Home Kdrama/Kmovie 5 Filem Komedi Korea yang Perlu Anda Tonton, Tak Kering Gusi

5 Filem Komedi Korea yang Perlu Anda Tonton, Tak Kering Gusi

0

Suka filem komedi Korea?

Budaya Korea Selatan dan pengaruhnya ternyata sudah tersebar ke seluruh dunia pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Bukan hanya demam Kpop, drama dan filem Korea Selatan juga berjaya menarik perhatian masyarakat dunia dengan cerita-cerita dan unik yang dihidangkan dalam filem-filem dan juga drama siri dari negara Korea Selatan.

Walau drama Korea Selatan lebih popular berbanding filem-filem Korea, tapi sebenarnya filem Korea juga tidak kurang hebatnya dan kini sudah mempunyai tempat di hati para peminat seluruh dunia. Lebih-lebih lagi untuk filem-filem yang membawa genre komedi. Filem-filem komedi boleh membuatkan penonton tertawa dan menghiburkan hati bersama kawan-kawan dan juga keluarga.

Kehebatan filem-filem komedi Korea seperti Extreme Job, Exit, Midnight Runners dan Lucky Key tidak dapat disangkalkan. Peminat secara global mengetahui tentang filem-filem ini. Selain filem-filem komedi Korea popular ini, negara Korea Selatan juga telah menghasilkan banyak filem komedi lain yang mungkin belum anda tonton.

Berikut dibawah ini adalah 5 pilihan filem komedi Korea Selatan yang lucu dan sangat menghiburkan.

 

1. Hello Ghost (2010)

53e0f867 2ba9 46a1 a28d ddabd49b412dFilem komedi Korea Hello Ghost menceritakan tentang seseorang yang mula melihat hantu selepas terselamat dari cubaan membunuh diri. Kerana merasa tidak selesa, dia cuba memenuhi keinginan keempat-empat hantu yang terus mengikutinya supaya dia boleh menghentikan mereka dari mengikutinya dan pergi ke alam lain dengan aman.

Tanpa dia sedari, perjalanan ini membawanya untuk menemukan tujuan hidup. Filem ini penuh dengan komedi yang menyenangkan dan juga menyentuh perasaan, cerita penuh inspirasi yang akan membuat anda tertawa dan menangis pada waktu yang sama.

 

2. Detective K (2011)

35e75bfe bb3c 4c9e b2f5 e4aedbe9332dFilem komedi Korea seterusnya, Detective K menceritakan tentang Detektif Kim Myung Min yang diupah untuk menyelesaikan kes pembunuhan misteri yang sukar yang berlaku. Walau tema cerita ini fokus pada misteri dan jenayah, ternyata banyak babak-babak lucu yang membuatkan semua orang tertawa apabila menontonnya.

 

3. Codename Jackal (2012)

Filem komedi koreaCodename Jackal menceritakan tentang seorang tentera wanita upahan yang baru sahaja mendapat arahan untuk membunuh seorang penyanyi terkenal. Lucunya, wanita ini bodoh-bodoh alang dan juga lurus bendul. Pembunuhan brutal berubah menjadi cerita lucu apabila polis datang.

Baca juga: 7 Filem Komedi Korea yang Membariskan Pelakon Terkenal, Penuh Lawak Jenaka

4. Dancing Queen (2017)

079cb020 6b9c 4ccb 8637 c07897f2c9deDancing Queen menceritakan tentang pasangan Jung Min dan Jung hwa yang mengalami kesukaran kewangan. Sebuah kejadian membawa Jung Min ke puncak populariti. Sementara itu Jung Hwa mendapat peluang untuk membentuk girl group yang dikenali sebagai Dancing Queen.

 

5. Penny Pinchers (2011)

Filem komediJi Woong hidup dengan menggunakan duit ibunya. Sementara itu, jiran tetangganya akan melakukan apa-apa sahaja untuk menghasilkan pendapatan dan mendapatkan wang. Namun ketika bangunan apartment mereka tiba-tiba menjadi target untuk dibangun kembali, mereka menghadapi kemungkinan untuk kehilangan tempat tinggal.

Demikian sahaja 5 buah filem Korea komedi yang sudah lama ditayangkan. Walau filem-filem ini sudah lama, jalan cerita dan pembawaan watak setiap karakter tetap berjaya membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: Boikot Kdrama “Lovely Runner” Bakal Tayang 8 April Ini Kerana Tidak Hormat Mendiang Jonghyun SHINee?
Baca juga: 5 Filem Karya Jang Jaehyun, Terbaru ‘EXHUMA’, Catat Box Office Di Korea