

Namun, watak Hye Ji kecil yang dikenali sang nenek sangat jauh berbeza dengan Hye Ji yang sekarang ini sudah tumbuh membesar sebagai seorang remaja. Sebuah filem yang berjaya menyelami perasaan kasih sayang dan kehilangan!

 

3. Be With You (2018)

d2035d0d 2637 4b19 968a 8228b5960749Pernahkah anda membayangkan bagaimanakah sedihnya jika ditinggalkan oleh orang yang tersayang buat selamanya? Perkara menyedihkan ini dialami oleh Woo Jin dan anaknya apabila isterinya iaitu Soo Ah meninggal dunia. Namun, sebelum Soo Ah meninggal dunia, dia membuat janji luar biasa kepada suaminya itu, dia mengatakan bahawa dia akan kembali semula satu tahun kemudian di awal musim hujan.

Ajaibnya, Soo Ah benar-benar kembali di hadapan suami dan anaknya, tetapi dia langsung tidak mempunyai sebarang ingatan tentang mereka berdua. Lantas, bagaimanakah Woo jin mengembalikan kembali ingatan Soo Ah dan sampai bilakah Soo Ah akan berada di dunia ini?

 

4. Birthday (2019)

58facd4d 6b88 4531 a98b c2d7173e3ab2Pernahkah anda mendengar kisah mengenai tenggelamnya Sewool Ferry yang membawa ratusan pelajar yang ingin bercuti ke Pulau Jeju? Ya, filem sedih Korea ini mengangkat kisah tragis tersebut.

Jung Il dan Soon Nam perlu menelan kepahitan atas kehilangan anak sulung mereka akibat tragedi tersebut. Kematian anak mereka ini membuatkan hubungan suami isteri ini menjadi semakin jauh, tetapi kedua-duanya berjuang habis-habisan untuk tetap bersama demi anak bongsu mereka.

 

5. A Way Station (2021)

7f76f071 daa9 47a5 9da0 5184c5601c15Filem sedih seterusnya adalah A Way Station. Mengisahkan tentang Seung Hyun dan Ji A yang sama2 bersekolah menengah di sebuah bandar kecil. Pada awalnya hubungan mereka hanyalah sebagai sahabat, namun seiring berjalannya waktu, hubungan mereka berubah menjadi romantik.

Seung Hyun yang memiliki seorang ibu yang menghidap alzheimer, percaya bahawa dia juga akan mengalami keadaan yang sama dengan ibunya. Selepas habis sekolah menengah, kedua-duanya berpisah, Ji A ke Seoul untuk menyambung pelajaran, manakala Seung Hyun tetap tinggal di bandar asalnya dengan impian mahu menjadi seorang pembuat roti.

Selepas 7 tahun berlalu, Ji A yang menjalani kehidupan biasa mendapati bahawa dia menghidap kanser, dan tidak memiliki banyak waktu untuk hidup. Dia memutuskan untuk kembali ke tempat asalnya, di sanalah dia bertemu dengan Seung Hyun yang telah mengusahakan sebuah kedai roti.

Jangan lupa untuk menonton, sediakan tisu ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea Sedih Pasti Menumpahkan Air Mata
Baca juga: 5 Filem Komedi Korea yang Perlu Anda Tonton, Tak Kering Gusi