Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Komedi Korea yang Santai dan Penuh Jenaka

5 Drama Komedi Korea yang Santai dan Penuh Jenaka

0

Drama komedi adalah hiburan yang boleh membuatkan anda bergelak ketawa. Drama genre komedi boleh menjadi alternatif untuk anda yang sedang bosan menonton drama korea genre lain yang serius kerana Kdrama komedi muncul dengan jalan cerita yang santai.

Berikut dibawah ini adalah beberapa buah drama komedi Korea yang pasti membuatkan anda tidak kering gusi:

 

1. Crazy Love

Drama komediDrama ini merupakan salah sebuah drama komedi yang menceritakan tentang kisah antara CEO dan setiausahanya. Kisah cinta antara Noh Go Jin sebagai CEO syarikat yang menerima ancaman bunuh dan setiausaha Lee Shin A berjaya mencuri perhatian pada masa tayangannya. Drama ini dibintangi oleh Kim Jae Wook dan Krystal. Sangat menghiburkan!

 

2. Woori The Virgin

5c5ab054 215b 40f4 8b45 fbae4b262673Drama komedi romantik ini menceritakan kisah seorang gadis anak dara yang tanpa sengaja hamil anak majikan sebuah syarikat besar kerana kesalahan prosedur perubatan. Kemudian timbul konflik dan percintaan antara gadis hamil tersebut dan juga anak CEO syarikat besar itu.

Baca juga: 5 Drama Korea Sedih Pasti Menumpahkan Air Mata

3. Dali and Cocky Prince

f41b1846 e851 4edc 9ab0 95c1d26c867cDrama ini mengisahkan tentang kisah cinta antara dua orang yang sangat berbeza. Kisah seorang lelaki yang kurang pintar tapi pandai dalam mencari duit. Pasangannya pula, seorang wanita yang pandai secara intelektual dan mempunyai berlatar belakang keluarga kaya. Bukan hanya bercerita tentang kisah cinta, banyak adegan lucu yang mengundang tawa dalam drama korea ini.

 

4. Twenty Five Twenty One

adccf123 bbe6 4024 8840 ad74ffde9594Drama ini dibintangi oleh Kim Tae-Ri dan Nam Joo-Hyuk. Drama ini menceritakan tentang perjuangan seorang anak muda yang berusaha menggapai cita-citanya. Fokus utama pada watak Ha Hee-Do dan Back Yi-Jin yang saling jatuh cinta ketika kedua-duanya menjalin persahabatan.

Na Hee-Do bercita-cita mahu menjadi pemain pedang terbaik di Korea. Dia memutuskan untuk berpindah sekolah dan mengasah kebolehannya dalam bermain pedang. Sementara itu, Back Yi-Jin merupakan anak konglomerat yang baru sahaja terpalit masalah kerana keluarganya muflis.

 

 

5. Café Minamdang

02c8f3bc a70c 4850 8663 4cc696778752Drama komedi ini menceritakan tentang seorang bomoh yang terkenal tetapi menipu kerana menggunakan teknologi dalam menyelesaikan masalah pelanggannya. Watak Nam Han Joon, yang dibawa oleh Seo In Guk dan detektif terkenal Han Jae Hee yang dibawa oleh Oh Yeon Seo berjaya mencuri perhatian. Kisah cinta mereka bermula kerana kes pembunuhan yang melibatkan kedua-duanya.

Demikian sahaja 5 buah drama komedi Korea yang tidak kurang hebatnya dan perlu anda tonton untuk menghiburkan hari-hari anda! Selamat menonton ya!

Baca lagi: 5 Filem Sedih Korea dan Meruntun Hati yang Perlu anda Tonton
Baca juga: 5 Filem Komedi Korea yang Perlu Anda Tonton, Tak Kering Gusi