Home Drama/Filem Jepun 5 Filem Live Action Jepun Tayang 2024, Nantikan Golden Kamuy

5 Filem Live Action Jepun Tayang 2024, Nantikan Golden Kamuy

0

Live action bukanlah perkara baru dalam dunia perfileman. Banyak filem hits diangkat dari novel dan juga komik. Salah sebuah negara yang dikenali sering membuat adaptasi karya ke layar perak adalah negara Jepun.

Tahun depan, beberapa buah filem live action dari negara ini yang diangkat dari novel dan juga manga sudah diumumkan. Berikut ini adalah beberapa buah filem di antaranya. Jangan lupa ya!

1. Golden Kamuy

Filem live actionFilem live action pertama yang memang dinantikan ramai peminat adalah filem bertajuk Golden Kamuy (2024) yang diangkat dari manga karya Noda Satoru. Filem live action ini berlatarkan era Meiji di Hokkaido dengan watak utama yang bernama Saichi Sugimoto (Kento Yamazaki). Dijadualkan tayang pada 19 Januari 2024 akan datang, filem fiksyen sejarah ini wajib dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda nanti!

Sugimoto dikenali dengan jolokan Immortal Sugimoto kerana selamat dari Russo-Japanese War. Dia memutuskan untuk berpindah ke Hokkaido dan mencari emas untuk bertahan hidup. Sugimoto mengetahui bahawa terdapat emas milik penduduk Ainu yang telah dicuri oleh seorang lelaki bernama Noppera-bo. Bersama Asirpa (Anna Yamada), seorang gadis yang menyelamatkannya, Sugimoto mencari bongkah emas yang dicuri tersebut. Asirpa ingin balas dendam pada orang yang telah membunuh ayahnya yang diketahui adalah lelaki yang sama yang dicari Sugimoto.

 

2. Lovesick Ellie (2024)

1b0137a7 8af6 49d2 ae27 a8f43026fa24Lovesick Ellie (2024) merupakan filem shoujo romance yang dijadualkan tayang pada Mac 2024. Filem ini diangkat dari manga karya Momo Fuji dengan tajuk sama dan menampilkan pelakon muda Ryubi Miyase dan Nanoka Hara sebagai pelakon utama.

Eriko Ichimura (Nanoka Hara) adalah seorang pelajar biasa-biasa yang tidak begitu dikenali di sekolahnya. Seperti gadis-gadis lain, dia jatuh cinta pada lelaki popular bernama Omi Akira (Ryubi Miyase) dan membayangkan bahawa mereka berdua adalah pasangan. Eriko membuat akaun media sosial palsu dengan nama Lovesick Ellie dan meluahkan segala imaginasi tentang bercinta dengan Omi di sana. Sayangnya imej sempurna yang melekat pada Omi musnah apabila Eriko mendapati dia menggunakan kata-kata kasar. Bukan hanya itu, Omi mengetahui tentang Lovesick Ellie dan mula tertarik dengan gadis itu.

 

 

3. All the Long Nights (2024)

61d8d8e9 4817 4cf6 9ff8 8288b4f5dbbbLive action seterusnya adalah filem bertajuk All the Long Nights (2024) yang merupakan adaptasi dari novel bertajuk Yoake no Subete karya Maiko Seo. Bakal ditayangkan pada 9 Februari 2024, filem bergenre drama slice of life ini adalah tentang Takatoshi Yamazoe (Hokuto Matsumura) dan Misa Fujisawa (Mone Kamishiraishi) yang bekerja di syarikat yang sama.

Misa, seperti wanita lain, mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) setiap bulan dan merasa susah menahan emosi pada waktu tersebut. Suatu hari, ketika sedang PMS, emosinya meledak ketika berhadapan dengan pekerja baru di pejabatnya iaitu Takatoshi. Lelaki tersebut tanpa disangka-sangka juga mempunyai masalah kesihatan mental. Dia menderita panic disorder dan membuatnya menjadi lesu. Misa dan Takatoshi akhirnya mengetahui keadaan masing-masing dan mula menolong satu sama lain.

 

4. Aru Tozasareta Yuki no Sanso de (2024)

8fd11552 a2d0 4714 88ff 2e4eb7aaf6a8Para peminat penulis misteri Keigo Higashino tidak boleh terlepas filem ini. Novel karya beliau yang bertajuk Aru Tozasareta Yuki no Sanso de akan diangkat menjadi filem bertajuk sama. Filem live action ini akan ditayangkan pada Januari 2024 nanti!

Kazuyuki Kuga (Daiki Shigeoka) merupakan seorang lelaki yang bercita-cita mahu menjadi pelakon. Dia menyertai uji bakat untuk menjadi pelakon utama dalam sebuah pementasan teater dan terpilih menjadi salah seorang dari 7 orang yang lain untuk ke peringkat akhir uji bakat. Untuk ini, Kazuyuki dan enam orang lain tersebut diminta untuk tinggal di sebuah villa di pegunungan selama 4 hari. Di sana, mereka dilarang untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Lebih aneh lagi, seorang demi seorang dari mereka hilang secara misteri.

 

5. City Hunter (2024)

Filem live actionCity Hunter (2024) merupakan filem live action terbaru yang diterbitkan oleh Netflix Jepun. Filem live action ini diadaptasi dari manga paling laris karya Tsukasa Hojo. Oleh sebab popularitinya, manga ini sudah mendapat beberapa adaptasi lain dari beberapa negara seperti Korea Selatan, Hong Kong hingga Cina.

Ryo Saeba (Ryohei Suzuki) membuat semua pekerjaan asalkan menghasilkan duit. Dengan kepakarannya menggunakan senjata dan kemampuan fizikalnya yang luar biasa, dia selalu melakukan pekerjaannya dengan baik, dari pengawal keselamatan hingga pembunuh upahan. Ketika rakannya Makimura tiada, Ryo Saeba mula bekerja sama dengan adiknya yang bernama Saori. Berdua mereka mencari fakta di sebalik kematian Makimura.

Bermacam-macam genre, senarai filem live action ini pasti akan menghiburkan anda. Filem live action manakah yang paling anda nantikan?

Baca lagi: Chainsaw Man The Movie: Reze Arc Telah Diumumkan Semasa Jump Festa 2024
Baca juga: 12 Drama Jepun Terbaik 2023 dengan Cerita Mengujakan