Home Kdrama/Kmovie 12 Drama Jepun Terbaik 2023 dengan Cerita Mengujakan

12 Drama Jepun Terbaik 2023 dengan Cerita Mengujakan

0

Identikal dengan sinematografi menawan dan watak-watak yang kuat, drama Jepun menjadi tayangan tontonan kegemaran yang mempunyai peminat setianya. Pada tahun 2023, banyak drama Jepun yang ditayangkan dan juga mendapat respons positif.

Terdapat banyak drama Jepun terbaik pada tahun 2023 yang anda tidak boleh ketinggalan. Gabungan jalan cerita yang menarik, watak yang kuat dan sinematografi yang menakjubkan, drama Jepun selalunya memberikan pengalaman yang menarik untuk penonton.

Buat anda yang ingin mencari senarai tontonan baru yang menghiburkan, berikut ini adalah drama Jepun terbaik pada tahun 2023. Anda boleh menonton drama-drama ini jika anda ingin mengisi masa lapang!

IMG 67661. J-Drama Why Didn’t I Tell You A Million Times? bergenre fantasi. Dua sahabat tiba-tiba berpisah, seterusnya ada yang terperangkap dalam dunia roh

 

 

Drama jepun

2. Tonton drama Jepun terbaik 2023, Hold My Hand at Twilight. Pertemuan yang membuatkan dua orang berani mengejar impian masing-masing

 

 

 

IMG 6780

3. Get Ready! Merupakan drama perubatan dengan sentuhan gelap kerana ia berpusat pada Eisuke, juga dikenali dengan nama samarannya “Ace”. Seorang tukang roti pada siang hari dan seorang pakar bedah genius pada waktu malam. Ace melakukan prosedur perubatan yang menyalahi undang-undang atas sebab tertentu.

Bersama-sama dengan pasukannya, termasuk perunding “Joker”, jururawat “Queen”, dan penggodam “Spade”, mereka memberikan pelajaran hidup kepada pesakit mereka.

 

 

 

IMG 6769

4. The Makanai: Cooking for the Maiko House adalah drama penuh inspirasi tentang pencarian tujuan hidup yang baru. Sangat menyegarkan!

 

 

 

IMG 6771

5. From Me to You: Kimi ni Todoke adalah drama Jepun terbaik 2023 bertemakan kisah cinta di sekolah. Cerita cinta yang sungguh manis!

 

 

 

IMG 6772

6. Brush Up Life merupakan drama Jepun terbaik 2023 yang wajib ditonton juga. Cerita yang bertema penjelajahan waktu yang sangat mengujakan

 

 

 

IMG 6779

7. On A Starry Night mengikuti kisah cinta antara Suzu dan Issei. Untuk berehat dari rutin hariannya di tempat kerja, Suzu, seorang pakar sakit puan berusia 35 tahun pergi berkhemah secara solo dan mengalami nasib buruk ketika pertemuan pertamanya dengan Issei.

https://youtu.be/L1PdQmhldPQ?si=DKthgqJSK6Wr1kaK

  

 

 

 

IMG 6773

8. Informa adalah drama Jepun terbaik 2023 dari novel popular. Bergenre thriller-misteri, jalan ceritanya memicu perasaan ingin tahu

 

 

 

IMG 6774

9. Angel Flight berdasarkan kisah benar bekas pekerja angel flight international. Mengundang air mata!

 

IMG 6782

10. Ooku mengisahkan peristiwa selepas wabak melenyapkan kebanyakan penduduk lelaki pada zaman Edo, wanita bangkit berkuasa ketika mereka memenuhi keperluan pekerjaan kosong.

80 tahun selepas wabak penyakit, struktur sosial di Jepun telah berubah secara menyeluruh. Jawatan politik penting dipegang oleh wanita, dengan segelintir lelaki ditinggalkan untuk mengisi peranan permaisuri, menetap dalam istana dengan gelaran Ooku.

 

 

IMG 6783

11. Brother Trap mengisahkan Akari yang tidak dapat move on daripada bekas teman lelakinya, Yamato. Tetapi itu berubah apabila dia bertemu dengan Izumi, junior kolejnya dan seorang lelaki yang jarang bercakap, dan mendapati dirinya tertarik kepadanya. Tetapi dia tidak tahu bahawa cinta baru itu akan membawa pergolakan besar dalam hidupnya.

 

IMG 6784

12. War of Traps ialah kisah tentang balas dendam. Toru berhutang budi kepada Inukai, ahli Dewan Rakyat yang menyelamatkannya 20 tahun lalu, dia pun berikrar untuk menumpukan hidupnya kepada ahli politik itu sebagai setiausahanya. Tetapi selepas dikhianati tanpa belas kasihan oleh lelaki yang dilayannya, protagonis ini memutuskan untuk membalas dendam kepada mereka yang berkuasa. 

Demikian sahaja 12 drama Jepun terbaik pada tahun 2023 dengan plot cerita yang menarik untuk diikuti. Dihasilkan dalam berbagai-bagai genre sehingga anda tidak akan merasa bosan.

Baca lagi: 5 Manga Seinen Menarik Untuk Anda yang Suka Kisah Samurai
Baca juga: 8 Senarai Tayangan Terbaru di Netflix, Buat Tidak Berganjak Dari Skrin